Cara buat marketing online – Latest 2024

Ini adalah cara buat marketing online untuk produk or perkhidmatan yang korang nak tawarkan kepada orang lain. Dalam artikel ni kami akan explain satu persatu tentang apa itu marketing dan bagaimana caranya untuk korang buat marketing.

Apa itu marketing sebenarnya?

Marketing ni bukan sekadar jualan atau iklan semata-mata.

Marketing merangkumi keseluruhan proses bagaimana korang membawa produk atau perkhidmatan korang ke pasaran, memperkenalkan produk tu kepada pelanggan, dan akhirnya, mendorong diorang untuk buat pembelian. Proses ni melibatkan kajian pasaran, strategi pemasaran, branding, pricing, distribution, komunikasi, dan juga perkhidmatan selepas jualan.

Contohnya kalau korang ada produk baru, marketing adalah keseluruhan proses dari mengenal pasti siapa yang mungkin berminat dengan produk tu, bagaimana cara terbaik untuk memperkenalkan produk tu kepada mereka, hingga ke macam mana nak pastikan mereka beli dan seterusnya menjadi pelanggan setia.

Photo by Lisa Fotios

Bagaimana marketing berfungsi?

Marketing ni berfungsi melalui beberapa peringkat penting yang saling berkait rapat. Setiap peringkat ada peranan tersendiri dan perlu dilaksanakan dengan baik untuk mencapai kejayaan dalam marketing. Jom kita tengok satu per satu.

1. Kena tahu target market korang

Langkah pertama dan paling penting dalam marketing adalah mengenal pasti siapa target market korang.

So korang kena tahu info basic tentang customer korang contohnya macam demografi seperti umur, jantina, lokasi, tahap pendapatan, dan juga psikografi seperti minat, gaya hidup, dan nilai-nilai yang dorang pegang. Kalau korang buat bisnes, tapi tak pandai target kepada orang yang betul, memang payah lah sikit untuk korang promote bisnes yang korang jalankan.

2. Bina brand awareness

Lepas korang dah kenal target market, langkah seterusnya ialah membina kesedaran (awareness) tentang brand atau produk korang.

Ini boleh dilakukan melalui pelbagai saluran seperti social media, iklan, content marketing, dan lain-lain. Tujuan utama di sini adalah untuk memastikan orang ramai tahu kewujudan produk korang dan apa yang membuatkan ia berbeza daripada produk pesaing.

3. Cipta kepercayaan melalui community

Bila pelanggan dah mula kenal brand korang, langkah seterusnya adalah membina kepercayaan. Ini penting sebab tanpa kepercayaan, pelanggan mungkin tak akan rasa selesa untuk buat pembelian.

Korang boleh membina kepercayaan melalui testimoni, reviews, content yang bermanfaat, dan dengan menunjukkan komitmen korang terhadap kualiti dan kepuasan pelanggan.

4. Menukar minat kepada pembelian melalui strategi conversion yang kuat

Tahap terakhir dalam proses marketing ialah menukar minat pelanggan kepada pembelian. Ini adalah saat di mana semua usaha korang dalam membina awareness dan kepercayaan akhirnya membuahkan hasil. Korang boleh gunakan pelbagai teknik seperti tawaran istimewa, kempen promosi, atau upselling untuk mendorong pelanggan membuat keputusan pembelian.

Photo by Ken Tomita

Platform-platform yang patut korang guna untuk marketing

Sekarang dah ada pelbagai platform yang korang boleh gunakan untuk buat marketing. Setiap platform ada kelebihan dan kekurangannya, dan pemilihan platform yang tepat bergantung kepada produk yang korang nak promote.

1. Social media marketing (SMM)

Social media seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan Twitter adalah antara platform yang paling popular untuk korang buat marketing. Social media membolehkan korang untuk berinteraksi secara langsung dengan audience dan membina komuniti di sekitar brand korang.

Ia juga membolehkan korang untuk buat paid ads dengan target yang sangat spesifik, berdasarkan demografi, minat, dan tingkah laku pengguna.

