Sekarang zaman digital, semua orang buat duit hanya melalui digital. Tiktok salah satu platform yang boleh digunakan untuk buat duit. Ada lebih dari 2 bilion user yang download Tiktok kat seluruh dunia. Ramai orang suka layan video tiktok sebab boleh hilangkan stress dan gelak sampai pecah perut.

Kenapa kena ada ramai followers?

First sekali, nak buat duit dengan Tiktok korang kena ada followers yang ramai. Tak ada followers agak susah nak dapat duit dari platform ni. Untuk dapatkan followers, korang perlu buat content yang sangat best untuk gain followers. Bila followers dah cukup ramai, masa ni korang boleh buat duit. Nak buat duit melalui Tiktok ni ada bermacam macam cara.

Macam mana nak buat duit dengan Tiktok?

Bila followers dah ramai, ada banyak cara yang korang boleh generate income dari Tiktok, kami akan share tiga cara yang paling popular dan mudah mudah je.

  • Promote atau review produk orang lain. Cara ni sesuai untuk korang yang ada followers yang banyak dan aktif. Korang boleh promote atau review produk orang lain, contoh macam kedai makan, produk makanan, produk kecantikan, atau apa-apa je yang korang rasa sesuai dengan audience korang. Bila korang promote atau review produk orang lain, korang boleh je cas, ikut pada berapa ramai followers korang. Korang boleh contact dengan owner produk tu, atau diorang yang akan contact korang, untuk buat deal. Kalau korang buat video yang menarik dan jujur, korang boleh dapat income yang lumayan dengan cara ni.
  • Apply affiliate program dengan Tiktok sendiri. Cara ni sesuai untuk korang yang ada followers yang sederhana atau kurang. Korang boleh apply affiliate program dengan Tiktok sendiri, yang namanya Tiktok Creator Marketplace. Tiktok Creator Marketplace ni platform yang membolehkan korang berkolaborasi dengan jenama-jenama yang nak promote produk diorang dalam Tiktok. Korang boleh pilih jenama yang korang nak kerjasama, dan buat video yang sesuai dengan produk diorang. Korang akan dapat bayaran berdasarkan jumlah views, likes, comments, dan shares yang video korang dapat. Kalau korang nak join Tiktok Creator Marketplace, korang kena ada sekurang-kurangnya 10,000 followers, 100,000 video views dalam 30 hari, dan akaun yang aktif dan original.
  • Apply affiliate program dengan platform lain. Cara ni sesuai untuk korang yang suka buat video tentang produk-produk online. Korang boleh apply affiliate program dengan platform lain, contoh macam ShopeeLazada, atau Involve Asia. Affiliate program ni maksudnya korang akan dapat komisen bila orang beli produk yang korang promote dalam video korang. Korang kena letak link produk tu dalam caption video korang, dan pastikan orang klik link tu dan beli produk tu. Kalau korang nak join affiliate program ni, korang kena daftar dengan platform tu, dan pilih produk yang korang nak promote. Macam-macam produk korang boleh promote, dari barang elektronik, pakaian, permainan, dan lain-lain.
Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

Kalau buat betul betul, income boleh cecah RM5k keatas

So itulah 3 cara yang biasa orang buat duit dengan Tiktok. Untuk buat benda ni korang kena bersemangat dan bersungguh sebab nak buat benda ni tak mudah. Biasanya ambil masa yang agak lama. Korang perlu fokus pada content yang besar. Sehari kena upload 2 content yang best. Selebihnya tunggu dan tengok berapa ramai yang akan follow akaun korang. Yang penting, jangan putus asa, dan jangan lupa bersyukur. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.