Nak buat bisnes? Tapi tak tahu nak buat bisnes apa? Jangan bimbang.
Korang boleh download app Alibaba dan korang boleh explore macam macam produk yang korang nak order. Contoh korang boleh order baju jenama sendiri, powerbank jenama sendiri. Semua ada MOQ tersendiri. Bila korang minat, korang boleh beli direct dari kilang China.
Yang paling best, produk ni adalah jenama korang sendiri. So produk korang memang tak ada lagi kat dalam Malaysia dan dalam Shoppe. Korang boleh custom, termasuk packaging.
Apa yang korang perlukan adalah modal, kemudian bincang dengan pembekal melalui app Alibaba. Dekat dalam tu semua lengkap dengan segala tools yang korang perlukan.
1. Pembelian dengan harga borong
App Alibaba ni ada listkan senarai pembekal yang mana korang boleh tengok produk apa yang korang nak keluarkan. Paling best semua harga yang korang boleh beli adalah harga kilang dengan minimum MOQ. Korang boleh cari apa sahaja produk, dari pakaian, barang elektronik, mainan kanak-kanak hingga perabot, semua benda ada.
Harga borong ni biasanya lebih murah berbanding harga runcit, jadi korang boleh jimat banyak kalau beli dalam kuantiti yang besar.
2. Produk jenama sendiri
Apa yang lagi best, korang boleh jenamakan produk korang sendiri!
Dengan Alibaba, korang boleh dapatkan produk tanpa jenama (unbranded) atau korang boleh request untuk buat custom dan letakkan nama brand korang sendiri.
Semua ni boleh dibuat dari kilang dan akan terus dihantar ke tempat korang. Memang sesuai untuk korang yang nak start bisnes dan nak buat produk sendiri tanpa perlu keluarkan kos yang terlalu tinggi untuk manufacturing.
3. Macam macam pembekal ada
Dekat dalam app Alibaba ni, ada beribu pembekal dari seluruh dunia yang korang boleh pilih. Kebanyakan dari China. So semua barang yang korang nak order biasanya datang direct dari kilang China.
Korang boleh bandingkan harga, baca review, dan pilih pembekal yang paling sesuai dengan keperluan korang. Kalau korang tak yakin, just pilih je pembeka yang ada label “verify”. So risiko untuk korang ada masalah tu akan jadi rendah. Pastikan korang pilih pembekal yang ada rating dan review yang baik untuk elakkan sebarang masalah.
4. Perkhidmatan protect pembeli
Setiap pembelian korang didalam app Alibaba ni akan dilindungi dengan Trade Assurance.
Dengan Trade Assurance, korang boleh beli dengan lebih yakin sebab duit korang akan dilindungi sekiranya ada apa apa masalah yang berlaku antara korang dengan pembekal. So korang boleh terus claim duit korang dari Alibaba. Tapi pastikan korang baca terma dan syarat yang ditetapkan.
5. Kemudahan untuk berkomunikasi dengan pembekal
App Alibaba ni juga ada fungsi chat yang memudahkan korang untuk berkomunikasi terus dengan pembekal. Korang boleh tanya apa-apa soalan tentang produk, minta sebut harga, atau berbincang tentang tempahan khas.
Bila dah confirm dan yakin, baru lah korang boleh submit order. Benda simple.
Komunikasi yang baik penting untuk pastikan korang dapat apa yang korang nak. Korang boleh compare, tengok review dan macam macam lagi sebelum korang buat keputusan untuk berurusan dengan pembekal.
6. Pelbagai kaedah bayaran
Korang tak perlu risau tentang kaedah pembayaran sebab app Alibaba ni ada pelbagai kaedah pembayaran macam kad kredit, PayPal, FPX dan transfer bank. Ini akan memudahkan korang untuk buat pembayaran dengan cara yang paling mudah dan selamat untuk korang.
7. Penghantaran international
Alibaba juga menawarkan penghantaran antarabangsa, jadi korang boleh beli produk dari mana-mana sahaja di dunia dan dapatkannya dihantar terus ke pintu rumah korang.
Pastikan korang semak kos penghantaran sebab kalau nak order barang banyak, dia akan jadi berat sekaligus sebabkan harga shipping korang jadi lebih mahal dari produk yang korang beli.
Tapi rilek, sebab benda ni normal. App ni juga akan bagi tahu yang 1 unit tu akan jadi berapa nilainya bila harga barang dan shipping disekalikan.
8. Penilaian dan review produk
Sebelum beli, korang boleh baca review dan penilaian dari pembeli lain.
Benda ni memang sangat membantu untuk pastikan produk yang korang nak beli tu berkualiti dan pembekal tu boleh dipercayai. Review dari pembeli lain boleh bagi korang gambaran yang lebih jelas tentang apa yang korang bakal terima.
Dengan semua kelebihan dan kemudahan yang ada, tak hairanlah kenapa Alibaba menjadi pilihan ramai untuk pembelian produk borong dan jenamakan produk sendiri. Kalau korang nak start bisnes atau nak beli barang dengan harga murah, cubalah guna app Alibaba ni. Memang berbaloi!