Nak buat bisnes tak ada modal dan susah.

Nak kerja stress pulak lepas tu terikat lagi dengan macam macam kerja tapi gaji ciput. So sebetulnya mana satu yang bagus ni? Bisnes atau korang kerja je dengan orang lain? Jom baca artikel ni sampai habis.

1. Kebebasan

Bisnes sendiri: Korang bebas. Boleh buat apa je yang korang nak. Korang boleh tentukan jadual kerja sendiri, buat keputusan sendiri, dan bina bisnes mengikut visi korang. Fleksibiliti ni sangat berguna terutamanya kalau korang ada komitmen lain macam keluarga atau hobi yang nak diteruskan.

Bekerja dengan orang lain: Kerja dengan orang lain biasanya ada jadual tetap dan korang kena patuh pada peraturan dan polisi syarikat. Korang kena bangun pagi, siap siap pergi kerja dan macam macam lagi. Walaupun ada sesetengah syarikat yang bagi fleksibiliti, tapi kebanyakannya masih terhad.

2. Risiko

Bisnes sendiri: Buat bisnes sendiri risiko dia besar. Korang mungkin akan alami kerugian, masalah operasi, dan cabaran dalam marketing. Tapi, kalau bisnes korang berjaya, ganjarannya yang korang dapatkan pun besar. Keuntungan bersih adalah milik korang sepenuhnya, dan potensi untuk berkembang adalah sangat luas.

Bekerja dengan orang lain: Risiko bekerja dengan orang lain lebih rendah sebab korang dapat gaji tetap setiap bulan. Kebanyakan syarikat juga sediakan faedah macam insurans dan pencen. Tapi, ganjaran korang terhad kepada gaji dan bonus yang ditetapkan. Potensi untuk naik pangkat ada, tapi masih terhad kepada struktur organisasi syarikat.

Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

3. Kestabilan

Bisnes sendiri: Kalau korang baru run bisnes, memang tak stabil langsung. Bila bila masa je korang boleh jatuh. Korang mungkin akan alami turun naik dalam pendapatan dan kena kerja keras untuk pastikan bisnes kekal bertahan. Tapi, kalau korang berjaya, korang boleh capai kestabilan untuk jangka masa panjang.

Bekerja dengan orang lain: Kerja dengan orang lain biasanya lebih stabil. Korang tak perlu fikir banyak benda. Korang dapat gaji tetap, faedah, dan perlindungan kerja. Memang stabil dari segi kewangan dan mental sebab korang tahu korang ada pendapatan tetap setiap bulan.

Photo by Dylan Gillis on Unsplash

4. Pengalaman & kemahiran

Bisnes sendiri: Bila buat bisnes sendiri korang kena expert dalam macam macam bidang, contohnya kena expert dalam bidang kewangan, pengurusan, marketing & banyak lagi. Korang akan belajar banyak benda baru dan kembangkan kemahiran korang dengan cepat. Memang leceh sikit mula mula. Tapi, untuk jangka masa panjang memang berbaloi. Memang selayaknya korang jadi bos.

Bekerja dengan orang lain: Kerja dengan orang lain bagi korang peluang untuk fokus pada bidang spesifik dan kembangkan kemahiran dalam bidang tu. Korang boleh belajar dari mentor dan rakan sekerja yang lebih berpengalaman. Latihan dan pembangunan kerjaya biasanya disediakan oleh syarikat, jadi korang ada suppot yang kuat untuk berkembang.

5. Networking

Bisnes Sendiri: Sebagai pemilik bisnes, korang ada peluang untuk bina network yang luas dengan pelanggan, pembekal, dan rakan niaga lain. Networking ni sangat penting untuk perkembangan bisnes korang. Tapi, korang kena usaha lebih untuk cari peluang dan bina hubungan ni.

Bekerja dengan orang lain: Bekerja dalam syarikat besar bagi korang akses kepada networking profesional yang luas. Korang boleh jumpa dan bekerjasama dengan ramai orang dalam industri korang. Peluang untuk menghadiri seminar, bengkel, dan latihan juga lebih banyak.

Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

Kesimpulan

Dua dua ni ada pro dan contra. Bergantung pada kemampuan korang sendiri. Kalau korang rasa mampu untuk bergerak sorang, korang memang bagus untuk buat bisnes sendiri. Tapi kalau korang jenis tak mampu bergerak sorang dan perlukan team untuk bantu korang then lebih korang kerja je dengan orang lain.