11 platform terbaik untuk buat website sendiri

Kalau korang tengah cari platform untuk buat website sendiri, banyak pilihan yang korang boleh pertimbangkan. Dalam artikel ni, kami akan terangkan panjang lebar 11 platform terbaik yang korang boleh guna untuk buat website sendiri. Teruskan membaca

Page Contents

WordPress: Platform fleksibel

WordPress memang antara platform website paling popular di dunia, dan salah satu sebab utama ialah fleksibilitinya yang luar biasa. Ada dua jenis WordPress: WordPress.com dan WordPress.org. Dalam artikel ni, kita akan fokus pada WordPress.org, platform self-hosted yang memberi korang kawalan penuh untuk ubahsuai website ikut kehendak korang sendiri.

Apa itu WordPress.org dan kenapa ia unik?

WordPress.org adalah versi self-hosted WordPress yang membolehkan korang bina website dari A-Z dengan kuasa penuh dalam tangan sendiri. Platform ni percuma untuk digunakan, tapi korang kena uruskan domain, hosting, dan semua perkara teknikal lain.

Disebabkan kebebasan yang WordPress.org tawarkan, korang boleh buat apa saja dari segi customization, sama ada nak ubah design, tambah fungsi baru, atau buat coding untuk integrasi yang lebih kompleks. Dengan WordPress.org, korang bukan saja boleh setup website ikut kehendak korang semata mata, tapi korang boleh buat website korang nampak lebih unik dan disesuaikan dengan brand korang sendiri.

Wordpress buat website sendiri

Kelebihan WordPress.org sebagai platform self-hosted

Bagi korang yang nak kebebasan dan kuasa penuh dalam pembinaan website, WordPress.org memang platform yang ideal. Beberapa kelebihan utama termasuk:

Boleh customization tanpa batas

WordPress.org boleh korang kebebasan untuk ubah hampir semua benda dalam website, dari design ke fungsionaliti. Ribuan tema dan plugin percuma serta berbayar ada dalam WordPress directory, membolehkan korang setup website ikut gaya yang korang nak. Nak buat website minimal atau dengan layout yang kompleks – semua boleh disesuaikan.

Selain tu, korang boleh install plugin custom dan theme third-party dari luar WordPress, jadi tak ada had untuk apa yang boleh dibuat. Untuk developer, WordPress.org juga beri korang akses penuh ke codebase, jadi boleh buat custom coding untuk create feature atau integrasi yang lebih spesifik.

Ada community yang support

Salah satu kekuatan WordPress ialah komuniti supportnya yang sangat besar dan aktif di seluruh dunia. Dengan puluhan ribu pengguna, forum, tutorial, dan blog yang ada, korang sentiasa ada tempat untuk rujuk bila ada masalah atau nak belajar tips baru.

Dari forum WordPress rasmi ke platform seperti Stack Overflow, community ni memang supportive gila, jadi korang tak perlu risau kalau nak buat website sorang-sorang.

Selain tu, ada banyak resource WordPress yang percuma. Dari panduan beginner sampailah ke level advanced coding, tutorial ni memudahkan korang yang baru mula untuk belajar tentang WordPress dan ubah website tanpa bantuan profesional.

Jenis website yang korang boleh buat dengan WordPress.org

WordPress.org tak terhad pada blog saja; korang boleh buat pelbagai jenis website dengan platform ni. Fleksibilitinya membolehkan korang create:

  • Blog atau personal website: Untuk korang yang nak fokus pada content, WordPress.org sangat sesuai dan mudah diurus untuk publishing content macam artikel, gambar, dan video.
  • Website eCommerce: Plugin macam WooCommerce menjadikan WordPress pilihan ideal untuk online store. Dari payment gateway ke inventory tracking, korang boleh urus semua aspek eCommerce.
  • Portfolio atau website perniagaan: WordPress membolehkan korang buat halaman portfolio atau landing page untuk business. Tema seperti Astra dan Divi memudahkan setup design business yang professional.
  • Forum dan membership site: Dengan plugin seperti bbPress dan BuddyPress, korang boleh setup forum atau community membership site.

Kekurangan WordPress.org adalah masalah teknikal

Walaupun WordPress.org menawarkan kebebasan customization yang tinggi, platform ni juga datang dengan cabaran yang mungkin memerlukan lebih perhatian dan pengetahuan teknikal. Ini adalah beberapa kekurangan utama serta cabaran yang perlu korang pertimbangkan sebelum guna WordPress.org sebagai platform utama.

Perlukan pengetahuan teknikal dan maintenance berterusan

Berbeza dengan platform lain yang all-in-one, WordPress.org memang lebih fleksibel, tapi ia juga memerlukan korang handle banyak perkara teknikal secara manual. Dari setup hingga maintenance, berikut adalah antara aspek teknikal yang korang perlu uruskan sendiri:

  • Setup hosting: Korang kena pilih dan setup hosting sendiri. Hosting ni adalah tempat website korang “tinggal” di internet, dan ada pelbagai pilihan hosting seperti shared hosting, VPS, atau dedicated server. Setiap jenis hosting ni ada kelebihan dan kos berbeza, dan korang kena pilih mengikut keperluan website. Pilihan hosting yang salah boleh efek kelajuan, sekuriti, dan prestasi website.
  • Pengurusan domain dan DNS: Selain hosting, korang juga perlu beli dan setup domain sendiri. Ini melibatkan pengurusan DNS untuk pastikan domain korang pointing ke server yang betul. Kalau setup DNS tak betul, boleh menyebabkan website inaccessible atau loading lambat.
  • Install SSL dan setup sekuriti: SSL (Secure Sockets Layer) penting untuk keselamatan data pengguna dan SEO. Tapi, korang kena setup SSL ni sendiri, dan perlu troubleshoot kalau ada masalah compatibility dengan plugin tertentu. Tambahan lagi, aspek sekuriti tak hanya terhenti di SSL; korang perlu pastikan plugin dan tema sentiasa up-to-date untuk elak serangan hacker atau malware.
  • Update WordPress, plugin, dan tema: WordPress.org memerlukan maintenance berterusan. Korang kena update WordPress core, plugin, dan tema secara manual untuk pastikan semua fungsi berjalan lancar. Tanpa update yang kerap, website korang boleh menjadi vulnerable pada serangan sekuriti, bug, atau masalah compatibility yang boleh menyebabkan website down.

