1. Involve Asia
Involve Asia adalah platform affiliate marketing tempatan yang menghubungkan korang dengan pelbagai brand yang famous. Melalui platform ini, korang boleh promote macam macam produk atau servis dari brand tersebut dan korang akan dapat komisen setiap kali ada visitor buat pembelian melalui link affiliate korang.
Kelebihan
- Pelbagai jenama dan produk untuk dipilih.
- Laman web yang mesra pengguna.
- Sokongan pelanggan yang bagus.
2. Accesstrade
Accesstrade adalah salah satu platform yang agak popular di Malaysia. Accesstrade ni lebih kurang macam Involve Asia, korang boleh pilih dari macam macam kategori produk dan perkhidmatan untuk korang promosikan. Accesstrade pun ada support dan latihan untuk bantu korang berjaya dalam affiliate marketing.
Kelebihan
- Pelbagai kategori untuk dipilih.
- Sokongan dan latihan untuk affiliate.
3. Lazada Affiliates
Lazada, salah satu platform e-dagang terbesar di Malaysia, juga menawarkan program affiliate. Melalui program Lazada Affiliates, korang boleh promosikan jutaan produk yang ada di Lazada dan dapat komisen untuk setiap jualan yang berjaya.
Kelebihan
- Jutaan produk untuk dipilih.
- Platform yang terkenal dan dipercayai.
- Komisen dia agak besar berbanding Shopee
Kekurangan
- Kurang pembelian melalui Lazada
4. Shopee Affiliate Program
Sama macam Lazada, Shopee pun ada menawarkan program affiliate marketing tersendiri. Korang boleh mendaftar sebagai affiliate dan start promosikan produk-produk di Shopee untuk korang dapatkan komisen.
Kelebihan
- Pelbagai produk untuk dipilih.
- Platform yang stabil dan mesra pengguna.
- Ramai yang buat pembelian dalam Shopee
Kekurangan
- Komisen dia kecik
5. Direct Affiliate Program
Ada syarikat yang buat platform program affiliate diorang sendiri. Contohnya macam perkhidmatan Hosting. Majoriti memang diorang buat affiliate sendiri, so korang kena daftar direct dengan website official diorang.
Korang takkan gunakan platform third party untuk berurusan dalam bab payment. Contohnya adalah program affiliate Amazon, yang mana korang boleh promosikan produk yang dijual di Amazon dan dapat komisen untuk setiap jualan.
Kelebihan
- Korang akan dapat komisen besar.
- Ada banyak produk dan korang boleh direct dengan company tu.
Kekurangan
- Tak mudah untuk korang jadi affiliate.
- Leceh sebab nak kena daftar berulang kali pada setiap company yang korang apply
Niche
Sebelum korang buat affiliate marketing ni korang kena pastikan niche apa yang korang nak terlibat. Pastikan niche tu niche yang mendapat demand yang tinggi. So senang sikit korang nak buat sales. Kalau amik demand yang tak berapa, memang susah sikit la nak dapat sales. Ini antara niche yang korang patut promote.
Teknologi & gadjet
- Korang boleh menyertai program affiliate dari syarikat-syarikat teknologi seperti Samsung atau Apple.
Kecantikan & penjagaan diri
- Jika korang minat dalam kecantikan, banyak syarikat seperti Sephora atau Hermo yang menawarkan program affiliate.
Kesihatan & kecergasan
- Untuk mereka yang minat dalam kecergasan, ada juga program affiliate dari syarikat-syarikat seperti Myprotein atau Nutritions Depot.
Kesimpulan
Dengan banyaknya pilihan, pasti ada sesuatu untuk semua orang dalam dunia affiliate marketing.
Yang penting adalah untuk korang pilih niche yang korang minat dan pilih platform atau program affiliate yang sesuai dengan korang. Dengan dedikasi dan usaha yang konsisten, tiada had kepada apa yang boleh korang capai dalam pemasaran affiliate.