1. Tempat tak strategik
First sekali korang kena tengok tempat yang korang niaga tu kat mana. Kalau tempat kat situ memang tak ramai orang so normal lah kalau tak ada orang datang kat kedai korang. Tapi kalau kalau korang buka kedai tu mula mula je ramai lepas tu dah tak ramai, itu dah masuk bab lain. Teruskan membaca.
2. Makanan tak sedap
Nak berniaga makanan yang paling kena sedap. Kalau tak sedap memang orang datang sekali je lepas tu dia tak akan datang dah. Kalau korang nak customer datang berulang kali pastikan korang buat dia ingat dengan masakan korang. Pastikan korang sedap sedap. Kualiti mesti sama. Jangan berubah rubah rasanya setiap hari. Ni pun boleh jadi punca.


Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBook3. Makanan terlalu sikit
Dalam bisnes makanan ni, benda paling penting adalah kepuasan pelanggan. MAHAL TAK APA, tapi orang puas makan. Kalau korang letak harga macam yahudi lepas tu portion makanan tu pulak nampak sikit dan tak puas bila makan, memang orang akan datang sekali je lepas tu takkan datang dah kat situ. So benda ni sangat penting, korang mesti utamakan KEPUASAN dulu baru sembang bab harga.
4. Harga terlalu mahal
Kalau korang berniaga untuk jangka masa panjang pastikan korang letak harga yang murah dan munasabah. Dalam bisnes makan ni benda yang paling penting bukan pada keuntungan semata mata tapi repeat customer yang boleh support bisnes kedai makan korang dari masa kesemasa. So nak customer datang berulang pastikan korang letak harga yang sesuai dengan masakan korang.
5. Kedai kotor
Benda ni paling penting pada kedai makan. Kalau kedai korang kotor, memang orang jijik nak datang. So pastikan kedai korang sentiasa bersih setiap kali orang datang. Dari masa kesemasa korang kena utamakan kebersihan. Benda ni benda yang sangat penting sebab customer akan perhatikan semua benda ni.

Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBook6. Pekerja pengotor
Pastikan pekerja korang sentiasa bersih, sentiasa cuci tangan, sentiasa pakai baju yang bersih, jangan pakai selekeh, jaga rambut, jangan janggut dan macam macam lagi.
Kadang tu ada pekerja hantar makanan tapi janggut terlalu panjang dan tak jaga, ini yang sebabkan customer jadi geli & terus dah tak datang lagi kat kedai tu. Lepas tu pastikan baju pekerja tak berbau. Kalau dah berbau tu cepat cepat tukar.
Ini semua akan buatkan customer lari ohh.
7. Kedai nampak buruk
Untuk zaman sekarang kedai tak boleh nampak buruk. Korang kena pastikan kedai korang bersih dan nampak cantik. Paling penting korang kena buatkan kedai korang nampak “moden”. Sesuaikan dengan zaman yang kita hidup sekarang ni. Jangan nampak macam zaman lama dengan tarabur sana sini. Korang kalau nak berjaya jangan la pemalas sangat. Push sikit dan jangan asyik nak bagi alasan je.

8. Makanan tak terjaga
Benda ni paling penting. Pastikan makanan yang korang letak kat atas meja tu ada penghadang atau jauh dari customer. Jangan biarkan customer terlalu dekat dengan lauk pauk yang korang dah letak kat situ.
Customer ni bukannya betul pun, kadang bercakap keluar air liur, kadang bersin je kat depan makanan tu. Geli siak. Korang tengok lah kedai yang educated macam mana. Jaga makanan ni benda penting.

Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBook9. Tak buat marketing
Dalam bisnes, marketing ni paling penting. Bisnes korang power macam mana sekali pun kalau marketing tak ada memang ke laut semuanya. Marketing ni korang boleh buat marketing berbayar atau pun marketing secara percuma.
Kalau korang nak buat marketing percuma, untuk kedai makan better korang pakai Tiktok. Rajin rajinkan diri untuk buat content pasal masakan korang. Tunjuk sikit makanan makanan yang special bagi penonton terliur. Baru lah korang datang. Kalau tak buat marketing, mana orang nak tahu kedai makan korang kat mana. Itu pasal tak ada orang doh.

Kesimpulan
Jangan nak salahkan orang lain je kalau bisnes korang tak maju. Pastikan korang buat semua diatas ni dulu baru korang boleh sembang untuk salahkan orang lain. Tu pun jauh lagi dan banyak benda yang korang kena buat. Sentiasa improve dan ikut trending supaya bisnes korang kekal maju. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.