Risiko masalah kompatibiliti

WordPress mempunyai ribuan plugin dan tema yang direka oleh pelbagai developer, jadi masalah kompatibiliti memang kerap terjadi. Berikut beberapa aspek kompatibiliti yang korang perlu berhati-hati:

  • Plugin dan theme yang tak sesuai: Tak semua plugin dan theme berfungsi lancar bersama. Kadang-kadang, ada plugin atau tema yang tak compatible dengan versi terbaru WordPress atau plugin lain, dan ini boleh menyebabkan error atau downtime. Contohnya, kalau plugin eCommerce korang clash dengan plugin cache, boleh buat website slow atau page tertentu tak dapat diakses.
  • Update yang mengganggu layout atau fungsi: Update WordPress kadangkala datang dengan perubahan besar pada struktur atau fungsi. Ini mungkin buat plugin atau tema lama tak berfungsi dengan baik. Bila ni terjadi, korang kena troubleshoot untuk cari mana yang perlu diubah atau rollback update yang bermasalah – dan ni memerlukan masa serta pengetahuan teknikal.
  • Testing dan staging environment: Untuk elak risiko error atau incompatibility pada live website, korang disarankan setup staging environment. Ini bermaksud korang ada salinan website untuk test update atau plugin baru sebelum apply pada live site. Kalau tak ada staging, korang mungkin terpaksa troubleshoot live site, yang boleh mengganggu experience pengguna.

Backup data dan restore

WordPress.org tak sediakan sistem backup automatik macam sesetengah platform all-in-one. Korang kena setup backup sendiri dengan bantuan plugin atau melalui server hosting. Proses backup ni penting untuk elak kehilangan data bila berlaku masalah teknikal, tapi ia datang dengan cabaran tersendiri:

  • Setup dan frekuensi backup: Backup perlu dibuat secara kerap, terutamanya untuk website eCommerce atau yang selalu di-update. Korang kena pilih plugin backup atau urus backup dari hosting dashboard untuk pastikan data sentiasa disimpan dengan selamat.
  • Restore dari backup: Bila berlaku masalah, kadang-kadang kena restore website ke backup yang lama. Proses restore ni boleh ambil masa, dan ada risiko kehilangan data terkini yang belum di-backup. Backup yang tidak diurus dengan betul boleh menyebabkan korang hilang data yang penting.

Perlukan lebih storage dan pengurusan server untuk website besar

WordPress self-hosted memang power, tapi bila website korang dah semakin besar atau terima terlalu banyak trafik, ada kemungkinan korang kena upgrade server untuk handle traffic yang tinggi tu. Ada beberapa cabaran dari segi pengurusan server dan storage:

  • Penggunaan storage dan bandwidth: Untuk website yang penuh dengan gambar, video, atau page yang banyak, korang mungkin perlukan lebih storage atau bandwidth untuk elak website slow atau downtime. Kadang-kadang korang kena upgrade hosting ke VPS atau dedicated server yang lebih mahal untuk handle keperluan website.
  • Kelajuan loading dan cache: Untuk website yang banyak trafik, korang kena pastikan website loading cepat untuk elak bounce rate tinggi. Ni boleh dicapai melalui plugin cache seperti WP Rocket atau dengan Content Delivery Network (CDN). CDN boleh tingkatkan loading website di pelbagai lokasi, tapi ia datang dengan kos tambahan dan setup yang tak semua orang familiar.

Kena update sekuriti secara berterusan

WordPress.org adalah open-source, so ini ni yang menjadikannya WordPress sebagai target utama dalam serangan siber macam hacking, malware, dan phishing. Sekuriti ni bukan set-and-forget; korang kena sentiasa jaga dan update untuk elak website korang kena hack. Rugi besar kalau kena hack. Semua data korang boleh hilang macam tu je. Perghh.

  • Setup sekuriti awal: Untuk sekuriti tambahan, korang boleh gunakan plugin macam Wordfence atau Sucuri. Plugin sekuriti ni akan bantu filter trafik berbahaya, pantau aktiviti yang mencurigakan, dan block IP yang disyaki. Tapi, plugin sekuriti juga boleh melambatkan website kalau tak diurus dengan betul.
  • Pantau serangan dan masalah: Korang perlu monitor server logs atau plugin sekuriti untuk pastikan tak ada aktiviti mencurigakan. Kalau ada cubaan serangan, kena cepat bertindak seperti tukar kata laluan, buat site scan, atau lock down website untuk elak lebih kerosakan.

Kos tersembunyi dan ada bajet tambahan

Walaupun WordPress.org percuma, ada kos tersembunyi yang datang bila website korang berkembang. Beberapa kos tambahan termasuk:

  • Plugin dan tema premium: Banyak plugin atau tema premium datang dengan kos tambahan, sama ada kos sekali bayar atau kos langganan bulanan. Kalau website korang memerlukan fungsi khusus seperti eCommerce atau booking system, kos plugin premium boleh meningkat.
  • Support dan developer cost: Kalau ada isu teknikal yang korang tak dapat selesaikan sendiri, mungkin perlu upah developer WordPress untuk troubleshoot atau buat customization yang korang nak. Kos developer ni berbeza mengikut skill dan pengalaman, tapi boleh menjadi kos besar terutamanya untuk masalah yang kompleks.

