Nak buat bisnes dengan Tiktok? Boleh tapi korang kena tahu beberapa perkara sebelum korang proceed buat bisnes melalui Tiktok.
Ada beberapa sebab kenapa TikTok ni mungkin bukan platform terbaik untuk bisnes korang. Jom kita tengok apa masalahnya.
Support TikTok tak membantu
Salah satu masalah utama bila guna TikTok untuk bisnes ialah support dia tak berapa bagus. Kalau ada apa-apa isu atau masalah, support team TikTok memang lambat nak respond. Majoriti memang tak respon langsung dan kes korang akan tergantung.
Bayangkan akaun korang dah lama dan ada followers berjuta, boleh hilang macam tu je taw. So kalau platform tiktok ni punca pendapatan korang, korang akan alami kerugian dan boleh jadi homeless secara tiba tiba.
Senang kena ban
Satu lagi masalah besar dengan TikTok ni, akaun korang senang sangat kena ban.
TikTok ada banyak peraturan dan kalau korang tak sengaja langgar, terus je akaun korang kena ban. Kadang-kadang sebab tak jelas pun boleh kena. Bila akaun kena ban, semua usaha korang selama ni hilang macam tu je. Nak minta tolong dengan Tiktok support pun susah.


Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBookRisiko kena hack
TikTok juga ada risiko tinggi untuk kena hack. Disebabkan platform ni popular sangat, hackers pun aim lah.
Kalau akaun bisnes korang kena hack, dengan Tiktok support yang tak berapa nak membantu, memang rugi gila sebab hasil kerja korang selama berbulan dan bertahun akan hilang sekelip mata. Korang kena start dari zero balik.
TikTok Live banyak rules
TikTok Live pun ada banyak gila peraturan yang ketat. Korang tak boleh cakap atau buat sesuka hati. Banyak benda kena tapis, kalau tak ikut peraturan, terus kena ban dari buat live.
Benda macam ni memang menyusahkan korang yang nak guna live untuk engage dengan followers atau buat sales. Kalau dapat live sekali pun memang susah orang nak tengok live korang sebab Tiktok punya algorithm ni memang pelik sikit.
Audience orang muda
Satu lagi masalah, audience kat TikTok ni tak konsisten.
Kadang-kadang video korang boleh dapat view berjuta-juta, tapi kadang-kadang view ciput je.
Ini buatkan susah nak predict dan plan strategi marketing korang dengan baik. Study la banyak mana pun memang susah gila sebab algorithm Tiktok ni selalu berubah berubah. So korang jadi tak boleh nak rely sepenuhnya kat platform ni.

Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBookAlgorithm yang berubah rubah
Algorithm TikTok selalu berubah-ubah.
Apa yang menjadi sekarang mungkin tak jadi esok. Korang kena sentiasa update dan adjust strategi marketing korang mengikut perubahan ni. Kalau tak, korang mungkin akan ketinggalan dan bisnes korang jadi kurang relevan.
Masa dan usaha yang tinggi
Untuk berjaya kat TikTok, korang kena invest banyak masa dan usaha.
Kena konsisten post content, engage dengan followers, dan selalu ikut trend terbaru. Ini semua memerlukan komitmen yang tinggi, yang mungkin korang tak boleh nak bagi kalau ada banyak lagi aspek bisnes yang perlu diuruskan. Lepas tu titiba kena ban dan semua kerja korang akan hilang macam tu je.
Tak semua produk sesuai
TikTok lebih sesuai untuk produk yang visual dan trendy.
Kalau bisnes korang lebih kepada produk atau servis yang serius atau technical, mungkin susah sikit nak dapat traction kat TikTok. Platform ni lebih kepada hiburan dan fun, jadi kena fikir sama ada produk korang sesuai atau tak.


Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBookSusah nak viral
Berniaga kat Tiktok ni memang susah gila nak viral melainkan video korang tu video bodoh, video gelek, video perempuan yang senang nak tarik perhatian orang lain untuk tengok sampai habis. Tak dinafikan memang ada je video education yang viral, tapi rare dan susah. Apatah lagi kalau korang nak berniaga produk dalam tu.
Kesimpulan
Walaupun TikTok nampak macam platform yang senang untuk viral tapi hakikatnya sangat lah susah, banyak risiko dan masalah yang datang dengan guna platform ni.
So korang memang tak digalakkan untuk gunakan platform ni untuk run bisnes dalam jangka masa yang panjang. Semua followers dan video korang boleh hilang sekelip mata dan tak ada apa yang korang boleh buat kalau korang dah kena ban.
Pastikan korang buat research yang mendalam dan tahu apa yang korang hadapi sebelum terjun ke dunia bisnes di TikTok.