Barang yang korang kena bawa bila nak travel

Bila nak pergi travel ada barang yang korang kena bawak supaya korang tak menyesal. Barang barang yang korang kena bawak ni akan memudahkan perjalanan korang nanti. Kalau tak ada mungkin akan jadi satu kesusahan bila tak ada. So ini adalah barang barang yang korang wajib bawak.

Air minum wajib ada

Botol air benda yang wajib korang kena bawak. Kalau tak ada memang satu benda yang sangat penting. Korang tak tahu apa yang akan jadi bila korang travel nanti. So persediaan tu sangat penting. Pilih botol yang insulated supaya air kekal sejuk atau panas.

Snack untuk tenaga: Jangan biarkan perut berbunyi

Snack bars, kacang, buah kering. Beli snack yang tahan lama supaya korang boleh dapat tenaga kalau jadi apa apa nanti. Benda-benda ni senang simpan dan tak rosak cepat. Paling penting, ia membantu korang maintain energy level sepanjang hari.

Gadget & tech essentials: Sentiasa berhubung dan bertenaga

  • Power bank: Pilih yang berkapasiti tinggi dan tapi ringan. Tak nak lah kan tengah syok-syok ambil gambar, tiba-tiba phone korang mati. Pastikan korang beli Power Bank yang high quality.
  • Charger & universal adapter: Ini penting, sebab tak semua tempat ada plug yang serasi dengan charger korang.
  • Phone backup atau SIM Card tambahan: Ada phone spare atau SIM card kalau-kalau phone korang hilang atau rosak.

Pakaian ekstra: Untuk situasi tak terduga

  • Baju sehelai dan seluar: Simpan satu set pakaian ekstra dalam beg. Mana tahu, luggage korang tertinggal atau makanan tertumpah ke apa. Kan dah leceh.
  • Stokin dan undergarments: Tak selesa bila berpeluh atau basah, jadi stokin dan undergarments extra memang penyelamat. Korang bawa je.

Kit kesihatan penting!

  • Hand sanitizer dan tisu basah: Di zaman sekarang, ni dah jadi new normal. Plus, ia membantu korang kekal bersih dan segar. Takut la kan berjangkit nanti.
  • Pelembap dan sunscreen: Cuaca berubah-ubah, kulit korang pun perlukan pelindung. Pelembap untuk kelembapan, dan sunscreen untuk elak sunburn.

Safety Kit: Jaga diri, jaga keselamatan

  • First Aid Kit Mini: Tak perlu besar, cukup yang ada plaster, antiseptic cream, dan ubat-ubatan asas.
  • Peluit keselamatan atau personal alarm: Ni berguna kalau korang tersasar atau dalam keadaan kecemasan.

Perlindungan matahari dan cuaca: Selalu siap sedia

  • Sunglasses dengan UV Protection: Bukan setakat bergaya, tapi melindungi mata dari sinar UV yang bahaya.
  • Topi atau cap: Nak elak panas terik atau melindungi kepala dari sejuk.
Barang yang korang kena bawa bila nak travel

Alat-alat tambahan: Jangan lupa benda kecil ini

  • Penknife atau multi-tool: Selalu ada gunanya, dari buka botol hingga potong roti, alat ni multifungsi. Takut emergency je nanti.
  • Senter kecil atau headlamp: Sangat berguna kalau korang adventure sikit, macam camping atau hiking.

Dengan checklist ni, korang sepatutnya dah cover semua aspek penting dari keperluan asas hingga keselamatan. Ingat, better over-prepared daripada under-prepared.