Kos untuk WordPress.org

WordPress.org sendiri ialah open-source dan percuma, tapi ada kos lain yang korang perlu tanggung untuk hosting, domain, dan SSL.

Kos hosting dan domain

  • Domain: Kos domain biasanya dalam lingkungan USD 10-15 setahun.
  • Hosting: Kos hosting bergantung pada jenis plan dan provider yang korang pilih. Shared hosting lebih murah, sekitar USD 3-10 sebulan, tapi kalau korang nak dedicated hosting untuk website yang besar atau high traffic, kos boleh cecah hingga USD 30-100 ke atas sebulan.

Untuk hosting yang reliable, banyak provider macam SiteGround, Bluehost, dan Kinsta ada offer plan khas untuk WordPress dengan performance dan sekuriti yang baik.

Kos plugin dan theme premium

Selain hosting dan domain, ada juga plugin dan tema premium yang korang mungkin nak guna. Walaupun banyak yang percuma, plugin atau tema premium biasanya ada feature extra dan support yang lebih baik, dengan harga yang berbeza ikut pilihan.

Jadi, WordPress.org sesuai ke untuk korang?

Kalau korang perlukan website yang unik, kebebasan customization, dan korang nak kuasa penuh dalam segala urusan teknikal website, WordPress.org adalah platform yang terbaik untuk korang.

Dari kebebasan design, pilihan plugin yang banyak, SEO friendly, hingga komuniti support yang aktif, WordPress.org memberi korang kebebasan untuk membina website yang sesuai dengan brand dan target audience korang. Tapi, kalau korang baru je nak mula dan rasa kurang yakin dengan bab bab teknikal ni, korang mungkin perlukan masa untuk belajar asas WordPress atau pertimbangkan bantuan profesional.

Wix: Web drag n drop

Wix ni memang platform ideal untuk korang yang nak website profesional tapi tak nak pening kepala dengan teknikal. Semua aspek penting macam hosting, domain, dan security dah diuruskan, jadi korang boleh fokus pada design dan content semata. Dengan drag-and-drop yang mudah, korang tak perlu langsung tahu coding. Ia sesuai untuk small business, portfolio, atau blog yang nak nampak polished dan steady.

Senang gila guna drag-and-drop

Kekuatan Wix ni terletak pada sistem drag-and-drop. Korang boleh design website korang macam susun-susun puzzle je. Nak tambah gambar, teks, atau video? Korang hanya perlu drag elemen tu ke tempat yang korang nak, dan edit terus ikut kehendak. Semua boleh buat dari satu interface tanpa perlu buka coding editor atau setting backend.

  • Customize sesuka hati: Dari warna, jenis font, ke susunan layout, korang bebas customize ikut style sendiri. Wix bagi ruang besar untuk korang cipta website yang sesuai dengan branding korang.
  • Banyak pilihan elemen: Wix bukan hanya untuk gambar dan teks, korang boleh masukkan button, forms, social media feeds, map location, video background, dan banyak lagi. Semua elemen ni dapat membantu korang buat website yang lebih interaktif dan menarik.

Tak perlu risau hal teknikal – semua Wix yang settle

Antara kelebihan besar Wix adalah korang tak payah fikir langsung pasal teknikal:

  • Hosting dah diuruskan: Dengan Wix, hosting dah termasuk dalam semua plan. Ini bermakna korang tak perlu fikir nak cari hosting yang reliable atau setup server. Wix handle semuanya, jadi website korang akan sentiasa stabil.
  • Security terjamin: Wix dah siap ada SSL dan protection tools, jadi korang tak perlu setup atau risau tentang keselamatan. SSL penting untuk jaga privasi data pengunjung, dan ia juga bagus untuk SEO. Dengan Wix, SSL ni automatik di-enable.
  • Domain dan email custom: Wix juga tawarkan servis domain dan email custom. Korang boleh beli domain terus dari Wix, jadi korang tak perlu urus setting DNS yang leceh. Email custom juga tersedia, walaupun ia datang dengan kos tambahan.

Pilihan templates yang pelbagai – lebih 500 untuk korang pilih

Wix menawarkan lebih daripada 500 template yang direka dengan profesional. Ni memudahkan korang yang tak nak mula design dari zero. Templates yang disediakan diatur ikut kategori macam business, portfolio, blog, e-commerce, dan event, jadi korang boleh cari template yang paling sesuai dengan jenis website korang.

  • Templates yang responsive: Semua template Wix direka untuk responsive design, maksudnya website korang akan nampak cun di mobile, tablet, dan desktop. Korang tak perlu edit banyak untuk pastikan design nampak kemas di semua peranti.
  • Customizable untuk branding: Lepas pilih template, korang boleh tukar semua elemen ikut kehendak – warna, font, gambar, background, dan banyak lagi. Kalau korang ada brand guideline, Wix bagi kebebasan untuk customize ikut branding korang, walaupun ada sedikit limit berbanding platform yang lebih open.

Wix App Market – tambah fungsi dengan satu klik

Kalau korang nak tambah fungsi lebih pada website, Wix ada Wix App Market, di mana korang boleh pilih apps untuk enhance website korang. Dari tools e-commerce, social media integration, forms, live chat, sampai analytics – semua boleh install dengan satu klik.

