Boleh ke korang guna gambar orang lain dalam Business?

Soalan yang selalu muncul di kalangan usahawan digital atau sesiapa saja yang nak boost kan bisnes diorang di alam maya ialah, “boleh ke kita gunakan gambar orang lain dalam business yang dijalankan?”

Straight to the point, jawapannya ialah tak boleh if korang takde kebenaran atau lesen untuk menggunakan gambar tu.

Benda ni penting untuk ditekankan, sebab kalau korang langgar juga, risiko untuk korang di saman tu tinggi, especially kalau korang guna untuk content yang korang buat sendiri dalam portal, YouTube, dan TikTok, khususnya untuk tujuan komersil.

Kenapa penting ada kebenaran?

Bisnes sekarang banyak bergantung kepada digital dan visual, penggunaan gambar bukan setakat hiasan semata mata, tapi juga berfungsi untuk menarik perhatian pembaca.

Masalahnya, kalau korang menggunakan gambar orang lain tanpa izin, ini boleh dianggap sebagai pelanggaran hak cipta. Jadi korang memang tak boleh suka suka ambil gambar dari Google kemudian gunakan dalam content korang. (Khususnya yang Official Business – untuk run ads dan sebagainya)

Pelanggaran hak cipta ni bukan perkara kecil, benda ni boleh membawa kepada tindakan undang undang yang serius dan tentunya kan merugikan syarikat korang sendiri.

Mana nak cari gambar yang selamat untuk digunakan?

Untuk mengelakkan isu ni, ada beberapa cara yang boleh korang ikut untuk dapatkan gambar yang selamat dan sesuai digunakan untuk bisnes korang.

Korang boleh gunakan platform stock photo yang menyediakan LISENCE untuk menggunakannya. Ni antara platform yang popular:

  • Shutterstock: Platform ni menawarkan pelbagai pilihan gambar, video, dan muzik yang berkualiti tinggi. Ada pelan subscription yang berbeza-beza mengikut keperluan bisnes korang.
  • Adobe Stock: Kalau korang mencari gambar yang creative dan unique, Adobe Stock ni pilihan yang bagus. Integration dengan Adobe Creative Cloud memudahkan korang untuk edit dan gunakan gambar dalam projek.
  • Unsplash: Berbeza dengan yang lain, Unsplash ni percuma! Tapi, jangan lupa untuk check terma penggunaan sebab walaupun free, ada certain rules yang perlu dipatuhi.
  • Pexels: Macam Unsplash, Pexels juga menawarkan gambar dan video berkualiti tinggi secara percuma. Sesuai untuk startup atau bisnes yang budgetnya terhad.
  • Vecteezy: Sama macam Unsplash. Ada yang percuma dan ada yang premium.

Ingat, walaupun platform-platform ni offer “gambar percuma” atau berbayar, korang tetap perlu baca dan faham terms of use mereka. Ada gambar yang mungkin memerlukan attribution atau kredit kepada photographer asal.

Kesimpulannya

Jadi, sebelum korang excited nak guna gambar orang lain untuk penuhi keperluan dalam bisnes, pastikan korang dah ada izin atau lesen yang jelas. Ini bukan sahaja untuk elakkan korang dari kena saman, tapi juga sebagai bentuk penghormatan terhadap hak cipta dan kreativiti orang lain.

Jom lah kita jadi lebih bertanggungjawab dalam menggunakan resources digital!