Ada dua platform yang korang boleh gunakan untuk buat iklan. Google Ads dan MGID. Mungkin korang pernah dengar dan mungkin juga tak. Tapi yang mana satu lagi best untuk bisnes korang? Jom kita tengok perbandingan antara dua ni dengan lebih detail. Wat rilek sambil wat piss.

Apa Itu Google Ads?

Google Ads ni adalah platform iklan dari Google yang paling popular kat dunia. Berjuta orang gunakan Google Ads untuk buat iklan. Dengan Google Ads, korang boleh letak iklan korang di Google, YouTube, dan pada semua website yang bekerjasama dengan Google, contoh macam website Rilek Brother ni.

Credit to WorldStream

Apa Itu MGID?

MGID pula adalah platform iklan native advertising. Pun ada berjuta orang yang gunakan MGID ni. Paling best iklan yang korang letak tu akan nampak macam sebahagian daripada content website padahal benda tu iklan. Kiranya iklan ni tak nampak macam iklan lah. Iklan MGID ni selalu muncul dalam blog, portal berita, dan website yang banyak infomation penting macam Rilek Brother ni jugak lah.

Credit to MGID

Target Audience

Google Ads

Google Ads ni power sebab korang boleh target audience yang spesifik. Korang boleh pilih keyword yang orang search, demografi, lokasi, minat, dan banyak lagi. Contohnya, kalau korang jual produk kesihatan, korang boleh target orang yang search “supplement kesihatan” kat Google.

MGID

MGID pula lebih sesuai kalau korang nak target audience yang minat baca artikel atau blog. MGID ni best sebab dia blend iklan korang dengan kandungan dalam website tu sendiri. So iklan korang seolah olah nampak macam direview oleh blogger dan penulis lain. Audience tak rasa macam tengah tengok iklan, tapi lebih kepada baca info yang berguna.

Kos Pengiklanan

Google Ads

Google Ads ni biasanya mahal sikit sebab dia punya bidding system. Korang bayar setiap kali ada orang klik iklan korang (CPC – Cost Per Click). Kos dia bergantung pada persaingan keyword yang korang pilih. Tapi kalau korang pandai optimize iklan, ROI (Return On Investment) dia memang padu. Kalau korang tak pandai setup kos memang melambung teruk.

MGID

MGID biasanya lebih murah berbanding Google Ads. Korang hanya bayar berdasarkan impressions (CPM – Cost Per Mille). Setiap 1000 kali iklan korang dipaparkan, korang kena bayar. Kalau budget korang limited, MGID boleh jadi pilihan yang baik sebab dia lebih cost-effective. Ramai amik ni sebab murah dan iklan korang ada kat mana mana je. Pergh.

Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

Conversion Rate

Google Ads

Google Ads ni biasanya ada conversion rate yang tinggi sebab audience memang tengah cari produk atau servis yang korang offer. Mereka dah ada niat nak beli, so peluang untuk convert tu tinggi.

MGID

MGID ni conversion rate dia lebih rendah berbanding Google Ads sebab audience dia lebih kepada yang suka baca info atau artikel. Pembaca akan ternampak iklan korang, dan kalau iklan korang tu sangat menarik then pembaca akan click. Jadi korang kena ada strategi content marketing yang kuat, untuk tingkatkan conversion rate dengan MGID.

Photo by Merakist on Unsplash

Pengalaman Pengguna

Google Ads

Google Ads ni straight to the point. Iklan korang terus keluar kat hasil carian atau YouTube. Pengguna yang klik iklan memang dah ada niat nak tahu lebih lanjut pasal produk atau servis korang.

MGID

MGID pula lebih subtle. Iklan korang nampak macam artikel atau recommendation. Pengguna rasa macam tengah baca info, bukan tengok iklan. So, pengalaman pengguna lebih smooth dan tak mengganggu.

Kesimpulan

Jadi, yang mana lagi best, Google Ads atau MGID?

Jawapannya, bergantung pada keperluan bisnes yang korang jalankan. Kalau korang ada budget besar dan nak target audience yang spesifik, Google Ads mungkin lebih sesuai. Tapi kalau korang nak cost-effective advertising dan target audience yang suka baca artikel, MGID boleh jadi pilihan yang bijak.

Lagi mantap korang run je dua dua platform ni untuk bisnes korang.

Akhir kata, pilihlah platform yang paling sesuai dengan strategi pemasaran korang. Apa pun pilihan korang, yang penting optimize iklan supaya dapat ROI yang maksimum. Selamat beriklan, korang!