Adakah Canva mengantikan Designer? – Jom baca!

Canva ni best la, korang boleh buat macam-macam design dengan senang dan cepat.

Korang boleh pilih dari thousands of templates, icons, fonts, colours, and elements yang sesuai dengan tema dan purpose korang. Edit sikit sikit then terus published.

Canva juga boleh digunakan di mana-mana device, sama ada laptop, tablet, atau smartphone.

Tapi, bolehkah Canva menggantikan designer?

Jawapannya adalah tidak.

Walaupun Canva ni ada banyak kelebihan, Canva masih banyak kekurangan yang tak boleh nak lawan oleh designer. Jom tengok apa yang Canva tak boleh buat yang designer boleh buat.

Photo by Kelly Sikkema on Unsplash

Canva tidak boleh menghasilkan design yang unik dan kreatif

Salah satu perkara yang paling penting dalam design adalah kreativiti.

Kreativiti bermaksud kemampuan untuk menghasilkan sesuatu yang baru, menarik, dan berbeza dari yang lain. Kreativiti juga melibatkan problem-solving, critical thinking, dan imaginasi.

Canva tidak boleh menghasilkan design yang unik dan kreatif kerana ia bergantung pada template dan elemen yang sudah sedia ada. Kemudian edit sikit sikit. Ini tak menjadikan korang sebagai seorang designer.

Template dan elemen yang disediakan oleh Canva mungkin sudah digunakan oleh ramai orang lain, jadi design korang tidak akan stand out atau differentiate diri dari competitors.

Canva juga tidak boleh customize design level advanced mengikut needs dan wants klien. Setakat ni masih limited lagi untuk yang dah level advanced.

Designer pulak, sebaliknya, akan menggunakan software advanced macam Adobe yang boleh menghasilkan design yang unik dan kreatif kerana mereka mempunyai talentexperience, dan knowledge dalam bidang design.

Designer boleh create design dari scratch, atau modify template dan elemen yang ada mengikut taste dan vision mereka. Software yang digunakan pulak level advanced.

Designer juga boleh understand needs dan wants klien atau audience korang, dan adjust design mereka supaya suitable dan attractive.

Advertisements

Canva tidak boleh mengendalikan projek design yang kompleks

Projek design yang kompleks bukan sekadar tentang membuat design yang cantik, tapi juga tentang memenuhi objektifmenguruskan sumberberkomunikasi dengan pelbagai pihak, dan menjaga kualiti.

Projek design yang kompleks mungkin melibatkan banyak design yang berbeza, seperti logo, poster, banner, website, video, dan lain-lain, yang perlu diselaraskan dan disepadukan.

Canva tidak boleh mengendalikan projek design yang kompleks kerana ia hanya menyediakan platform yang basic dan limited untuk membuat design.

Designer, sebaliknya, boleh mengendalikan projek design yang kompleks kerana mereka mempunyai skillstools, dan network yang diperlukan untuk menjalankan projek design dengan profesional dan efektif.

Designer boleh manage projek design korang, seperti membuat plan, estimate, review, update, dan submit.

Photo by NordWood Themes on Unsplash

Design Canva mungkin dah outdated

Dalam dunia design, trend dan teknologi sentiasa berubah dan berkembang. Design yang popular dan moden hari ini mungkin akan outdated dan boring esok.

Design yang sesuai dan compatible dengan satu platform mungkin akan rosak dan error dengan platform lain. So, design perlu sentiasa dikemaskini dan diperbaiki mengikut trend dan teknologi terkini.

Yes, Canva memang banyak membantu & setiap update design baru. Tapi semua design tu boleh digunakan oleh semua orang. So kalau korang guna design yang sama, jadi tak unik disitu.

Bisnes korang tak rare dan unik la gitu.

Template dan elemen yang ada di Canva mungkin tidak mengikut trend dan teknologi yang baru, seperti 3D, VR, AR, AI, dan lain-lain.

Designer, sebaliknya, boleh menyesuaikan design korang mengikut trend dan teknologi kerana mereka sentiasa belajar dan mengikuti perkembangan terbaru dalam bidang design. Sentiasa menghasilkan design yang baru dan unik.

Advertisements

Kesimpulan

Canva memang memudahkan seorang Designer jika nak design sesuatu yang simple untuk client.

Tapi untuk mengantikan seorang Designer sepenuhnya, Canva tak boleh ganti. Sebab masih banyak limit, dan tak ramai orang yang ada kreativiti macam seorang Designer.

Tak semua orang tahu konsep Designer, tak semua orang tahu nak menilai & faham dengan kehendak client. Paling penting, tak semua orang ada masa untuk Design, walaupun Canva memudahkan kita semua untuk design sesuatu.

Advertisements