  • E-commerce ready: Nak jual produk? Dengan Wix, korang boleh setup online store, uruskan pembayaran, dan tracking order. Ada juga integrasi dengan payment gateway seperti PayPal dan Stripe.
  • SEO tools yang mudah: Wix ada SEO tools yang basic tapi berguna. Korang boleh edit page title, meta description, dan ada suggestion untuk optimize website korang supaya mudah dijumpai di Google.
  • Integrasi dengan servis popular: Korang boleh integrate Wix dengan Google Analytics, Facebook Pixel, Mailchimp, dan lain-lain untuk tracking, marketing, dan komunikasi yang lebih efisien.

Kelemahan Wix

Wix memang bagus untuk yang baru mula atau yang nak cepat, tapi ada beberapa kelemahan terutama bila korang nak scale up website.

Limited customization untuk advanced users

Wix bagi kebebasan customize layout dan design, tapi kalau korang jenis orang yang suka kepada custom atau suka buat coding atau korang ada plan nak buat functionality yang khusus, platform ni ada limit tertentu dan tak sesuai untuk korang:

  • Terhad pada drag-and-drop: Walaupun Wix ada elemen code embed, korang tak boleh ubah code sepenuhnya macam WordPress.org. Struktur Wix memang tak designed untuk customization yang mendalam, jadi kalau korang nak features custom atau coding kompleks, Wix mungkin tak sesuai.
  • Custom code dan integrasi: Untuk pengguna pro, limit pada custom code mungkin jadi isu sebab Wix tak support integrasi kompleks macam API atau plugins yang korang bina sendiri. Ia memang lebih senang guna Wix App Market, tapi apps dalam market tu agak limited berbanding yang ada di WordPress.

Sukar nak migrate ke platform lain

Satu lagi kekurangan Wix adalah bila korang nak pindah ke platform lain – ia sangat sukar. Struktur Wix tak compatible dengan platform lain, jadi kalau korang decide nak pindah ke WordPress atau Shopify, korang perlu bina semula website dari awal.

  • No export option: Wix tak ada option untuk export data, jadi kalau nak pindah ke platform lain, korang kena backup content secara manual, copy-paste, dan setup semua dari awal.
  • Kos dan commitment jangka panjang: Sebab Wix guna model langganan, korang perlu maintain subscription untuk dapatkan fungsi penuh. Kalau plan berbayar tak renew, website korang mungkin akan hilang beberapa features atau ads Wix akan muncul pada website.

Kos bulanan yang lebih tinggi untuk fitur tambahan

Wix ada pelan percuma tapi ada iklan Wix pada website korang. Untuk remove iklan dan unlock lebih banyak features, korang perlu subscribe plan berbayar, yang ada kos bulanan atau tahunan.

  • Kos tambahan untuk e-commerce dan premium features: Nak buat online store atau nak tambah storage, korang kena subscribe plan premium. Kos ni mungkin bertambah kalau korang perlukan app tambahan dari Wix App Market. Untuk yang baru mula, kos bulanan ni mungkin reasonable, tapi untuk jangka panjang, ia boleh lebih mahal berbanding WordPress self-hosted.

Kelajuan website dan SEO mungkin kurang optimal

Wix memang manage hosting, tapi ada batasan dari segi kelajuan dan SEO flexibility.

  • Performance yang boleh jadi lambat: Wix share resources dengan pengguna lain, jadi ada masa website korang mungkin loading lebih lambat, terutamanya untuk website yang banyak gambar atau video. Kelebihan di sini adalah korang tak perlu uruskan teknikal, tapi performance tak sepantas website yang di-host sendiri dengan server yang khusus.
  • SEO yang terhad: Walaupun Wix ada SEO tools yang basic, ia terhad berbanding plugin macam Yoast SEO di WordPress. Untuk yang serius tentang SEO, limit ni boleh jadi masalah besar kerana Wix tak memberi korang full control pada URL structure, sitemap, dan backend optimization.

Hostinger AI: Website express dengan bantuan AI

Hostinger AI ni platform yang sesuai untuk korang yang nak cepat, tak ada masa nak fikir hal teknikal. Korang cuma perlu taip apa yang korang nak dalam prompt, dan AI akan terus design dan setup website ikut style yang korang nak. Nak online store ke, blog ke, semua boleh diurus oleh AI dalam masa beberapa minit je.

Proses yang cepat tanpa pening kepala

Dengan Hostinger AI, korang cuma kena bagi tahu jenis website yang korang nak. Lepas tu, AI akan uruskan layout, pilih design, dan structure website korang automatik. Setiap plan ada hosting percuma, jadi korang tak payah fikir pasal setup server atau domain. Bila AI buat semua ni, korang cuma fokus pada content, jadi prosesnya cepat dan jimat masa.

Sesuai untuk buat online store

Kalau korang nak buat online store, Hostinger AI ada setup eCommerce yang lengkap dan senang. Dari setup shopping cart, payment gateway, sampai layout produk, semua ni AI boleh buat secara automatik. Jadi kalau nak mula jual barang online tapi tak nak fikir hal teknikal, Hostinger AI memang pilihan yang bagus.

Kelemahan Hostinger AI

Walaupun Hostinger AI senang dan cepat, ada kekurangan dari segi feature yang korang boleh customize. Korang hanya boleh guna feature yang sedia ada, dan tak boleh buat banyak custom code. Kalau korang plan nak upgrade website jadi lebih kompleks di masa depan, Hostinger AI mungkin tak cukup fleksibel.

Bubble.io: Platform visual programming

Bubble.io ni memang dicipta khas untuk korang yang ada idea nak buat apps sendiri tapi tak tahu nak macam mana nak buat coding. Dengan konsep no-code, korang boleh buat web apps atau mobile apps korang sendiri tanpa perlu belajar coding apa pun. Yes, dengan Bubble IO korang boleh buat custom, tapi tak perlu pun coding semua tu. Interface dia macam drag-and-drop, jadi korang boleh design dan structure apps ikut kehendak sendiri. Memang advanced habis.