Korang boleh guna Instagram untuk promote produk kecantikan sebab platform tu memang popular di kalangan wanita muda yang minat dengan fashion dan beauty. Dengan menggunakan Instagram Ads, korang boleh target audience yang tepat dan pastikan iklan korang sampai kepada orang yang betul.

2. Search engine optimization (SEO)

SEO adalah proses supaya brand korang mudah dicari melalui search engine seperti Google.

SEO melibatkan pelbagai teknik seperti keyword optimization, content creation, link building, dan on-page optimization. Dengan SEO yang bagus, korang boleh tarik traffic organik yang berkualiti, iaitu pengguna yang memang tengah mencari produk atau servis yang korang tawarkan.

Kalau korang jual kasut sukan, korang boleh buat blog post tentang “Cara memilih kasut sukan yang sesuai” dan optimize post tu dengan keyword yang relevant. Bila orang search di Google, post korang mungkin akan muncul di top results, dan ini boleh menarik lebih banyak traffic ke website korang.

3. Content marketing

Content marketing adalah strategi di mana korang mencipta dan berkongsi content yang bermanfaat dan relevan untuk audience korang. Content ni boleh jadi dalam bentuk blog post, video, infografik, podcast, atau apa-apa saja yang memberi nilai kepada audience.

Tujuan utama content marketing adalah untuk menarik, engage, dan mengekalkan audience dengan harapan untuk menukar mereka menjadi pelanggan.

Korang boleh buat YouTube channel yang mengajar tips-tips berguna tentang produk yang korang jual. Sebagai contoh, kalau korang jual alat memasak, korang boleh buat video recipe atau cooking tips yang menggunakan alat-alat korang. Bila audience dapat manfaat dari content korang, dorang akan lebih mudah untuk trust dan beli produk korang.

4. Email marketing

Email marketing adalah salah satu cara yang paling efektif untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Dengan email marketing, korang boleh hantar newsletter, promosi, atau update tentang produk korang terus ke inbox pelanggan.

Ini membolehkan korang untuk engage dengan pelanggan secara lebih personal dan membantu membina hubungan jangka panjang.

Contohnya korang boleh set up email campaign yang hantar promosi khas kepada pelanggan yang pernah beli produk dari korang. Ini boleh jadi cara yang baik untuk menggalakkan repeat purchase dan mengekalkan pelanggan setia.

5. Influencer marketing

Influencer marketing melibatkan kerjasama dengan individu yang mempunyai pengaruh besar di social media untuk promote produk korang. Influencer ni biasanya ada follower yang ramai dan mereka boleh membantu korang untuk reach audience yang lebih luas dan lebih targeted.

Contohnya kalau korang jual produk kecantikan, korang boleh bekerjasama dengan beauty influencer yang ada follower yang ramai dalam niche tu. Dengan cara ni, korang boleh reach audience yang memang berminat dengan produk kecantikan, dan ini boleh meningkatkan peluang untuk produk korang dibeli.

Photo by Christina Morillo

Kenapa marketing ni penting?

Marketing ni bukan sekadar sales semata mata, tapi benda ni penting untuk bina brand korang supaya jadi kuat dan dikenali oleh ramai orang. Marketing yang berkesan boleh buat produk korang laku keras, meningkatkan brand loyalty, dan membuka peluang baru untuk business korang berkembang.

Contoh macam produk Milo & Maggie.

Tak ada satu orang pun yang tak kenal dengan 2 jenama ni. Ini nama brand yang memang dah tertanam dalam otak rakyat Malaysia. Sebab apa? Sebab diorang nak marketing benda ni sejak sekian lama sehingga menjadikan kita semua INGAT benda ni sebagai makanan yang penting dalam kehidupan seharian.

Dengan marketing yang konsisten dan berkesan, korang boleh membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan, yang bukan sahaja akan beli produk korang sekali, tapi akan terus support brand korang untuk jangka masa yang lama.

Strategi marketing yang berkesan: Panduan untuk korang

Untuk buat marketing yang berkesan, korang perlukan strategi yang jelas dan terancang. Jom kita tengok beberapa langkah yang korang boleh ambil untuk membina strategi marketing yang mantap.

