Kalau korang tengah fikir nak jadi pemandu GrabCar, mesti korang tertanya tanya, bawak GrabCar ni best ke tak? Paling penting bawak GrabCar ni masyuk ke tak? Nak tahu jawapannya, kami kongsikan 9 perkara penting yang korang perlu tahu sebelum buat keputusan.
1. Pendapatan tambahan
Bawak GrabCar memang boleh jadi sumber pendapatan tambahan yang lumayan, terutamanya kalau korang tinggal dekat kawasan bandar macam KL atau Penang.
Walaupun ramai yang kata pendapatan tak tetap, sebenarnya kalau korang rajin dan pandai cari waktu peak, income korang boleh jadi stabil. Korang perlu tahu waktu-waktu peak seperti pagi sebelum kerja dan petang lepas kerja. Masa ni, permintaan tinggi dan korang boleh dapat bayaran lebih dengan surge pricing.
Grab juga selalu bagi insentif dan bonus kepada pemandu yang capai target tertentu. So, kalau korang rajin, boleh kumpul insentif ni dan tambahkan pendapatan korang.
2. Bebas bekerja
Salah satu kelebihan utama jadi pemandu GrabCar adalah fleksibiliti masa. Korang boleh tentukan sendiri bila korang nak mula dan habis kerja. Tak akan ada pun bos yang nak suruh korang kerja ikut jadual ketat. So kerja sebagai GrabCar ni memang sesuai untuk korang yang bekerja sendiri.
Kalau korang ada kerja tetap, korang boleh bawak GrabCar secara part-time bila korang dah habis kerja. Kalau nak jadikan GrabCar ni sebagai kerja utama pun boleh, ikut je masa korang. Korang boleh pilih kawasan mana yang nak fokus dan waktu mana yang korang rasa sesuai. Contohnya, kalau korang tinggal dekat area yang ramai pelancong, mungkin korang boleh fokus pada waktu siang.
3. Jalan jalan tengok pemandangan
Bawak GrabCar ni best sebab korang boleh jalan jalan sambil tengok pemandangan. Korang akan jumpa tempat tempat tersorok yang korang tak pernah tengok. Plus korang boleh bina networking korang sendiri dengan customer sebab ada macam macam customer yang akan korang jumpa. Lagi lama korang bawak GrabCar, lagi banyak tempat yang korang akan explore. Ni yang jadi kan pengetahuan korang semakin bertambah dari masa kesemasa.
4. Bawak GrabCar lebih rilek
Kerja bawak GrabCar ni sebenarnya lebih rilek dari kerja yang lain sebab korang hanya duduk dan drive je kat mana sahaja customer suruh korang bawak. Korang tak perlu keluar pun dari kereta melainkan korang nak kena tolong tolong angkat barang customer masuk ke dalam bonet. So kerja ni memang rilek je sebab korang tak perlu nak keluar.
5. Ada peluang untuk ramaikan kenalan
Bila bawak GrabCar ni korang akan berjumpa dengan ramai orang. So bila korang jumpa ramai orang, senanglah korang nak ajak berborak, mana lah tahu korang boleh tambah kenalan korang. Sekali gus boleh luaskan networking korang bersama orang lain.
6. Kos maintain kenderaan
Bawak GrabCar memang dah best, tapi ada satu benda yang korang ingat juga, iaitu maintainance kenderaan. Korang kena pastikan yang kereta korang diserver on time. Kalau tak, memang cepatlah kereta korang melingkup. Bila hari hari guna kereta, bawak grab sana sini, memang akan mempercepatkan maintainance.
7. Kena hadap jalan jem
Sebelum korang nak bawak GrabCar, korang kena tahu yang kebanyakan driver GrabCar ni memang tak boleh lari dari jalan jem. Lagi lagi kalau korang bekerja pada waktu peak hour. Walaupun waktu peak hour ni tinggi fare dia, tapi korang sanggup ke tak sanggup untuk redah jalan jem. Kalau tak sanggup better korang buat diluar waktu peak tapi dengan price yang agak rendah.
8. Akses kepada perlindungan insurans
Grab menyediakan insurans untuk driver GrabCar dan penumpang.
Bila korang jadi driver GrabCar, automatic korang dah ada insurans dari Grab. Jadi, korang boleh bawak kereta dengan lebih tenang tanpa risau kalau ada apa-apa berlaku. Sentiasa pastikan insurans korang aktif dan tahu apa yang dilindungi. Kalau ada sebarang perubahan, pastikan update dengan Grab.
9. Perlu kan PSV License
Untuk bawak GrabCar, korang perlukan license memandu dan PSV License. Benda ni penting dan memang diminta oleh E-Hailing Driver-Partners. Untuk dapatkan PSV License korang perlu menjalani Medical Checkup, PSV Training dan license registration. Korang jugak perlu dapatkan E Hailing Permit, Insurans dan kena buat PUSPAKOM Inspection. Try tengok kat sini untuk maklumat yang lagi jelas.
Kesimpulan
Bawak GrabCar memang ada pro dan kontra. Grab Car boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan yang baik dengan fleksibiliti masa yang tinggi. Kalau korang minat bawak kereta dan suka jumpa orang baru, bawak GrabCar mungkin sesuai untuk korang. Buat keputusan bijak dan semoga berjaya! Sharekan artikel ni pada orang lain kalau korang rasa bermanfaat.