Pilihan terbaik untuk buat apps tanpa coding

Bubble.io sesuai sangat untuk korang yang ada idea buat apps sendiri, tapi tak ada masa atau knowledge nak belajar coding. Korang cuma drag-and-drop feature ikut design yang korang nak, dan sistem akan auto-generate code untuk setiap elemen. Korang boleh buat macam-macam jenis apps, dari website dynamic, forum, hingga media sosial.

Bubble IO buat website sendiri
Credit to Medium

Scale up bila apps makin berkembang

Bubble.io ni ada kelebihan dari segi scalability. Maksudnya, kalau apps korang makin besar dan dapat banyak pengguna, Bubble.io boleh support tanpa masalah. Korang juga boleh tambah feature dengan mudah sebab ada banyak integrasi dan plugins yang boleh korang install bila perlu.

Kelemahan Bubble.io: kos yang tinggi dan control yang terhad

Walaupun Bubble.io tak perlukan coding dan senang nak customize, harganya agak tinggi kalau korang nak publish apps. Tambahan pula, korang tak ada full control sebab banyak benda dah diuruskan oleh Bubble.io. Korang juga tak boleh buat coding sendiri untuk control loading atau ubah feature sepenuhnya, jadi ada limit pada customization yang Bubble.io boleh buat.

Odoo: platform all-in-one untuk bisnes korang

Odoo ni platform open-source yang memang sesuai untuk korang yang ada bisnes sebab dia ada semua aplikasi business dalam satu tempat, termasuk website builder. Kalau korang nak semua benda dalam satu platform, Odoo memang pilihan yang terbaik. Website ni lebih kurang sama macam Bubble IO tapi dengan lebih fokus kepada business functions. Belajar tentang Odoo disini.

Kenapa pilih Odoo?

Semuanya ada dalam satu platform: Odoo ni macam toolbox lengkap untuk bisnes; dari CRM, inventory management, sampai accounting—semua ada dalam satu platform. Kalau bisnes korang perlukan banyak tool dalam satu sistem, memang praktikal guna Odoo.

Sangat customizable: Dengan Odoo, korang boleh ubah tools ikut keperluan bisnes. Kalau korang ada team IT, lagi mudah sebab platform ni open-source, so korang boleh adjust ikut citarasa.

Community edition percuma: Kalau nak jimat, korang boleh start dengan versi Community yang percuma, tapi kalau bisnes makin besar, boleh upgrade ke Enterprise Edition yang ada lebih banyak feature premium.

Sentiasa di-update: Odoo ada sistem update automatik yang pastikan semua feature sentiasa improve dan adapt dengan perkembangan semasa. Korang tak perlu risau tentang tools yang outdated.

Apa yang Odoo boleh buat?

Odoo ni sesuai untuk korang yang ada bisnes besar atau baru nak mula, sebab dia boleh buat macam-macam dari website, customer support dashboard, accounting, eCommerce, sampai project planning. Fokus utama Odoo adalah fungsi untuk bisnes, jadi kalau nak website yang functional dan serbaguna, Odoo memang pilihan yang mantap.

Kelemahan Odoo

Kelemahan utama Odoo ni dia hanya ada feature built-in yang disediakan dalam sistem, jadi customization agak terhad kalau nak banding dengan WordPress Self-Hosted. Jadi, kalau korang suka adjust atau tambah macam-macam, platform ni mungkin tak cukup fleksibel untuk korang.

Harga Odoo

Odoo Community Edition adalah percuma, tapi untuk features tambahan dalam Enterprise Edition, harga bermula dari USD 24 sebulan per user.


SquareSpace: Platform all-in-one

Squarespace ni sesuai untuk korang yang nak buat website simple tanpa perlu hadap masalah teknikal yang remeh temeh tapi nak website yang cantik dengan cepat. Sama macam Wix, Squarespace ni pun ada website builder yang all-in-one dan user-friendly, sesuai untuk design website sendiri tanpa pening pasal coding.

Kenapa pilih Squarespace?

Design yang elegan: Squarespace memang dikenali dengan templates yang elegan, responsive, dan sesuai untuk pelbagai jenis website dari blog sampai portfolio bisnes. Korang cuma pilih template, customize sikit, dan website korang terus nampak cantik.

Sistem lengkap dalam satu platform: Semua tools penting, macam domain, hosting, dan security, dah tersedia. Korang tak perlu cari supplier lain untuk handle benda-benda ni.

Customer support yang padu: Squarespace ada support 24/7 yang sentiasa ada untuk bantu korang. Jadi, kalau ada apa-apa masalah, korang boleh contact support team anytime.

SQUARESPACE buat website sendiri
Credit to PCMag

Apa yang Squarespace boleh buat?

Squarespace boleh buat macam macam website dari personal pages, blog, eCommerce, sampai lah ke level membership site. Platform ni memang sesuai untuk korang yang nak website nak nampak menarik dan functional, walaupun korang sendiri tak experience teknikal.

Harga Squarespace

Harga plan Squarespace start dari USD 12 sebulan untuk Personal Plan dan naik hingga USD 40 sebulan untuk Advanced Commerce Plan.


Shopify: Platform eCommerce yang siap sedia untuk jualan online

Shopify adalah pilihan popular untuk korang yang nak mulakan online store dengan cepat dan fokus kepada jualan, terutamanya bagi yang target pasaran antarabangsa. Dengan sistem yang dikhaskan sepenuhnya untuk eCommerce, Shopify menjaga semua aspek teknikal – dari hosting, security, sampai payment gateway – jadi korang boleh tumpukan perhatian pada produk dan pelanggan.

Shopify ni memang all-in-one solution untuk korang yang tak nak pening kepala tentang backend atau coding, tapi perlukan platform yang boleh di-scale up bila bisnes makin maju.


