Apa Itu E-Commerce?

E-commerce ni sebenarnya macam kedai biasa korang tengok kat shopping mall, tapi dalam bentuk digital. Semua urusan jual beli dibuat secara online.

Dari pakaian, gadget, makanan, sehinggalah servis seperti graphic design atau copywriting, semua boleh dijual online. Dengan e-commerce, korang boleh operate bisnes dari mana-mana je asalkan ada internet. Senang kan? Tak perlu risau pasal sewa kedai mahal atau stok yang bertimbun-timbun.

Sebenarnya kalau korang nak open E Commerce ni korang boleh je buat kat platform yang sedia ada macam Shopee dan Lazada. Tapi kalau korang nak manage korang punya platform sendiri, then korang kena guna platform e commerce yang boleh custom ikut business yang korang run.

Kenapa E-Commerce?

Korang mesti tertanya-tanya, kenapa ramai orang buat e-commerce? Jawapannya simple: banyak kelebihan dan peluang yang korang boleh manfaatkan. Jom tengok apa yang best sangat tentang e-commerce ni.

Nak buka E Commerce kosnya murah!

Kalau korang buka kedai fizikal, korang kena fikir pasal sewa kedai, bil elektrik, air, dan lain-lain. Tapi dengan e-commerce, korang cuma perlu bayar untuk website atau guna platform macam Shopify atau Wix. Ini memang menjimatkan kos operasi.

Market secara global

Dengan kedai fizikal, pelanggan korang terhad kepada orang yang lalu lalang di depan kedai. Tapi dengan e-commerce, pelanggan dari seluruh dunia boleh beli produk korang. Tak perlu risau pasal lokasi, asalkan korang ada strategi penghantaran yang baik.

Fleksibiliti

Korang boleh uruskan kedai dari mana-mana sahaja. Tak kisahlah korang tengah travel ke, duduk rumah ke, janji ada internet. Boleh adjust masa kerja ikut kesesuaian korang. Ini sesuai sangat untuk mereka yang nak buat bisnes sambil jaga anak atau ada kerja tetap lain.

Masa

Kedai online korang buka 24/7. Maksudnya, korang boleh buat duit even when you’re sleeping. Bayangkan bangun pagi tengok ada banyak gila order masuk. Korang tak perlu susah susah nak reply satu persatu customer melalui whatsapp. Menyusahkan! Yang korang tahu order masuk mean customer dah buat payment dalam website korang.

Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

Platform yang sesuai untuk run bisnes

Ada banyak je platform e-commerce yang korang boleh pilih. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. So korang kena cari platform yang memang sesuai dengan bisnes yang korang nak run secara digital. Jom tengok beberapa contoh yang popular dan apa kelebihan serta kekurangan setiap satu.

Shopify

Shopify ni popular gila sebab senang sangat nak guna. Banyak templates yang korang boleh customize ikut citarasa. Ada banyak features macam payment gateway, inventory management, dan customer support.

Semua benda diaorang dah sediakan. Korang tinggal nak setup dan letak produk je. Kurang teknikal berbanding yang lain. Shopify juga boleh integrasi dengan aplikasi lain seperti Facebook, Instagram, dan Google. Korang nak mudah? Try terus dengan Shopify. Ada 14 hari trial sebelum korang bayar per month.

Photo by Roberto Cortese on Unsplash

Kelebihan:

  • User-friendly: Tak perlu pandai coding. Drag and drop je.
  • Support: Ada customer service yang bagus.
  • Integrations: Boleh link dengan apps lain macam Facebook, Instagram, dan Google.
  • Scalability: Sesuai untuk bisnes kecil yang nak berkembang jadi besar.

Kekurangan:

  • Harga: Monthly fee agak tinggi, tapi kalau korang serious, memang berbaloi.
  • Transaction Fees: Ada transaction fees kecuali korang guna Shopify Payments.

Wix

Wix ni pun best sebab flexible. Boleh buat website yang cantik dengan banyak design options. Walaupun bukan dedicated e-commerce platform, Wix ada features yang cukup untuk korang mula bisnes online.

So kalau korang nak custom lebih sikit dari Shopify, korang boleh guna Wix. Platform ni still mudah untuk korang setup bisnes korang. So tak perlu risau sangat.

Kelebihan:

  • Design: Banyak templates cantik.
  • Ease of Use: Senang untuk beginners.
  • Pricing: Ada pilihan yang lebih murah berbanding Shopify.

Kekurangan:

  • E-commerce Features: Tak selengkap Shopify.
  • Scalability: Mungkin kurang sesuai untuk bisnes yang nak scale up dengan cepat.

WooCommerce

WooCommerce adalah plugin untuk WordPress. WordPress adalah CMS untuk korang build website sendiri. Paling best dengan WordPress ni korang boleh custom ikut pada feature yang korang perlukan.

Kalau korang dah biasa dengan WordPress, ni memang pilihan yang bagus. WooCommerce sangat customizable dan more control, jadi sesuai untuk korang yang nak buat kedai online tapi lain dari yang lain. WooCommerce ni memerlukan sedikit skill untuk korang setup. Sebab dia complex sikit kalau compare dengan yang lain.

Photo by KOBU Agency on Unsplash

Kelebihan:

  • Cost: Free! Tapi kena bayar untuk hosting.
  • Customizability: Boleh modify ikut suka hati korang.
  • Community: Ramai orang guna, so banyak support online.

