Ada terlalu banyak Insurans Medical kat dalam Google.
Kadang kadang sampai pening nak pilih yang mana satu. Kadang tu tengok semuanya macam mahal tapi dapat benefit pun tah apa apa je. Kadang bila baca website diorang, macam tak faham apa yang diorang sampaikan. Kadang kadang tu website diorang nampak macam complicated sikit. So, ini adalah senarai insurans medical terbaik yang kami tulis berdasarkan research melalui Google.
Mudah faham, jelas dan murah.
1. Kaotim MediCard
Kaotim MediCard ni antara produk baru yang dikeluarkan oleh Takaful Malaysia. Dengan coverage yang fleksibel dan limit tahunan yang tinggi, korang boleh dapat rawatan terbaik tanpa risau kos. Sesuai untuk korang yang nak perlindungan menyeluruh. Korang patut try Kaotim MediCard sebab dia offer perlindungan insurans bermula dari RM38 sebulan. Boleh tahan murah kalau nak compare dengan produk Insurans yang lain.

2. AIA Medical Protection
AIA Medical Protection ni pun tak kurang hebatnya. AIA Medical Protection ni ada macam macam plan yang korang boleh pilih. Antaranya macam AIA Med Basic, AIA i-Med Basic, A-Life MediFlex dan macam macam lagi mengikut bajet yang korang perlukan.
Kiranya kalau korang nak banyak choice, korang boleh amik dengan AIA Medical Protection ni. Dalam website official diorang, korang boleh calculate bajet korang melalui calculater yang dah disediakan. AIA ni juga ada app AIA+ untuk kan urusan claim, info, cari hospital terdekat dan sebagainya.
So dengan AIA Medical Protection ni korang boleh dapatkan harga yang terbaik untuk perkhidmatan hospital yang terbaik di seluruh Malaysia.
3. Prudention BSN Takaful
Prudention BSN Takaful ni terkenal dengan coverage yang komprehensif. Ada macam macam produk yang korang boleh pilih dan sesuaikan dengan bajet korang.
Apa yang menarik tentang Prudential BSN ni adalah diorang ada plan coverage untuk RIDER. So korang yang bekerja seharian diatas motor tu memang sesuai dapatkan protection dari Prudential BSN ni.
4. Tune Protect
Tune Protect ni pun murah dan gempak juga macam yang lain sebab Tune Protect ni under Air Asia. Company yang memang dah stabil dan dikenali ramai orang. Korang boleh dapatkan medical card dengan Tune Protect bermula dari RM33 sebulan. Memang berbaloi habis. Segala info yang disampaikan dalam website official pun mudah untuk korang faham dan sangat jelas.
Paling best korang tak perlu pun buat medical check up untuk dapatkan protection dari Tune Protect ni. Semua process untuk korang register hanya memerlukan 3 minit je untuk protect diri korang.
Dengan Tune Protect ni juga, korang boleh download app Tune Protect untuk tengok hospital yang korang boleh pergi bila korang sakit nanti. Dengan adanya app ni, memang mudahlah semua urusan korang nanti. Semuanya under Tune Protect.

5. Takaful Ikhlas
Takaful Ikhlas antara medical insurans yang terbaik. Takaful Ikhlas ni satu insurans yang complete all in one sebab dia bukan sekadar cover insurans medical, tapi dia juga ada insurans untuk motor, kereta, travel, kemalangan, saving dan macam macam lagi.
Korang tinggal nak pilih je insurans mana yang korang rasa korang perlukan. Kalau korang jenis tak suka untuk handle pelbagai insurans dari company yang berbeza, korang boleh sapu terus Takaful Ikhlas ni. Process untuk korang claim pun mudah sangat sangat. Memang berbaloi habis.

6. Prudential Malaysia
Prudential Malaysia antara insurans medical yang dikenali ramai. Prudential Malaysia pun antara insurans medical terbaik plan yang hampir sempurna dengan segala keperluan yang diperlukan oleh korang. Harga plan Prudential Malaysia ni bermula daripada RM150 sebulan tapi diberikan dengan benefit yang terbaik untuk korang.

Kesimpulan
Sebenarnya ada banyak lagi insurans yang terbaik, cuma artikel ni nak tunjuk yang betul betul senang untuk korang faham dengan produk yang diorang offer. Kalau korang rasa info ni berguna untuk orang lain, sharekan artikel ni pada orang lain. Simple.