Kenapa pilih Shopify untuk bisnes online?

Sistem eCommerce yang komprehensif dan mudah guna

Shopify memang direka khas untuk perniagaan online, jadi ia datang dengan pelbagai tools yang memudahkan korang uruskan semua aspek kedai online. Ini termasuklah:

  • Pengurusan produk yang lengkap: Korang boleh upload produk dengan mudah, uruskan varian (macam saiz dan warna), tetapkan harga, dan simpan maklumat inventori. Semua ini boleh diuruskan dalam satu dashboard yang kemas.
  • Tracking pesanan dan inventori: Shopify ada sistem order tracking yang membolehkan korang dan pelanggan follow-up pada setiap status pesanan. Selain itu, korang boleh tetapkan notifikasi bila stok produk hampir habis atau automatik restock.
  • Pengurusan customer: Shopify simpan data pelanggan, jadi korang boleh follow-up dengan mereka, hantar promosi, atau laksanakan program kesetiaan. Semua ni penting untuk tingkatkan repeat sales dan mengekalkan pelanggan.

Integrasi mudah dengan pelbagai payment gateway

Salah satu kelebihan besar Shopify adalah ia support banyak payment gateway, dari PayPal, Stripe, sampai payment method lokal seperti bank transfer (bergantung pada negara). Ini menjadikan proses transaksi lebih lancar untuk pelanggan dari serata dunia dan membantu korang target pasaran global tanpa risau isu pembayaran.

  • Shopify Payments: Shopify ada payment gateway sendiri yang dipanggil Shopify Payments. Kalau guna ni, korang tak perlu bayar transaction fee tambahan selain dari processing fee (bergantung kepada negara). Pilihan ni juga biasanya lebih seamless dan memudahkan proses checkout.
  • Pelbagai pilihan pembayaran: Selain Shopify Payments, korang boleh sambung ke payment gateway pihak ketiga, memudahkan pembeli yang nak guna pilihan macam Apple Pay, Google Pay, atau cryptocurrency.

Fokus pada design – template profesional dan customizable

Shopify menyediakan pelbagai pilihan theme yang direka untuk korang buat jualan online, dari minimalist sampai style yang bold dan kreatif. Korang boleh pilih template berdasarkan jenis produk atau konsep brand korang dan kemudian customize beberapa elemen untuk match branding:

  • Template responsive: Setiap tema Shopify dah optimized untuk mobile, jadi website korang akan nampak cantik di semua peranti. Ini penting sebab kebanyakan pelanggan kini shopping guna phone.
  • Customizable dan user-friendly: Walaupun Shopify tak bagi korang full control untuk ubah coding macam WordPress, ada banyak apps dan customization basic yang korang boleh buat untuk sesuaikan store. Korang juga boleh buat custom CSS dan HTML pada template jika ada pengetahuan teknikal sikit.

Scalability yang kukuh – sesuai untuk bisnes yang berkembang

Kalau bisnes korang mula berkembang atau target market yang lebih luas, Shopify boleh support peningkatan tu tanpa masalah. Shopify direka untuk eCommerce, jadi dia boleh handle peningkatan dalam trafik, stok, dan pelbagai apps tanpa slow down atau masalah teknikal yang kompleks.

  • Integrasi multichannel: Shopify membolehkan korang sambung kedai online korang dengan marketplace lain macam Facebook, Instagram, dan Amazon. Ini bermakna korang boleh jual di pelbagai platform dari satu dashboard – perfect untuk bisnes yang nak tambah exposure.
  • Tools analytic yang lengkap: Shopify ada analytic yang mendalam untuk tracking sales, top products, customer behavior, dan lebih lagi. Ini penting untuk korang plan strategi dan buat keputusan berdasarkan data bila bisnes korang makin besar.

Shopify App Store – tambah fungsi dengan pelbagai plugin

Untuk korang yang nak lebih banyak feature atau automasi, Shopify ada App Store dengan ribuan apps yang boleh tambah pelbagai functionality pada store korang. Contohnya, korang boleh guna apps untuk email marketing, live chat, loyalty program, atau print-on-demand. Apps ni boleh membantu korang automasi operasi bisnes, jimat masa, dan urus bisnes dengan lebih efisien.

Apa yang perlu dipertimbangkan sebelum pilih Shopify?

Kos yang agak tinggi

Shopify memang powerful, tapi kosnya boleh jadi agak tinggi, terutama bila korang tambah apps atau pilih payment gateway pihak ketiga yang ada transaction fee. Plan asas Shopify bermula dari USD 29 sebulan, dan kalau korang pilih Advanced Shopify untuk fungsi lebih, harganya naik sampai USD 299 sebulan. Jadi, kalau korang baru mula dengan bisnes kecil, kos Shopify mungkin terasa agak mahal.

  • Additional cost untuk payment gateway pihak ketiga: Kalau korang tak guna Shopify Payments, ada transaction fee antara 0.5%-2.0% bergantung pada plan. Jadi penting untuk kira kos transaksi ni, terutamanya bila volume jualan dah tinggi.
  • Apps berbayar: Banyak apps di Shopify App Store yang powerful, tapi kebanyakannya ada kos langganan tambahan. Jadi, bila korang nak customize atau automate bisnes korang, kos apps ni boleh jadi tinggi dalam jangka panjang.

Limited control untuk customization advanced

Shopify memang sesuai untuk korang yang nak setup cepat, tapi dari segi customization, ada sedikit limit berbanding platform open-source macam WooCommerce atau WordPress. Walaupun korang boleh buat custom CSS atau HTML, korang tak boleh edit banyak code secara unlimited, jadi untuk feature yang sangat spesific custom, platform lain mungkin lebih baik dari Shopify.

