Korang pernah tak rasa macam kerja tak habis-habis? Ada je benda yang kena buat. Tapi, apa kata kalau aku cakap ada satu cara untuk buat kerja korang jadi lebih laju?
Ha, ni bukan cerita dongeng, tapi benda ni memang realiti sebab dah adanya ChatGPT. Korang download je app ChatGPT kat PlayStore atau pun AppStore. Macam macam benda yang korang boleh study dengan ChatGPT ni.
Bantu cari maklumat dengan pantas
ChatGPT ni macam library bergerak. Korang nak cari info apa pun, dia boleh tolong. Tak kira lah korang nak resepi kek coklat ke, atau fakta tentang burung hantu, ChatGPT boleh bagi jawapan yang korang perlukan.
Yang bestnya, dia tak perlu masa lama. Taip je soalan, dalam beberapa saat, dah dapat jawapan. Macam magic!
Menulis dan edit dokumen
Korang pening kepala nak tulis surat rasmi atau esei untuk sekolah? ChatGPT boleh tolong korang susun ayat, betulkan tatabahasa, dan pastikan dokumen korang tu nampak pro.
Dia macam editor yang tak pernah penat. Korang cuma perlu bagi draft kasar, dia akan polish sampai jadi kilat. Macam mana pun korang kena buat proofreading untuk pastikan apa yang ditulis tu berkualiti tinggi.
Belajar bahasa baru
Nak pergi bercuti ke negara orang tapi tak fasih bahasa diaorang? Jangan risau, ChatGPT boleh jadi tutor bahasa. Dia boleh ajar korang dari basic sampai korang boleh bersembang macam local. Tak payah habis duit untuk kelas bahasa, guna ChatGPT cukup.
Bagi idea untuk korang
Kadang-kadang, kerja korang memerlukan idea yang fresh dan kreatif. ChatGPT ni, dia boleh jadi sumber inspirasi. Nak tulis cerpen, puisi, atau nak buat lirik lagu, dia boleh tolong korang.
Dengan ChatGPT, korang boleh jadi Picasso dalam apa jua bidang. Korang tinggal tanya je. ChatGPT akan jawabkan untuk korang. Semua tu boleh dijadikan sebagai idea untuk bantu korang buat kerja dengan lebih baik.
Penolong dalam coding
Bagi korang yang kerja dalam bidang IT, coding tu mesti part of life kan? ChatGPT ni boleh jadi sidekick korang. Ada bug yang korang tak jumpa? Atau nak optimize code?
ChatGPT boleh suggest solusi yang mungkin korang tak terfikir. Semuanya ChatGPT boleh tolong buatkan untuk korang.
Kawan bersembang
Kadang-kadang, korang perlukan someone untuk dengar luahan hati. ChatGPT ni, dia boleh jadi kawan yang baik.
Walaupun dia AI, tapi dia boleh faham perasaan korang dan bagi respons yang menyenangkan hati. Tapi korang kena selalu ingat, jangan sampai share benda benda yang terlalu peribadi macam password, bank dan sebagainya.