1. Buat analisis yang mendalam

Sebelum korang mula buat apa-apa kempen marketing, penting untuk korang faham keadaan pasaran. Buat research tentang trend terkini, siapa pesaing korang, dan apa yang pelanggan perlukan. Dengan maklumat ni, korang boleh rancang strategi yang lebih tepat dan relevan.

2. Segment pelanggan untuk hasil yang lebih fokus

Tak semua pelanggan sama, jadi penting untuk korang kenal pasti segmen-segmen pelanggan yang berbeza. Contohnya, pelanggan muda mungkin berminat dengan produk yang trendy dan innovative, manakala pelanggan yang lebih berumur mungkin lebih mementingkan kualiti dan reliability. Dengan mengenal pasti segmen ni, korang boleh tailor strategi marketing yang sesuai untuk setiap segmen.

3. Konsisten dengan branding korang

Konsistensi dalam branding adalah kunci untuk membina brand yang kuat. Pastikan semua aspek marketing korang, dari logo, warna, font, hingga tone of voice, semuanya konsisten. Konsistensi ni penting sebab ia membantu pelanggan mengenali dan mengingati brand korang, dan seterusnya membina kepercayaan.

4. Uji dan optimumkan strategi korang secara berterusan

Salah satu elemen penting dalam marketing yang berjaya ialah keupayaan untuk adapt dan evolve. Korang tak boleh sekadar cipta satu strategi, lepas tu biar je tanpa pantauan. Setiap kempen marketing yang korang jalankan perlu dipantau dan dianalisis untuk tengok sejauh mana keberkesanannya.

Langkah-langkah untuk uji dan optimumkan:

  • Pantau performance: Gunakan alat analytics yang ada di platform seperti Google Analytics, Facebook Insights, atau tools lain yang sesuai untuk tengok metrik penting seperti engagement rate, click-through rate (CTR), conversion rate, dan ROI (Return on Investment). Data ni penting untuk korang faham apa yang berfungsi dan apa yang tak.
  • A/B Testing: A/B testing adalah teknik di mana korang buat dua versi berbeza dari satu elemen dalam kempen korang (contohnya dua iklan dengan copywriting yang berbeza) dan tengok mana satu yang lebih efektif. Dengan cara ni, korang boleh optimize elemen kempen secara berterusan dan pastikan hasilnya semakin baik.
  • Adjust berdasarkan feedback: Feedback dari pelanggan adalah sumber maklumat yang sangat berharga. Dengarlah apa yang pelanggan cakap tentang produk atau kempen korang, dan adjust strategi korang mengikut keperluan dan kehendak dorang. Kadang-kadang, perubahan kecil boleh buat perbezaan besar.

Cara buat marketing yang efektif

Biar aku bagi korang beberapa contoh praktikal macam mana nak buat marketing yang efektif untuk pelbagai jenis produk. Contoh-contoh ni boleh bagi korang idea macam mana nak apply konsep-konsep yang kita dah bincang tadi.

1. Produk kecantikan: Fokus pada visual dan influencer

Untuk produk kecantikan, visual adalah segalanya. Social media platform seperti Instagram dan TikTok sangat sesuai sebab dorang memang visual-heavy. Korang boleh buat video tutorial makeup, sebelum dan selepas guna produk, atau tips kecantikan. Bekerjasama dengan beauty influencers juga boleh bantu korang reach audience yang lebih besar dan targeted.

Contoh kempen: Korang buat kolaborasi dengan seorang beauty influencer terkenal untuk lancarkan satu produk baru. Influencer tu buat review produk dalam bentuk video, tunjuk macam mana guna produk tu, dan bagi honest feedback.

Dalam masa yang sama, korang buat Instagram Ads yang target audience serupa dengan follower influencer tu. Dengan cara ni, brand awareness meningkat dan kemungkinan untuk dapat sales pun lebih tinggi.

2. Produk teknologi: Gunakan content yang mendidik

Untuk produk teknologi, content yang mendidik dan informatif sangat penting. Audience korang mungkin akan buat research yang mendalam sebelum beli, jadi pastikan korang ada content yang boleh menjawab semua soalan dorang.