  • Tidak open-source: Shopify bukan open-source, jadi korang tak boleh ubah backend atau adjust framework dia. Ini mungkin tak jadi isu besar untuk kebanyakan pengguna, tapi untuk bisnes besar yang perlukan integrasi atau feature custom, limit ni boleh jadi satu kekangan.

Sukar untuk migrate ke platform lain

Kalau korang nak pindah ke platform lain macam WooCommerce atau Magento, proses migration dari Shopify tak semudah copy-paste. Shopify tak membenarkan korang untuk buat full data export, jadi kebanyakan data dan content perlu dipindah secara manual atau guna plugin migration (yang mungkin ada kos tambahan). Ini bermakna kalau korang rasa nak pindah platform, korang boleh alami risiko kehilangan data dan struktur website yang asal.

Harga Shopify

Harga Shopify ada beberapa level bergantung kepada keperluan bisnes korang:

Advanced Shopify: Bermula dari USD 299 sebulan. Sesuai untuk bisnes besar yang perlukan advanced reports, fungsi shipping yang lebih mendalam, dan lebih banyak support untuk scaling up.

Basic Shopify: Bermula dari USD 29 sebulan. Plan ni sesuai untuk small business yang baru mula dan perlukan semua feature eCommerce asas tanpa terlalu banyak customization.

Shopify Standard: Bermula dari USD 79 sebulan. Ini sesuai untuk bisnes yang dah makin berkembang dan perlukan lebih banyak tools analitik, laporan professional, dan kadar transaction fee yang lebih rendah.

EasyStore: eCommerce Malaysia

EasyStore ni platform yang memang lebih sesuai untuk korang yang nak fokus jualan di Malaysia sebab dia support pelbagai payment gateway dalam Malaysia. Kalau korang ada target customer di Malaysia, EasyStore memang pilihan tepat sebab dia senang nak integrate dengan payment gateway yang memang dah famous dalam Malaysia.

Kenapa pilih EasyStore?

Dibina khusus untuk eCommerce: EasyStore fokus sepenuhnya untuk eCommerce dan memang disesuaikan dengan keperluan korang yang nak buka kedai online di Malaysia. Jadi semua feature yang korang perlukan, dari shopping cart sampai order tracking, memang ada.

Support payment gateway Malaysia: EasyStore dah support semua payment gateway utama di Malaysia, jadi korang boleh terus setup payment options untuk customers tanpa perlu cari third-party service.

Apa yang korang boleh buat dengan EasyStore?

EasyStore ni memang dah lengkap dengan semua benda yang korang perlukan untuk buat eCommerce website, dari design, pilih template, sampai setup feature untuk jualan online. Korang cuma fokus pada content dan marketing, EasyStore akan uruskan semua sistem backend.

Kelemahan EasyStore

Dari segi harga, EasyStore punya harga agak tinggi kalau korang nak compare dengan Shopify. Kalau korang baru nak mula, mungkin korang akan rasa berat sikit tapi sesuai dengan keperluan eCommerce di Malaysia.

Harga EasyStore

Harga EasyStore plan bermula dari RM200+ sebulan dengan semua feature lengkap untuk eCommerce

Weebly: builder drag-and-drop

Weebly ialah salah satu platform website builder yang direka khusus untuk beginner dan mereka yang nak elakkan perkara teknikal. Dikuasakan oleh Squarespace, Weebly menawarkan pelbagai tools untuk bina website professional dengan cara yang paling simple – guna drag-and-drop saja.

Dengan antara muka yang user-friendly dan pelbagai kemudahan, Weebly memang sesuai kalau korang nak website yang cepat siap tapi tetap nampak power.

Kemudahan drag-and-drop yang intuitif untuk beginner

Salah satu ciri utama Weebly ialah kemudahan drag-and-drop. Untuk beginner yang mungkin tiada pengalaman teknikal atau pengetahuan coding, fungsi drag-and-drop Weebly sangat membantu. Interface yang ringkas membolehkan korang susun elemen seperti teks, gambar, butang, dan video hanya dengan klik, tarik, dan lepaskan.

Credit to Weebly

Macam mana drag-and-drop ni memudahkan kerja?

Weebly direka supaya korang boleh cipta layout website yang cantik tanpa pening kepala fikir kod atau design yang kompleks. Nak tambah gambar? Korang cuma perlu tarik elemen gambar ke page. Nak tambah form atau video? Korang klik je elemen tu dalam pilihan dan letak di tempat yang korang nak. Selain tu, nak edit elemen-elemen ni pun senang; Weebly sediakan option macam nak ubah saiz, warna, font, atau alignment ikut keperluan korang.

Pilihan theme dan template

Weebly juga datang dengan pelbagai theme dan template yang memang cantik, sesuai untuk macam-macam jenis website – sama ada korang nak buat blog, portfolio, website perniagaan, atau eCommerce. Semua template ni fully customizable – korang boleh tukar susunan elemen, warna, atau jenis font mengikut style brand korang sendiri.

Kalau korang nak nampak lebih professional, banyak tema premium yang korang boleh pilih. Template premium ni biasanya datang dengan layout yang lebih refined, sesuai untuk korang yang nak first impression yang mantap dari segi visual.

Integrasi eCommerce yang lengkap

Weebly memang tak lupa pada korang yang nak buka online store. Dia ada integrasi eCommerce yang komprehensif – senang untuk setup dan uruskan tanpa perlu banyak app lain.

Mudah urus jualan dari website sendiri

Dengan Weebly, korang boleh setup online store terus dari dashboard. Ada fungsi penting macam pilihan pembayaran pelbagai, order tracking, dan sistem inventori. Korang tak perlu guna app lain untuk tengok pesanan masuk atau urus stok; semuanya boleh diurus dari satu tempat. Dari segi pembayaran pula, Weebly support method macam PayPal, Stripe, dan kad kredit, jadi pelanggan korang ada fleksibiliti bila buat pembayaran.

