Cara buat duit dengan Lalamove

Pernah dengar pasal Lalamove?

Lalamove adalah satu platform penghantaran yang membolehkan korang menggunakan kenderaan sendiri untuk jana income. Dari motor kecil sampailah ke lorry besar, semua boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan.

Jom aku cerita kenapa kerja dengan Lalamove ni memang best gila.

Guna apa saja kenderaan

First thing first, apa saja kenderaan yang korang ada, boleh digunakan. Motor ke, kereta, van, atau lorry 4×4, semua ada peluangnya tersendiri.

Benda ni bukan saja membantu korang optimalkan apa yang korang dah ada, tapi juga membuka ruang untuk korang pilih jenis penghantaran yang paling sesuai dengan kenderaan korang.

Serius, flexibility level lain macam!

Demand memang tinggi

Sekarang ni, semua orang lebih prefer beli barang secara online. So, demand untuk servis penghantaran macam rocket. Sentiasa ada pada setiap masa. Kadang tu tengah malam pun orang order.

Dari dokumen kecil sampai lah ke barang yang besar, semua orang perlukan someone untuk deliver.

Ini bermakna, peluang untuk korang dapat lebih banyak job dan yes, duit, memang akan sentiasa ada. Plus, dengan ekonomi macam sekarang, extra income ni memang helpful.

Boleh bawa member

Korang mungkin bosan tapi dengan Lalamove, korang tak perlu drive sorang. Korang boleh ajak member sekali. Bayangkan, buat duit while spending time dengan kawan.

Bukan saja buat journey korang lebih fun, tapi juga akan lebih selamat, especially untuk long trips. Safety first, kan? So yang mana dah berkahwin tu, boleh je bawa pasangan sekali. No hal la.

Fleksibel giler

What I love the most pasal kerja ni ialah fleksibilitinya.

Korang nak drive full time ke, part time, semua atas budi bicara korang sendiri. Tak ada penalty pun kalau korang ponteng kerja. Anytime.

Nak kerja hari ni, esok nak off, minggu depan nak full throttle, semua boleh. Bukan je bagi korang kontrol penuh atas masa, tapi juga atas pendapatan korang sendiri. Work-life balance, check!

Easy to start

Dan yang paling penting, start kerja dengan Lalamove ni easy peasy. Sign up, ikut few steps verification, buat training dan boom, korang dah ready untuk start accept jobs.

Semua pendaftaran hanya secara ONLINE sahaja. Korang tak perlu pergi ke mana mana pejabat.

Juga korang tak perlu risau pasal macam-mana nak dapat customers atau macam-mana nak promote servis, semua dah disediakan dalam app. Ada job, terus jalan je.

Kerja bawa barang je, semua dalam app

Part paling senang tentang jadi driver Lalamove ni, korang hanya perlu fokus bawa barang. Tak perlu pening kepala pikir pasal cari customer atau promote servis – semua itu dah tersedia dalam app Lalamove.

Tapi kalau korang pilih untuk kerja dengan motor, memang kena bersedia sikit la dengan penat lelahnya. Cuma kalau korang drive dengan kereta, experience tu akan jauh lebih selesa dan chill.

Bayangkan, korang duduk dalam kereta dengan aircond, sambil dengar lagu, sambil buat duit. Mantop!

Kekurangannya dalam tahun 2024

Walau macam mana pun, bila tahun 2024 ni, kerja sebagai driver Lalamove ni dah jadi kerja yang semakin mencabar.

Untuk tahun 2024 ni harga barang semua dah naik kaw kaw, kos sarah hidup pun meningkat kaw kaw. Jadi, kalau nak harapkan income dari Lalamove semata-mata untuk support lifestyle korang, memang agak tough.

Lagi satu, dengan fee untuk buat delivery yang dianggap rendah oleh ramai pihak, ini menjadikan cabaran untuk buat lebih banyak duit dengan Lalamove akan menjadi lebih susah.

Memang, jadi driver Lalamove ni banyak kelebihannya, tapi tak dinafikan juga ada kekurangannya, terutamanya bila kita bercakap tentang realiti ekonomi sekarang.

Fee yang ditawarkan untuk setiap penghantaran mungkin tak seberapa jika kita nak bandingkan dengan kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan, dan masa yang korang laburkan. Pergh, sakitnya tu disini.

Tips untuk survive

Walaupun pun susah, bukan bermakna tak ada jalan keluar. Ada beberapa tips yang mungkin boleh bantu korang maksimumkan pendapatan korang dengan Lalamove, walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar:

  1. Optimalkan masa penghantaran: Cuba ambil lebih dari satu order dalam satu masa atau route yang sama. Ini boleh jimat masa dan minyak.
  2. Pilih waktu puncak: Ada certain waktu dalam hari di mana demand lebih tinggi. Waktu-waktu macam ni biasanya boleh dapat lebih banyak job.
  3. Penjagaan kenderaan: Pastikan kenderaan korang dalam keadaan baik untuk mengelakkan kos penyelenggaraan yang tinggi.
  4. Servis pelanggan yang baik: Kadang-kadang, customer akan bagi tip yang baik jika mereka puas hati dengan servis korang.
  5. Diversify: Jangan hanya bergantung pada satu platform sahaja. Kalau boleh, join beberapa platform penghantaran yang lain untuk maximize income korang.

Kesimpulannya, walaupun ada cabarannya, dengan strategi yang betul, korang masih boleh jadikan kerja sebagai driver Lalamove sebagai sumber pendapatan yang berbaloi.

Tetap semangat dan selalu cari cara untuk improve cara korang bekerja. Good luck, guys!