Modal dah keluar, marketing dah buat tapi semua benda macam slow untuk tahun 2024 ni. Sebab apa jadi macam tu? Korang je ke yang jadi macam ni atau ada orang lain sama kes jugak? Ini antara faktor yang menyumbang kenapa bisnes korang jadi slow.
1. Ekonomi global tak menentu
Ekonomi global untuk tahun 2024 ni semakin mencabar. Bila global pun dah tak betul memang akan effect ekonomi pada seluruh dunia termasuk Malaysia.
Bila ekonomi global tak stabil, pelabur jadi takut nak melabur, ramai nak start perniagaan jadi takut nak ambil risiko. Korang akan nampak kesannya dalam bentuk kurangnya pelaburan asing, pasaran saham yang tak menentu, dan kadar pertukaran mata wang yang turun naik. Ini semua menjadikan nilai duit Malaysia semakin drop.

2. Kos operasi meningkat
Sekarang semua benda naik. Lagi lagi bila kerajaan naikkan harga diesel. Memang semua kos operasi auto naik serta merta, sebab semua benda berkait rapat. Bisnes korang pulak mungkin akan terkesan bila kos operasi jadi makin tinggi. Bayangkan korang nak beli barang mentah untuk buat produk, harga naik mencanak. Korang pun mestilah nak naikkan harga pada pelanggan kan.
Upah pekerja pun auto kena naik sebab kos sara hidup dah jadi makin tinggi. Semua ni akan menyebabkan margin keuntungan korang jadi makin nipis kalau korang tak naikkan harga. So korang sendiri yang mungkin akan tersempit kalau korang tak naikkan. Kalau tak bijak nak uruskan kos, bisnes korang boleh jatuh terus.
3. Persaingan semakin sengit
Bukan korang je yang nak bisnes, berjuta orang nak buat bisnes tersendiri. Bila dah tak ada idea, mesti lah ramai yang akan tiru bisnes orang lain. Benda sama je, tapi brand lain lain. Ini yang akan sebabkan persaingan tu jadi semakin sengit.
Korang kena pastikan yang bisnes korang ni unik dari orang lain supaya customer selalu datang repeat order pada korang walaupun ada banyak bisnes yang sama macam korang. Kalau bisnes korang tak unik dan sama je macam yang lain, customer mudah je lari ke pesaing korang. Benda sama kan.
4. Customer lebih prefer online
Cara pembelian masa kini dah pun berubah. Dulu orang suka membeli secara face to face. Tapi sekarang orang lebih gemar membeli secara online melalui Shopee, Lazada dan platform yang lain. So korang pun kena upgrade bisnes korang kepada online.
Kalau korang masih stay kepada offline dan face to face memang akan sebabkan bisnes korang drop. Sekali pun korang seorang doktor, still kena praktikkan bisnes doktor tu secara online. Contohnya buat konsultasi secara online.

5. Teknologi AI yang cepat berkembang
Zaman sekarang ni zaman AI, ada sebahagian bisnes memang terkena dengan kehadiran AI ni. Contohnya macam copywriting, photographer, designer dan macam macam lagi. Semua benda dah boleh buat sendiri dengan bantuan teknologi AI. Bila jadi macam ni, demand pun akan jadi semakin berkurang. Sekali gus sebabkan bisnes korang jadi jatuh, if korang berada dalam dunia digital.
6. Demand semakin berkurang
Demand semakin berkurang biasanya terjadi disebabkan macam macam faktor. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah ni adalah gaji yang rendah tapi harga barang semakin meningkat.
Benda ni memang akan effect dengan semua orang. Dulu yang gaji nya RM3000 pun kita dah rasa banyak dan masyuk. Tapi sekarang RM3000 ni dah jadi jumlah yang kecik dan miskin jika hidup di kawasan bandar macam KL. Ini yang sebabkan ramai orang berjimat cermat untuk sara hidup masing masing. Auto demand jadi kurang kepada benda benda yang tak diperlukan.
7. Masalah Kewangan
Ada macam macam app yang offer Pay Later. Beli dulu, bayar kemudian. Contoh paling mudah adalah Shopee Pay Later. Bila kemudahan ni diberikan rakyat Malaysia, ramai lah yang guna. Beli barang sana sini.
Dan barang yang diorang beli tu pulak bukan barang murah. Semua barang brand punya. Ini yang sebabkan rakyat Malaysia mula dikelilingi dengan hutang. Setiap bulan kena bayar pada Shopee Pay.
Lama lama jadilah masalah kewangan yang tak selesai selesai selama berbulan bulan. Itu yang ramai takut nak beli barang kat luar, sebab ramai orang tengah berhutang dan setiap bulan diorang kena bayar untuk elakkan akaun diorang kena ban.

8. Harga barang meningkat
Dah la tengah banyak hutang, ditambahkan pulak dengan harga barang yang meningkat. Memang lagi sebabkan demand nak beli tu jadi berkurang. Tak semua orang mampu membeli sekarang ni kerana ramai yang terikat dengan hutang Pay Later. So jangan hairan kalau bisnes korang slow dan tak dapat sambutan.
Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.