Canva membeli syarikat Affinity

So, korang semua dah tahu ke belum?

Canva, yang dah jadi bestfriend kita dalam membuat design yang simple tapi power, sudah announce yang mereka sudah pun membeli Affinity.

Yes, betul tu, syarikat yang terkenal dengan software design macam Adobe tu. Jom cek apa cerita sebenarnya dan macam mana benda ni akan beri impact dekat korang.

Siapa Canva dan Affinity ni?

Mula-mula, korang kena kenal dulu siapa diorang ni.

Canva adalah platform online untuk semua newbie dan professional designer, so korang boleh buat designs yang nampak pro dengan feature yang memudahkan korang untuk buat design. Contoh kalau korang nak buat poster, presentation, atau apa-apa yang melibatkan design, Canva lah jawapannya.

Affinity pulak adalah software designer untuk designer yang professional, sebab software dari Affinity ni agak complex jika nak dibandingkan dengan Canva. Kalau Canva tu macam mudah sangat, semua orang boleh guna Canva untuk buat design, tapi tak semua orang boleh buat design dengan Affinity.

Software macam Affinity Designer dan Affinity Photo tu jadi pilihan utama pada semua graphic designer yang mencari alternative lain daripada Adobe. Maklumlah, Adobe ni mahal sikit terutama bagi yang kerja freelance sahaja.

Kalau company besar tu, murah la jawabnya.

Advertisements

Kenapa Canva beli Affinity?

Okay, now, kenapa Canva decide untuk sapu Affinity?

Simple je, Canva nampak peluang yang lebih besar lagi. Dengan adanya Affinity dalam team, Canva bukan saja dapat tambah tools yang ada untuk kita guna, tapi juga dapat tambah skill dan expertise dari team Affinity yang solid.

Kiranya Canva upgrade ke level yang lebih pro dan boleh jadi saingan kepada Adobe.

Apa kelebihan untuk korang?

So apa yang korang dapat dari deal ni? First thing, korang boleh expect yang tools design korang guna dalam Canva tu akan dapat banyak upgrade.

Bayangkan combine kesenangan Canva dengan kepoweran Affinity, wah, tak ke naya tu untuk semua projek design korang? Tapi ni cuma apa yang kita jangkakan. Tak semestinya betul.

Plus, dengan lebih banyak tools professional, korang yang memang ada dalam field graphic design atau yang tengah belajar, dapat peluang untuk buat experiment dan improve skills tanpa perlu berpindah-pindah software.

Dan yang paling penting, mungkin korang dah boleh expect price yang lebih menarik sebab Canva memang terkenal dengan value yang dia bagi dengan price yang affordable.

Advertisements

Future landscape untuk designers

Apa yang menarik, dengan pembelian ni, landscape untuk para designer, terutamanya yang freelance atau small business, akan berubah.

Canva dan Affinity bersama untuk menyediakan satu platform yang lebih integrasi, dari kerja-kerja basic hingga ke projek yang lebih kompleks. Ini boleh buka peluang baru dan memudahkan workflow kita semua.

Affinity jadi saingan kepada Adobe

Affinity, dengan software macam Affinity Designer, Affinity Photo, dan Affinity Publisher, sebenarnya dah lama dah jadi saingan terdekat kepada Adobe macam Adobe Photoshop, Illustrator, dan InDesign.

Cuma sekarang, dengan backing dari Canva, potensi untuk Affinity untuk bersaing lebih head-to-head dengan Adobe akan menjadi lebih tinggi.

Bayangkan, tools yang lebih pro dari Affinity, digabung dengan user interface yang friendly dari Canva.

Benda ni bukan tentang software semata mata, tapi tentang bagaimana Canva nak bagi kemudahan kepada lebih ramai orang untuk create design dengan tools yang powerful.

Advertisements

Canva buat Affinity percuma untuk pelajar dan sekolah

Yes, Affinity akan jadi percuma untuk semua pelajar dan sekolah. Satu berita yang mengembirakan.

Canva dan Affinity secara tidak langsung membuka satu peluang kepada semua generasi muda untuk belajar dan menggunakan software design yang advanced tanpa perlu risau lagi tentang kos.

Of course benda ni bukan saja membantu dalam pendidikan, tapi juga akan mendorong lebih ramai bakat anak anak muda untuk explore dengan lebih mendalam tentang dunia graphic designer.

Imagine, sekolah-sekolah dan universiti-universiti dapat access kepada tools profesional tanpa cost. Buat design tanpa sebarang kebimbangan.

Adobe kena cari cara baru untuk tarik user

Adobe mungkin perlu rethink strategy dorang untuk pastikan user kekal loyal.

Walaupun Adobe masih merupakan company terbesar dalam industri dan memiliki suite produk yang memang powerful, dorang mungkin perlukan lebih inovatif dalam cara dorang menawarkan produk kepada pengguna, especially dalam bab pricing dan accessibility.

Mungkin korang akan dapat tengok Adobe akan memperkenalkan lebih banyak inisiatif pendidikan, atau menawarkan packages yang lebih flexible dan affordable untuk menarik semula minat pengguna.

Benda ni juga boleh jadi peluang untuk Adobe supaya boleh push boundaries dalam innovation dan maybe introduce new features yang akan set dorang apart dari saingan.

Kesimpulan

Apa yang berlaku sekarang dalam dunia design grafik bukan sekadar pertarungan antara syarikat-syarikat software, tapi ia lebih kepada bagaimana teknologi dan pendidikan dapat digunakan untuk empower lebih ramai orang untuk menjadi kreatif.

Canva dan Affinity, akan buatkan Affinity percuma untuk semua pelajar dan sekolah, serta menjadi saingan paling merbahaya dengan Adobe, sekali gus menunjukkan bahawa kita semua sedang menuju ke era baru dalam dunia graphic design.

So, untuk korang yang dalam bidang ni, sama ada sebagai pelajar, pengajar, atau professional, masa depan dalam industri ni nampaknya akan menjadi cerah untuk korang semua.

Jangan lepaskan peluang untuk terus belajar, explore, dan tentu saja, create.

Advertisements