Masih ada orang yang ingat Sabah ni diluar negara dan tidak termasuk dalam negara Malaysia dan masih ada yang percaya, kalau korang nak pergi sabah korang perlukan passport. Untuk jelaskan tentang kekeliruan ni, ada beberapa perkara yang korang perlu perhatikan:
Peraturan masuk sabah
Nak masuk Sabah, korang tak perlukan passport, sebab Sabah ni bukan luar negara, tapi cuma negeri Sabah je. Walaupun korang tak memerlukan passport, peraturan masuk Sabah mungkin agak sedikit berbeza berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia.
Kad Pengenalan (IC) adalah document yang paling penting untuk korang bawak. Kadang-kadang, diorang akan buat pemeriksaan khas di lapangan terbang untuk pastikan keselamatan dan soal imigresen.
Dokumen lain yang mungkin diperlukan
Bagi warganegara Malaysia, bawa IC je dah cukup sebenarnya.
Tapi, kalau korang adalah warga asing yang menetap di Semenanjung Malaysia, korang perlukan document yang lain macam passport, permit dan visa (jika diperlukan) untuk korang masuk ke Sabah.
Kesihatan dan kuarantin
Bab kesihatan ni penting, kadang-kadang ada peraturan khusus yang berkaitan dengan kesihatan, terutama jika berlakunya wabak atau masalah kesihatan tertentu. Masa ni bukan IC je yang korang kena bawak. Mungkin ada document tambahan yang korang perlukan contoh macam sijil vaksin. Ala macam COVID 19 dulu. Tapi sekarang dah tak ada lagi benda ni.
Pastikan korang ikuti arahan terkini dari pihak berkuasa kesihatan kalau berlaku wabak.
Tips tambahan untuk perjalanan ke sabah
- Check jadual penerbangan: Pastikan korang periksa jadual penerbangan dan tempahan tiket awal.
- Bawa dokumen penting: Selalu bawa IC atau dokumen pengenalan diri yang lain.
- Ikuti arahan keselamatan: Patuhi semua arahan keselamatan dan imigresen.
- Ketahui tentang cuaca dan budaya tempatan: Sabah kaya dengan budaya dan alam semula jadi. Baca sikit tentang tempat-tempat menarik di sana.
Kesimpulannya, perjalanan ke Sabah memang tidak memerlukan passport dan korang hanya perlu IC sahaja khususnya untuk warganegara Malaysia. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.