PS4 dan PS5 bukan sekadar untuk main game, tapi boleh jadi peluang buat duit yang korang tak pernah terfikir. Bagi mereka yang tak ada modal besar nak beli PS4 atau PS5, ramai yang prefer untuk sewa sahaja. Ini peluang korang untuk jana pendapatan pasif dengan konsol yang korang dah ada! Dalam panduan ni, kami akan ajar korang step-by-step macam mana nak buat duit dengan menyewakan PS4 atau PS5, termasuk bagaimana urus proses sewa, harga, kalau ada kerosakan, dan cara promosi guna platform online.

1. Fahami keperluan dan permintaan untuk PS4/PS5 sewa

Kenapa ramai nak sewa PS4/PS5?

Tak semua orang mampu beli PS4/PS5 sendiri, apatah lagi game original yang kadang mahal. Jadi, ramai yang cari peluang untuk sewa konsol — especially untuk try out games, adakan gathering, atau semata-mata nak hiburan sementara. Permintaan tinggi ni datang dari golongan gamers muda yang belum cukup duit untuk beli konsol sendiri atau ibu bapa yang nak beri hiburan untuk anak-anak mereka sekejap tanpa perlu beli full set. Sebab tu, bila korang masuk market untuk sewakan PS4/PS5, korang dah ada audience yang besar dan ready untuk sewa.

Credit to PlayStation

2. Sediakan PS4/PS5 untuk disewakan

Pemeriksaan penuh: Pastikan konsol dalam keadaan baik

Konsol yang rosak atau bermasalah akan menyebabkan penyewa kecewa. Jadi, sebelum korang mula sewakan, pastikan semua benda berfungsi dengan baik. Ini checklist yang korang boleh follow:

  • PS4/PS5 console: Pastikan konsol on dengan lancar, tiada overheat, atau shutdown tiba-tiba.
  • Controller: Setiap butang kena check. Kalau ada controller rosak, korang kena repair dulu atau sediakan controller spare.
  • Cables: Semua kabel HDMI, power, dan charging kena pastikan lengkap.

Sediakan satu kotak khas atau beg untuk letakkan semua barang ni supaya mudah untuk korang pantau setiap kali barang dipulangkan.

Pastikan software update dan install game menarik

Bagi penyewa, diorang nak plug and play. Jadi, make sure korang dah update software konsol ke versi terbaru, dan paling penting, install beberapa game popular yang trending. Game macam FIFA, Call of Duty, GTA, atau Fortnite memang ada demand tinggi, jadi pastikan game ni ready to play.

3. Tentukan harga sewa: Caj harian, mingguan, bulanan, dan caj tambahan

Sewa berdasarkan tempoh: Harga harian, mingguan, dan bulanan

Untuk tentukan harga sewa, korang boleh bahagikan kepada beberapa package yang fleksibel. Kami cadangkan:

  • Harga sewa harian: RM30 – RM50 sehari. Sesuai untuk orang yang nak sewa untuk jangka pendek, contoh event atau nak cuba beberapa game.
  • Harga sewa mingguan: RM150 – RM200 seminggu. Lebih ideal untuk mereka yang nak explore lebih banyak game dan ada masa lebih panjang.
  • Harga sewa bulanan: RM400 – RM500 sebulan. Ini untuk penyewa hardcore gamers yang tak nak terus beli PS4/PS5 tapi nak main secara intensif.

Caj untuk remote tambahan atau game ekstra

Konsol PS4/PS5 biasanya datang dengan satu controller sahaja, tapi kalau ada group yang nak main, korang boleh caj tambahan untuk controller kedua:

  • Caj tambahan controller: RM10 – RM15 sehari.

Untuk sewa game pula, walaupun korang ada beberapa game yang korang sertakan dalam package, korang boleh tawarkan lebih banyak pilihan dengan caj tambahan:

  • Caj tambahan sewa game: RM5 – RM10 sehari untuk setiap game tambahan. Korang boleh buat senarai game yang available dan beri pilihan kepada penyewa.

Caj penghantaran jika hantar ke lokasi penyewa

Kalau korang tawarkan servis penghantaran, boleh tambah caj berdasarkan jarak. Kami suggest caj sekitar RM10 – RM30 bergantung pada lokasi. Ini especially berguna kalau penyewa jauh atau tak ada masa untuk datang ambil konsol.

4. Buat kontrak sewa untuk melindungi diri

Pentingnya kontrak sewa

Walaupun nampak leceh, buat kontrak sewa adalah langkah bijak untuk protect diri korang daripada sebarang masalah yang mungkin timbul. Kontrak ni membantu korang jika berlaku kerosakan, kehilangan barang, atau penyewa tak pulang konsol on time. Korang boleh buat kontrak simple, tapi make sure ada perkara-perkara ni:

  • Butiran penyewa: Nama, IC, alamat, dan nombor telefon.
  • Butiran konsol: Jenis model PS4/PS5, serial number (kalau perlu).
  • Tempoh sewa: Tarikh mula dan tamat.
  • Harga sewa dan deposit: Jumlah yang perlu dibayar upfront dan deposit (kalau ada).
  • Tanggungjawab kerosakan: Nyatakan siapa yang bertanggungjawab jika konsol rosak.