Kekurangan:

  • Learning Curve: Agak susah untuk beginners.
  • Maintenance: Korang kena uruskan updates sendiri.

Cara mula E Commerce

Nak mula kedai e-commerce ni memang best, tapi ada beberapa step yang korang kena ikut. Jom kita tengok step-by-step macam mana nak start.

Pilih niche

Pilih niche yang korang minat dan ada demand. Jangan jual semua benda. Fokus pada satu kategori dulu. Contoh, kalau korang minat fashion, jual pakaian atau accessories. Kalau suka gadget, jual barang-barang teknologi. Dengan fokus pada satu niche, korang boleh jadi expert dalam bidang tu dan tarik lebih ramai pelanggan yang berminat.

Tips:

  • Research: Tengok apa yang trending dan ada permintaan tinggi.
  • Passion: Pilih niche yang korang minat supaya korang lebih bersemangat.

Cari supplier

Nak jual barang, mestilah kena ada supplier. Korang boleh guna dropshipping atau beli stock sendiri. Korang boleh order produk direct dari China dengan gunakan app Alibaba. Kat situ korang boleh beli barang dengan harga borong direct dari kilang.

Dropshipping:

  • Korang tak perlu simpan stock.
  • Supplier yang akan uruskan penghantaran.
  • Risiko rendah, tapi margin untung mungkin kecil.

Beli stock sendiri:

  • Kena ada modal untuk beli stock.
  • Korang sendiri kena uruskan penghantaran.
  • Risiko tinggi, tapi margin untung lebih besar.

Tips cari supplier:

  • Alibaba: Banyak supplier dari China yang tawarkan harga borong.
  • Local Wholesalers: Support local business dan dapat barang lebih cepat.
  • Networking: Join group atau forum yang related dengan niche korang untuk dapatkan tips dan recommendation.

Build website korang sendiri

Kalau guna Shopify atau Wix, senang je nak buat website. Kalau guna WordPress, complex sikit tapi more control for everything. Tak semestinya korang yang buat, korang still boleh hire developer untuk develop untuk korang. Pilih template yang korang suka, customize ikut branding korang, dan masukkan produk.

Tips:

  • Gambar produk: Pastikan gambar produk jelas dan menarik. Guna high-resolution images.
  • Description: Tulis description yang detail. Terangkan kelebihan produk dan kenapa pelanggan perlu beli.
  • Navigation: Buat website korang user-friendly. Senang nak cari barang.

Features penting:

  • Search Functionality: Bagi pelanggan senang cari produk yang diorang nak.
  • Product Reviews: Biar pelanggan lain share pengalaman diorang.
  • Secure Checkout: Pastikan korang menggunakan payment gateway yang selamat.

Setup payment gateway

Korang kena ada payment gateway supaya pelanggan boleh buat bayaran dengan mudah. Semaunya automatic.

Banyak pilihan yang korang boleh gunakan macam Stripe, PayPal, ToyyibPay dan SenangPay. Pilih yang sesuai dengan target market korang. Pendapat kami, gunakan Stripe sebab hampir semua feature diorang ada sediakan. Contoh FPX, GrabPay dan lain lain.

Tips:

  • Multiple Options: Sediakan beberapa pilihan pembayaran untuk kemudahan pelanggan.
  • Currency: Support pelbagai mata wang jika target pelanggan international.
Photo by Mika Baumeister on Unsplash

Marketing

Tak guna kalau ada website cantik tapi takde orang tahu. Korang kena keluarkan duit untuk buat marketing. Bab marketing ni penting gila sebab dengan marketing lah baru orang tahu dan baru ada sales masuk. Jangan kedekut duit untuk buat marketing. RUGI!

Social Media:

  • Setup Google Ads dan Facebook Ads untuk run marketing. Korang juga boleh gunakan MGID untuk buat awareness pasal produk yang korang jual.

SEO:

  • Pastikan website korang optimize untuk search engines. Korang kena hire penulis untuk tuliskan tentang bisnes dan produk yang korang jalankan.
  • Kena tulis banyak blog post untuk tarik ramai visitor masuk kedalam website korang.

Email Marketing:

  • Kumpul email subscribers.
  • Hantar newsletter dan promosi pada setiap minggu.

Influencer Marketing:

  • Kerjasama dengan influencers yang sesuai dengan niche korang. Boleh hire kat Instagram dan Tiktok.
  • Boleh buat review atau unboxing video. Hire Youtuber.

Jaga customer services

Customer service yang bagus boleh buat pelanggan datang balik. Layan mereka dengan baik, jawab soalan dengan cepat, dan selesaikan masalah mereka secepat mungkin. Paling penting korang kena simpan lah databases customer so mudah lah untuk korang buat re marketing.

Tips:

  • Guna chatbots untuk jawab soalan basic.
  • Sediakan FAQ page.
  • Follow up lepas jualan.

Customer Retention:

  • Beri loyalty rewards atau discounts untuk pelanggan setia.
  • Hantar follow-up email untuk dapatkan feedback.
Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

Kesimpulan

Buat duit dengan e-commerce memang best. Banyak peluang dan fleksibiliti. Tapi, kena usaha keras dan sabar. Pilih platform yang sesuai, buat website yang menarik, dan jangan lupa buat marketing. Jaga customer service dengan baik supaya pelanggan puas hati dan setia dengan kedai korang.

Semoga berjaya dan happy selling! Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, sharekan pada yang lain. Support korang sangat membantu untuk kembangkan lagi info berkaitan bisnes.