Persiapan sebelum ke luar negara – Memang patut baca!

Pastikan passport korang valid

Pertama sekali, check pasport korang. Pastikan ia valid untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh yang korang rancang untuk balik ke Malaysia.

Kalau tak, renew segera! Jangan lupa bawa sekali passport lama kalau ada. Takut la apa apa jadi kan.

Advertisements

Uruskan visa

Ada negara yang memerlukan visa untuk masuk.

Jadi, make sure korang dah settle urusan visa sebelum terbang. Proses ni mungkin akan mengambil masa, jadi lebih baik buat awal-awal. Lain negara lain VISA nya, siasat betul betul bab VISA.

Tukar duit mata wang asing

Jangan lupa tukar duit ke mata wang negara yang korang nak pergi. Better lagi kalau korang buat ni seminggu sebelum pergi. Lagipun, tak semua tempat boleh terima kad kredit kita.

Advertisements

Vaksinasi & Travel insurance

Ada negara yang memerlukan kita ambil vaksin tertentu sebelum masuk. Jadi, cek dulu. Selain tu, beli juga travel insurance. Safety first, guys! Search negara yang korang nak pergi tu perlukan vaksin atau tak.

Bawa adaptor & power bank

Korang tahu tak, jenis plug di negara lain mungkin berbeza dengan Malaysia. Bawalah adaptor universal. Dan jangan lupa power bank untuk emergency.

Advertisements

Check cuaca & bawa pakaian yang sesuai

Check cuaca di negara destinasi korang. Bawa pakaian yang sesuai. Kalau sejuk, bawa jaket tebal. Kalau panas, baju nipis sudah cukup. Jangan bawa terbalik pulak. Menyesal nanti.

Apps & Maps

Download apps yang boleh membantu korang seperti Google Maps, aplikasi penterjemah, atau apps tempatan yang popular di sana.

Bukan semua negara korang boleh gunakan Google Maps. So kena siasat beb. Contoh macam Korea, Google Maps tak function kat sana. Orang kata lah.

SIM card & data plan

Korang juga perlu pastikan handphone korang unlocked dan beli SIM card local (negara sana) atau buat international roaming plan.

Biasanya semua telco akan support negara negara famous ni. So tak perlu beli simcard pun tak apa. Just check dengan telco korang. Simple.

Artwork by RilekBrother.com

Kenal tempat penginapan korang

Sebelum korang sampai, pastikan korang tahu alamat tempat penginapan dan cara untuk sampai ke sana dari lapangan terbang.

Bawa snacks Malaysia

Ini agak penting juga, bawalah beberapa snacks dari Malaysia. Mana tahu korang rindu kan? Kalau bosan bosan boleh makan or kongsi kongsi dengan orang sana. Baru meriah gitu.

Bawa duit lebih

Selalu ada je benda tak dijangka yang boleh jadi. Jadi, bawalah duit lebih sikit untuk emergency. Tak rugi pun, kalau tak guna boleh je bawa balik ke Malaysia.

Inform orang terdekat

Ni penting gila! Bagitau family atau rakan-rakan terdekat pasal perjalanan korang.

Kalau boleh, tinggalkan salinan jadual, alamat tempat penginapan, dan nombor telefon yang boleh dihubungi. In case apa-apa berlaku, senang untuk orang lain bantu.

ATM & kad kredit

Sebelum terbang, jangan lupa call bank korang. Pastikan kad ATM atau kad kredit korang boleh digunakan di negara tujuan.

Kadang-kadang, bank akan block transaksi kalau tiba-tiba ada aktiviti di luar negara, sebab risau pasal fraud.

Ready beg yang cukup

Pack toiletries & ubat-ubatan

Kalau korang ada ubat yang perlu diambil setiap hari, jangan lupa bawa cukup-cukup. Toiletries macam sabun, shampoo, dan sebagainya pun kalau boleh bawak mini size untuk senang dibawa.

Kumpul info tempat makan

Cari tahu tempat makan yang halal atau sesuai dengan diet korang. Mana tahu, ada je kedai makanan Malaysia kat sana, kan?

Bawa photocopy dokumen penting

Sebagai langkah berjaga-jaga, buat photocopy dokumen penting macam pasport, IC, tiket penerbangan, dan insurance.

Simpan dalam versi digital juga. Korang tak boleh jangka apa akan berlaku, so paling penting persiapan!

Jadualkan aktiviti dengan fleksibilitas

Walaupun kita semua suka jadual yang padat, tapi biarkan sedikit masa untuk aktiviti spontan atau rehat. Jangan packed sangat sampai stress.

So, tu dia sambungan tips-tips untuk korang yang nak travel ke luar negara.

Memang banyak benda nak kena prepare, tapi bila dah ada checklist macam ni, insya-Allah semua jadi smooth je.

Advertisements