Banyak bisnes jatuh disebabkan owner tak pandai buat marketing pada bisnes yang diorang run.
Produk kalau bagus macam mana sekalu pun, tapi cara marketing out, memang akan ranap jugak semuanya. Marketing tu adalah tulang belakang bisnes.
Ini cara yang korang perlu tahu untuk market bisnes korang pada public.
1. Gunakan media sosial
Media sosial adalah platform paling mudah untuk market bisnes korang.
Korang boleh gunakan platform macam Tiktok, Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi. Dengan media sosial ni lah orang akan start kenal dengan bisnes yang korang jalankan.
Kalau tak ada media sosial macam mana orang nak kenal dengan bisnes korang. So kena guna media sosial. Gunakan platform yang selalu orang guna. Untuk zaman sekarang, paling ramai ada kat Tiktok dan Facebook.
2. Gunakan Influencer
Bila dah ada media sosial mesti susah nak dapatkan followers kan, so susah lah korang nak promote apa apa. Tak ada, korang boleh promote bisnes korang melalui influencer yang dah memang ada ramai followers.
Korang tinggal siapkan duit je.
Tapi media sosial official untuk bisnes korang tetap kena ada, sebab bila influencer dah promote, orang lain akan follow media sosial korang pulak la.
Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBook3. Buat website untuk marketing
Bisnes yang gempak dan kencang mesti kena ada website. Jangan kedekut nak keluar duit untuk buatkan 1 website official.
Ada banyak manfaat kalau korang ada website sendiri. Dengan website ni lah korang boleh terangkan macam macam benda pasal bisnes korang pada customer. So tak perlu korang ulang ulang cakap benda yang sama pada semua orang. Website official ni memang wajib ada.
4. Gunakan Telegram Channel
Selain website, korang kena ada Telegram Channel. Benda ni untuk followers korang stay dengan korang. So diorang akan dapat info yang up to date dari korang.
So kat sini mudah kalau korang ada apa apa update terbaru pasal bisnes. Tapi jangan update benda benda yang membosankan.
Sentiasa share benda yang boleh bagi value pada followers, so itu yang akan buatkan diorang kekal dalam channel korang nanti.
5. Bekerjasama dengan brand lain
Nak harapkan channel korang semata memang lambat, so kalau korang nak cepat, better korang bekerjasama dengan Channel lain, channel yang memang ada banyak followers dan boleh bagi korang followers sama.
Contohnya korang boleh buat iklan pada channel channel yang offer untuk buat iklan tentang bisnes yang korang jalankan. Ada banyak kat Telegram tu, korang boleh cari semudah ABC.
Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBook6. Bagi value pada followers
Bila dah ramai followers, korang kena bagi value pada followers korang. So ni akan buatkan followers korang semakin kenal dan semakin suka dengan apa yang korang offer.
Kalau korang asyik promote benda yang sama, suh beli dan beli, memang orang akan lari sebab benda tu kan bosan dan tak ada value pun followers stay dalam channel korang.