Cara mudah buat kontrak sewa

Gunakan apps macam HelloSign atau Adobe Sign untuk urus tandatangan secara digital. Ini lebih mudah, tak payah jumpa face-to-face, dan penyewa boleh sign dari phone je.

5. Penghantaran dan pemulangan konsol

Penghantaran

Kalau korang offer penghantaran, pastikan korang tetapkan syarat yang jelas. Caj ikut jarak, confirmkan alamat penyewa, dan make sure korang ada rekod setiap penghantaran. Kalau boleh, ambil gambar bila korang hantar barang tu sebagai bukti penghantaran dalam keadaan baik.

Pemulangan dan pemeriksaan konsol

Bila penyewa pulangkan konsol, check konsol dan semua aksesori untuk pastikan semuanya dalam keadaan baik. Kalau ada kerosakan, negotiate dengan penyewa ikut syarat dalam kontrak. Deposit yang korang ambil tu juga berguna sebagai backup kalau ada barang hilang atau rosak.

Credit to Playstation

6. Apa nak buat kalau barang rosak?

Kerosakan kecil: Butang rosak, kabel putus

Kalau berlaku kerosakan kecil seperti controller tak berfungsi atau kabel rosak, first thing korang kena buat adalah tengok sama ada boleh repair sendiri atau perlu beli baru. Untuk remote yang rosak, harga biasa untuk replacement dalam RM50 – RM100. Korang boleh tolak kos tu dari deposit penyewa atau minta ganti rugi ikut perjanjian kontrak.

Kerosakan besar: Konsol tak boleh on

Kalau masalah lebih serius seperti konsol tak boleh on atau overheat, korang kena buat keputusan sama ada nak claim ganti rugi penuh atau repair. Biasanya, repair untuk masalah major boleh cecah RM300 – RM500, bergantung pada jenis kerosakan. Again, kontrak akan protect korang dalam kes macam ni, dan deposit boleh digunakan sebagai security.

7. Promosikan servis sewa PS4/PS5

Facebook Ads: Platform utama untuk target gamers

Facebook Ads sangat efektif untuk promote servis sewa PS4/PS5 sebab korang boleh target audience yang minat gaming dengan tepat. Create satu post menarik dengan gambar konsol yang clear, senaraikan harga sewa, dan highlight beberapa game yang korang tawarkan. Korang boleh target:

  • Golongan gamers (umur 15-35 tahun)
  • Area lokal korang untuk penghantaran mudah

Dengan bajet serendah RM10 sehari, korang boleh capai ribuan orang yang mungkin berminat.

TikTok Ads: Tarik perhatian gamers muda

Kalau korang nak target audience yang lebih muda dan aktif di TikTok, ads kat sini juga sangat berkesan. Buat video pendek tunjukkan setup PS4/PS5 korang, atau tunjuk beberapa game yang korang offer. TikTok sangat visual, jadi pastikan video tu catchy dan fun. Bajet ads tak mahal — RM10-RM20 sehari dah cukup untuk dapat exposure yang baik.

Platform lain: Mudah.my dan Carousell

Korang juga boleh letak listing kat Mudah.my atau Carousell, dua platform popular untuk jual-beli barang secondhand dan sewaan. Ramai orang yang cari barang sewa kat sini, jadi pastikan korang buat listing dengan gambar yang cantik dan harga yang competitive.

8. Urus bayaran dan deposit

Collect bayaran upfront

Penting untuk collect bayaran upfront, at least untuk tempoh sewa yang dah agreed. Korang boleh minta bayaran melalui bank transfer, TnG, Boost, atau GrabPay. Jangan hantar konsol sebelum payment clear.

Ambil deposit sebagai security

Sebelum hantar konsol, minta deposit sebagai security kalau berlaku kerosakan atau kehilangan. Biasanya RM100 – RM200 dah cukup. Deposit ni korang pulangkan lepas konsol dipulangkan dalam keadaan baik.

Kesimpulan

Dengan demand yang tinggi untuk konsol sewa, korang boleh jana pendapatan pasif yang bagus kalau urus dengan betul. Yang penting, pastikan konsol korang dalam keadaan tip-top, letak harga yang reasonable, dan buat kontrak untuk protect diri korang. Jangan lupa promosi secara online guna platform macam Facebook Ads dan TikTok Ads untuk tarik lebih ramai penyewa.