Shipping dan pengurusan fulfillment

Weebly turut sediakan fungsi untuk urus shipping dan fulfillment. Korang boleh setup kos penghantaran ikut lokasi, berat, atau harga barang. Kalau ada shipping partner, korang boleh integrasi terus atau setup pilihan custom. Ini memudahkan korang monitor kos shipping dan pastikan pesanan dihantar ikut waktu yang dijanjikan.

Ada tools SEO

Weebly membolehkan korang edit elemen-elemen penting SEO seperti meta title, meta description, keywords, dan alt text pada gambar. Semua ni membantu search engine faham apa kandungan website korang dan pastikan ia diindeks dengan baik untuk target keywords yang sesuai. Selain tu, ada tools untuk setup URL yang user-friendly dan sitemap yang memudahkan search engine crawl page korang.

Harga Weebly yang fleksibel untuk semua keperluan

Weebly menawarkan pelbagai plan untuk beginner dan pengguna yang nak lebih banyak ciri. Kalau nak cuba dulu, ada plan percuma yang datang dengan branding Weebly – sesuai untuk korang yang nak explore basic features.

Plan berbayar

  • Connect Plan (USD 8/bulan): Plan ini sesuai kalau korang nak custom domain tapi masih ada branding Weebly.
  • Pro Plan (USD 12/bulan): Untuk plan ini, korang dapat remove branding Weebly dan akses features tambahan untuk website yang lebih lengkap.
  • Business Plan (USD 25/bulan): Plan ni fokus pada pengguna eCommerce. Korang dapat semua ciri untuk online store, termasuk pengurusan inventori, shipping, dan pembayaran.
  • Performance Plan (USD 26/bulan): Plan tertinggi ni sesuai untuk eCommerce yang besar dengan features premium seperti abandoned cart recovery, eCommerce insights, dan pelbagai alat pemasaran tambahan.

Webflow: Platform Visual

Webflow ni sangat sesuai untuk korang yang serious tentang design tapi tak nak guna coding. Dengan Webflow, korang boleh buat website professional dengan full control ke atas layout, typography, dan elemen-elemen visual lain – sesuai untuk korang yang fokus pada aesthetic dan branding.

Kenapa pilih Webflow?

Control penuh ke atas design tanpa coding: Webflow membolehkan korang buat website yang kompleks dan estetik tanpa perlu tulis code. Korang boleh design layout custom, pilih warna, dan susun typography ikut identiti jenama korang dengan tepat.

Tools customizable dan integrasi API: Webflow ada pelbagai integrasi dan tools yang fleksibel. Korang boleh tambah fungsi yang lebih advanced dengan menggunakan third-party API integration, automasi, dan tools tambahan dari Webflow Marketplace.

Hosting yang stabil dan laju: Tak macam banyak platform lain, Webflow ada hosting yang secure dan cepat, menggunakan sistem global dari Amazon Web Services (AWS). Jadi, korang tak perlu fikir tentang masalah downtime dan boleh focus pada content dan design.

Harga Webflow

Webflow ada plan percuma untuk Starter, yang sesuai untuk korang yang baru nak mencuba. Plan berbayar bermula dari USD 14 sebulan untuk plan Basic yang sesuai untuk website kecil, manakala Business Plan adalah USD 212 sebulan untuk website yang besar dan trafik tinggi.

Jimdo: builder AI untuk website simple

Jimdo adalah platform yang direka untuk korang yang nak website cepat tanpa pengetahuan teknikal yang mendalam. Dengan Jimdo AI Builder, korang cuma perlu jawab beberapa soalan, dan sistem ni akan generate website yang korang nak. Sangat efektif untuk website personal atau bisnes kecil.

Kenapa pilih Jimdo?

Simple dan cepat dengan AI builder: Dengan AI builder, korang boleh siapkan website dalam masa beberapa minit. Cuma jawab soalan yang disediakan dan pilih style yang korang nak – AI akan uruskan layout, gambar, dan elemen-elemen website korang.

Integrasi eCommerce untuk bisnes kecil: Jimdo juga menyediakan integrasi eCommerce yang sesuai untuk korang yang nak jual produk secara kecil-kecilan. Sistem ni ada fitur shopping cart, payment gateway, dan sistem tracking untuk order.

SEO dan tools analytics: Jimdo ada tools SEO yang sangat basic, jadi korang boleh optimize halaman website korang untuk search engine. Ada juga analitik yang simple untuk korang monitor trafik dan engagement.

Support dan mudah untuk update: Jimdo ada customer support yang ready untuk bantu korang kalau ada isu teknikal, dan korang juga boleh update website dengan senang melalui dashboard tanpa perlu setup yang kompleks.

Harga Jimdo

Jimdo menawarkan beberapa plan berbayar dari USD 18 hingga USD 45 untuk plan VIP. Bagi korang yang nak cuba dulu, ada juga plan percuma dengan branding Jimdo, tapi sesuai untuk penggunaan simple.

Kesimpulan

Jadi ini lah 11 platform buat website sendiri yang boleh korang explore dan cuba. Zaman sekarang memang ada banyak platform yang mudahkan korang untuk build digital business.

Tak perlu risau dan takut. Semua platform diatas ada customer support yang boleh bantu korang selesaikan masalah. Kalau korang manage secara self hosted, korang boleh dapatkan bantuan dari community macam Reddit dan Quora. So jom buat website korang sendiri dengan platform yang dicadangkan.

Artikel ini ditulis oleh Hackers Malaysia Community