Contoh kempen: Kalau korang jual gadget baru, buat satu siri blog post atau video yang menerangkan features gadget tu, cara guna, dan perbezaannya dengan produk lain di pasaran. Optimize content ni dengan SEO supaya mudah dijumpai di Google. Dalam masa yang sama, korang boleh hantar email newsletter kepada subscriber korang dengan info tentang produk baru ni dan special offer untuk early adopters.

3. Produk makanan dan minuman: Tarik minat melalui storytelling dan pengalaman

Produk makanan dan minuman ni sering kali bergantung pada storytelling dan pengalaman untuk menarik pelanggan. Cerita di sebalik produk, bahan-bahan yang digunakan, dan pengalaman yang produk korang boleh berikan adalah sangat penting.

Contoh kempen: Korang boleh buat video yang menceritakan kisah bagaimana produk korang dihasilkan, dari proses pemilihan bahan-bahan hingga ke packaging. Cerita macam ni boleh buat pelanggan rasa lebih dekat dengan brand korang.

Korang juga boleh buat event tasting di lokasi tertentu, di mana pelanggan boleh cuba produk korang sendiri. Ini boleh jadi cara yang baik untuk dapatkan feedback langsung dan membina hubungan yang lebih rapat dengan pelanggan.

Photo by Negative Space

Memastikan kejayaan jangka panjang dengan marketing

Kejayaan dalam marketing tak datang dalam sekelip mata. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan yang konsisten, dan keupayaan untuk adapt dengan perubahan.

Korang kena ingat, marketing ni bukan sahaja tentang jualan dalam jangka masa pendek, tapi juga tentang membina asas yang kukuh untuk kejayaan jangka panjang.

1. Fokus pada customer retention: Jangan fokus pada jualan sekali sahaja. Usaha untuk pastikan pelanggan korang rasa puas hati dan terus balik beli lagi produk korang. Ini boleh dicapai melalui loyalty programs, excellent customer service, dan produk berkualiti tinggi.

2. Diversify marketing channels: Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul. Gunakan pelbagai saluran marketing supaya kalau satu saluran kurang efektif, korang masih ada backup. Contohnya, kalau korang bergantung sepenuhnya pada social media, tapi platform tu tiba-tiba tukar algorithm, ia boleh menjejaskan hasil korang. Jadi, pastikan korang ada pelbagai saluran seperti SEO, email marketing, paid ads, dan lain-lain.

3. Monitor trends dan adapt dengan cepat: Dunia digital ni sentiasa berubah, dan trend marketing juga berubah mengikut masa. Korang kena sentiasa update dengan perkembangan terbaru dalam industri marketing dan bersedia untuk adapt dengan cepat. Contohnya, kalau ada trend baru dalam social media, cuba explore dan lihat sama ada ia relevan dengan brand korang.

4. Measure success dengan jelas: Tetapkan KPI (Key Performance Indicators) yang jelas untuk setiap kempen marketing korang. Ini mungkin termasuk metrik seperti sales conversion, brand awareness, customer acquisition cost, atau engagement rate. Dengan metrik yang jelas, korang boleh tengok sejauh mana keberkesanan strategi korang dan buat keputusan berdasarkan data yang kukuh.

Kesimpulan: Marketing tulang belakang bisnes

Marketing bukanlah sesuatu yang korang boleh buat sekali dan kemudian lupakan macam tu je. Marketing adalah proses yang berterusan, yang memerlukan korang untuk sentiasa belajar, menguji, dan sentiasa memperbaiki supaya marketing korang kearah yang lebih baik.

Dengan pendekatan yang betul, korang bukan sahaja boleh tingkatkan jualan produk, tapi juga membina brand yang kukuh dan hubungan yang panjang dengan pelanggan korang.

Setiap langkah yang korang ambil dalam marketing adalah satu pelaburan untuk masa depan brand korang. Dengan usaha yang konsisten, strategi yang jelas, dan willingness untuk adapt, korang boleh capai kejayaan yang berterusan dalam dunia marketing. Selamat berjaya!