Bila buat bisnes, korang perlukan app yang boleh bantu korang uruskan bisnes dengan baik. Salah satu nya adalah app Invoice. Benda ni penting untuk minta client korang buat payment yang dengan cepat. Tapi nak design Invoice ni kan macam leceh.
Apa itu Invoice?
Invoice, atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai “invois”, adalah satu dokumen yang digunakan oleh penjual untuk meminta pembayaran daripada pembeli bagi barangan atau perkhidmatan yang telah diberikan.
Invoice biasanya mengandungi maklumat penting macam butiran barangan atau perkhidmatan yang dijual, jumlah yang perlu dibayar, tarikh penghantaran, dan maklumat pembayaran dan banyak lagi. Tapi nak buat semua ni secara manual memang leceh.
So ni dia 7 app Invoice yang korang perlu tahu. Dengan adanya app Invoice ni korang boleh uruskan kewangan korang dengan baik.
1. Zoho Invoice
Zoho Invoice adalah pertama yang patut korang pilih sebab Zoho Invoice ni percuma. Walaupun percuma, bukan bermaksud app ni cikai dan biasa.
Zoho Invoice adalah dari syarikat besar Zoho Corporation dan diorang memang ada macam macam app yang boleh bantu bisnes korang run dengan baik.
Salah satunya Zoho Mail, CRM, Cloud dan macam macam lagi. Kalau korang baru nak start bisnes, korang boleh gunakan Zoho ni sebagai permulaan. Tapi kalau korang tak suka dengan sistem Zoho, boleh je tru yang lain. App Zoho Invoice ni boleh buat Invoice dengan mudah dan cepat, so korang memang patut try
Ciri yang menarik pada Zoho Invoice
- Customizable templates: Korang boleh customize template invoice ikut citarasa korang. Nak letak logo syarikat, tukar warna, atau tambah nota? Semuanya boleh!
- Automated reminders: Fungsinya yang hantar peringatan automatik untuk invoice yang belum bayar sangat membantu, terutamanya kalau korang ada banyak pelanggan.
- Multi-currency support: Kalau korang berniaga dengan pelanggan antarabangsa, Zoho Invoice menyokong pelbagai mata wang. So korang tak perlu pening kepala kira tukaran mata wang.
- Free: Korang boleh gunakan app Zoho Invoice ni sampai bila bila.
2. Invoice Home
Seperti nama dia, Invoice Home direka untuk memudahkan kerja invoice yang korang nak buat untuk customer. App ni memang sesuai sangat untuk peniaga kecil dan freelancer yang perlukan sesuatu yang cepat dan efisien.
Harga yang ditawarkan oleh Invoice Home ni sangat murah. Korang boleh subscribe melalui app atau website rasmi Invoice Home. Kalau korang nak murah, subscribe direct dengan platform rasmi diorang.
Ciri-ciri menarik:
- Quick Invoice Creation: Buat invois dalam masa beberapa minit je. Pilih template, masukkan butiran pelanggan, dan siap!
- Expense Tracking: Selain buat invois, korang juga boleh track perbelanjaan. Ini memudahkan korang untuk urus bajet dan tahu ke mana duit korang pergi.
- Offline Mode: Walaupun tiada internet, korang masih boleh guna app ni. Semua data akan sync semula bila korang online.
- Simple design: Mudah faham untuk semua pengguna, mudah create dengan 1 click. Very easy to understand.
3. Invoice Simple
Invoice Home sesuai untuk korang yang dah ada bisnes dan nak kembangkan bisnes korang untuk jadi lebih besar. Korang boleh gunakan app Invoice Simple.
Sebab everything yang ada kat dalam app ni semuanya simple. Tinggal masukkan info penting, dan publish. Tak sempat design? Tak jadi masalah. App ni ada macam macam template yang cantik yang korang boleh apply pada Invoice korang.
Ciri-ciri menarik:
- Over 100 Templates: Pilihan template yang banyak membolehkan korang pilih yang paling sesuai dengan brand korang.
- Cloud Storage: Semua invoice korang akan disimpan di cloud, jadi korang boleh akses dari mana-mana sahaja.
- Instant Delivery: Hantar invoice melalui email atau print terus dari app. Mudah dan cepat!
4. FreshBooks
FreshBooks ni satu platform yang bukan sekadar Invoice semata mata. FreshBooks ni lebih kepada accounting software, so kalau korang perlukan accounting software untuk uruskan kewangan bisnes yang korang run, memang sesuai sangat korang guna FreshBooks ni. So korang dengan mudah boleh buat audit secara online. Kalau korang guna FreshBooks ni, memang akan disekalikan dengan Invoice.
Ciri-ciri menarik:
- Time tracking: Fungsi ini sangat berguna untuk freelancer yang caj berdasarkan masa. Korang boleh track masa yang dihabiskan untuk setiap projek.
- Expense management: FreshBooks memudahkan korang untuk urus perbelanjaan dan tahu di mana korang boleh jimat.
- Comprehensive reports: Dapatkan laporan kewangan yang detail untuk analisis dan buat keputusan yang lebih baik.
5. Wave
Wave ni lebih kurang sama macam Freshbooks. Satu accounting software yang bantu korang uruskan kewangan syarikat. Pun ada disediakan system Invoice yang bantu korang untuk buat Invoice dengan mudah.
Ciri-ciri menarik:
- Unlimited Invoices: Korang boleh buat invois sebanyak mana pun tanpa risau kena caj tambahan.
- Bank Reconciliation: Sambung akaun bank korang dengan Wave untuk reconcilia transaksi secara automatik.
- Payment Processing: Wave memudahkan pelanggan untuk buat pembayaran melalui kad kredit atau debit secara online.
Itulah 5 aplikasi invoice yang korang patut pertimbangkan untuk guna dalam bisnes korang. Setiap satu ada kelebihan dan ciri unik tersendiri. Pilihlah yang paling sesuai dengan keperluan bisnes korang. Dengan aplikasi invoice yang betul, urus bisnes korang akan jadi lebih mudah dan efisien!