Korang yang bekerja di bahagian penulisan tu memang perlukan AI ni untuk bantu korang buatkan draft dan mencari idea tentang apa yang korang nak tulis tu. AI masa kini masih tak sempurna untuk tuliskan apa apa content untuk korang tapi AI boleh digunakan buat draft dan jimatkan masa korang. So ni adalah antara AI yang korang perlu tahu:

1. ChatGPT

ChatGPT ni memang top dalam dunia AI sekarang. Kalau korang stuck dengan idea atau tak tau nak mula kat mana, tanya je ChatGPT. Dia boleh bagi suggestion untuk tajuk, isi kandungan, atau buat ayat yang lebih power. Macam ada PA sendiri. Nak buat draf email, artikel, atau sekadar sembang-sembang cari inspirasi, ChatGPT memang boleh diharap.

Credit to ZDNet.com

2. Grammarly

Grammarly ni guna AI untuk check grammar, ejaan, dan punctuation. App ni boleh tolong improve korang punya penulisan. So korang memang tak payah risau lagi pasal typo atau ayat tunggang terbalik. Korang tulis je dengan penuh yakin, selebihnya akan dibantu oleh Grammarly.

Dia akan fix dan improve. So simple. Selain tu, dia akan bagi suggestion untuk buat ayat korang lebih professional dan jelas. Tapi app ni hanya dikhususkan dalam bahasa English sahaja.

Credit to Grammarly.com
Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

3. Jasper

Jasper ni AI yang memang padu untuk marketing dan copywriting.

Kalau korang jenis penulis yang suka tulis content panjang lebar dan deep, korang memang perlukan Jasper untuk bantu korang untuk buat content yang deep. Selain tu korang boleh je tulis iklan, social media post, atau artikel blog, Jasper ni memang win untuk korang.

Dia ada template siap untuk berbagai jenis penulisan, so korang tak perlu mula dari scratch. Dia juga boleh bantu dengan SEO, buat ayat yang menarik perhatian, dan banyak lagi.

4. QuillBot

QuillBot ni AI yang pandai paraphrase dan summarize. Dia boleh digunakan untuk improve penulisan korang menjadi lebih baik. Paling tidak pun, dia boleh tolong korang untuk summarize. Dia ada mode untuk enhance, shorten, expand, dan lain-lain, so korang boleh pilih ikut keperluan. Memang berguna untuk pelajar dan profesional. Ramai orang Malaysia gunakan QuillBot ni.

5. Copy.ai

Copy.ai ni AI yang khusus untuk menghasilkan kandungan kreatif. Dia boleh bantu tulis email, blog post, iklan, dan banyak lagi. Copy AI ni dah ada sebelum ChatGPT wujud lagi. Korang cuma perlu bagi sedikit input dan dia akan generate teks yang korang perlukan. Paling best dengan Copy AI korang dapat more control berbanding ChatGPT.

Credit to Copy.AI
Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

6. Writesonic

Writesonic ni AI yang boleh generate berbagai jenis penulisan dari iklan, blog post, social media content, sampai ke landing pages. Lebih kurang macam AI yang lain juga. Korang cuma perlu bagi sedikit input dan dia akan hasilkan teks yang korang perlukan. Dia juga ada fungsi untuk optimize teks untuk SEO, jadi sangat berguna untuk korang yang buat content marketing.

Kesimpulan

So ini lah antara AI yang boleh tolong korang dalam kerja kerja penulisan.

Sejak wujudnya teknologi ChatGPT, semakin banyak syarikat yang hasilkan AI diorang sendiri. Tapi majoriti menggunakan teknologi yang sama dengan ChatGPT. So memang terlalu banyak tapi harga yang berbeza beza. Korang kena pandai pilih ikut pada keperluan korang sebab lain platform lain feature yang diorang offer.