1. MauKerja
Cari kerja dengan mudah dan pantas
MauKerja adalah salah satu platform yang famous untuk korang mencari kerja di Malaysia. Memang mudah digunakan sebab diorang ada sediakan website dan app untuk korang cari macam macam kerja yang sesuai dengan korang. App ni membolehkan korang untuk membuat carian kerja mengikut lokasi, kategori, dan julat gaji yang korang mahukan.
Antara kelebihan MauKerja adalah ia menyediakan maklumat yang lengkap tentang setiap pekerjaan yang diiklankan, termasuk keterangan kerja, kelayakan yang diperlukan, dan cara untuk memohon.

2. Hiredly (Formerly WOBB)
Kerja dengan budaya yang best
WOBB, singkatan kepada “Working On Bean Bags”, adalah platform yang menghubungkan pencari kerja dengan syarikat yang menawarkan budaya kerja yang menarik dan kondusif. Diorang pun ada app diorang sendiri dan memudahkan korang untuk mencari kerja dengan suasana kerja yang sesuai dengan personaliti dan gaya korang.
Tapi sekarang brand WOBB ni dah bertukar kepada Hiredly. So kalau buat carian WOBB mungkin tak banyak dah info yang korang boleh dapatkan.
Dalam aplikasi ini, korang boleh melihat video dan gambar tentang budaya dan persekitaran kerja di syarikat-syarikat yang diiklankan. Ini membolehkan korang membuat keputusan yang lebih baik tentang tempat kerja yang sesuai. Selain itu, WOBB juga mempunyai ciri ‘chat’ yang membolehkan korang berkomunikasi secara langsung dengan majikan.


Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBook3. JobStreet
Platform ni terkenal dengan aplikasi user-friendly
JobStreet adalah salah satu platform mencari kerja yang paling dikenali di Malaysia. Aplikasi JobStreet sangat user-friendly dan mempunyai pelbagai ciri yang membantu korang mencari kerja dengan lebih efektif. Korang boleh membuat profil profesional yang menarik dengan memuat naik resume dan butiran peribadi.
Aplikasi ni ada feature notification kerja yang disesuaikan dengan minat dan kelayakan korang. JobStreet menyediakan akses kepada ribuan iklan pekerjaan daripada pelbagai industri, menjadikan ia salah satu platform yang paling terbaik.

4. FastJobs
Pekerjaan segera untuk mereka yang ingin cepat bekerja
FastJobs adalah platform yang ideal untuk korang yang mencari pekerjaan segera atau pekerjaan separuh masa. Aplikasi FastJobs direka khas untuk membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan dengan cepat. Ia memfokuskan kepada pekerjaan di sektor seperti peruncitan, perkhidmatan makanan, dan logistik.
Korang boleh memohon kerja hanya dengan satu klik melalui aplikasi ini. FastJobs juga menawarkan tips dan nasihat untuk pencari kerja bagi membantu korang meningkatkan peluang mendapat pekerjaan.
5. LinkedIn
Network profesional dan peluang kerja secara international
LinkedIn bukan sahaja platform untuk network profesional, tetapi juga tempat yang hebat untuk korang mencari peluang pekerjaan dalam Malaysia dan di luar negara. Aplikasi LinkedIn memudahkan korang untuk mencari dan memohon kerja, serta berhubung dengan profesional dalam bidang masing masing. Selain tu LinkedIn ni juga menyediakan pelbagai course untuk korang study seperti IT, Business Management, Financial dan sebagainya. Kalau korang ambik course ni korang akan dapat sijil professional yang mana korang boleh gunakan dalam resume korang.


Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBook6. Indeed
Cari kerja dari seluruh dunia di satu tempat
Indeed adalah platform global yang membolehkan korang mencari kerja di Malaysia dan di seluruh dunia. Aplikasi Indeed sangat mudah digunakan dan membolehkan korang mencari kerja mengikut kata kunci, lokasi, dan syarikat. Korang boleh menyimpan iklan kerja yang diminati dan memohon kemudian. Indeed juga menyediakan review syarikat yang ditulis oleh pekerja, so memang membantu untuk korang membuat keputusan yang lebih baik tentang tempat kerja yang sesuai.
7. Glassdoor
Kerja dengan info syarikat dan gaji yang telus
Glassdoor terkenal dengan review syarikat dan maklumat gaji yang jelas. Aplikasi Glassdoor membolehkan korang mencari kerja sambil melihat review daripada pekerja tentang pengalaman diorang bekerja di syarikat tu. Cuma Glassdoor ni sesuai untuk korang yang mencari kerja di luar negara, kerana platform ni menawarkan kerja secara international.
8. Monster
Kerjaya dan nasihat profesional dalam satu aplikasi
Monster adalah platform mencari kerja yang menyediakan pelbagai sumber untuk membantu korang dalam kerjaya. Aplikasi Monster membolehkan korang mencari dan memohon kerja, serta menawarkan nasihat kerjaya seperti tips resume dan persediaan temuduga.
Monster juga mempunyai ciri untuk mencadangkan pekerjaan yang sesuai berdasarkan profil dan carian korang. Ini membantu korang untuk tidak terlepas peluang yang relevan.

Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBook9. Jora
Pelbagai pilihan kerja dalam satu aplikasi
Jora adalah platform yang mengumpulkan segala iklan kerja dari pelbagai website ke dalam satu tempat. App Jora membolehkan korang mencari kerja dari pelbagai sumber tanpa perlu melawat laman web yang berbeza. Korang boleh mencari kerja berdasarkan kategori, lokasi, dan syarikat. Aplikasi ini juga menyediakan notifikasi kerja terbaru yang sesuai dengan carian korang, menjadikannya app yang berguna untuk pencari kerja yang serius.