Nak buat bisnes kena ada website or system digital yang memudahkan orang ramai explore bisnes yang korang jalankan. Contohnya macam website. Tapi macam mana nak buat? Skill coding takde, mesti leceh nak buat semua ni. Makan masa yang lama kalau nak belajar dari bawah.

Jangan risau, kita ada platform Odoo. Korang boleh run bisnes dengan Odoo.

1. Platform all-in-one yang menyeluruh

Odoo ni memang platform all-in-one yang sangat menyeluruh. Korang boleh uruskan semua bisnes korang dalam satu dashboard. So simple. Dari akaun, inventori, jualan, pemasaran, hingga HR dan projek, semuanya boleh diuruskan dengan satu platform sahaja. Ini bukan je menjimatkan masa dan kos, tapi juga mengurangkan risiko kesilapan sebab semua data disimpan di satu tempat.

2. Modul yang fleksibel dan customizable

Odoo ada lebih daripada 30 modul utama dan lebih daripada 16,000 modul tambahan yang korang boleh pilih ikut keperluan bisnes korang. Setiap modul boleh di-customize untuk memenuhi keperluan spesifik bisnes korang. Fleksibiliti ini membolehkan korang membina sistem yang tepat dengan workflow bisnes korang, tanpa perlu bayar untuk features yang korang tak perlukan.

Credit to VentorTech
Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

3. Open-source dan ada community yang besar

Odoo ni open-source, maksudnya korang tengok sumber code yang digunakan Odoo. So korang boleh tahu, apa yang diorang run dalam system, terutama yang melibatkan data pengguna. Selain tu open source ni membolehkan korang untuk buat perubahan dan improve web korang mengikut keperluan korang sendiri.

Odoo ada community yang sangat besar. Banyak user yang sharekan tips, trik, dan updates terbaru. Kalau korang ada masalah untuk customize Odoo, korang boleh je tanya untuk dapatkan bantuan dari community. Simple.

4. User-friendly interface

Antara kelebihan besar Odoo adalah interface yang mesra pengguna.

Ia direka untuk mudah digunakan, walaupun untuk mereka yang tak ada background teknikal. Dengan interface yang intuitif, korang boleh cepat faham dan mula guna Odoo tanpa banyak training. Ini sangat membantu dalam meningkatkan produktiviti team korang.

5. Kemudahan payment gateway

Odoo boleh integrate dengan banyak payment gateway cuma agak terhad sikit. Tapi Odoo support PayPal & Stripe. Ini maksudnya korang boleh gunakan untuk target orang Malaysia. Ini memudahkan korang untuk uruskan pembayaran online dengan selamat dan efisien. Dengan integrasi yang mudah ni, korang boleh pastikan customer experience yang lancar dan memuaskan.

Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

6. Boleh buat pelbagai sistem

Odoo bukan buat untuk website saja, tapi korang boleh buat pelbagai sistem lain macam platform forum, help desk, dashboard, customer support, accounting, e commerce dan macam macam lagi.

Contohnya, korang boleh setup help desk untuk support customer, forum untuk community pengguna korang, dan website untuk e-commerce. Semua ni boleh diintegrasikan dengan modul lain dalam Odoo untuk streamline operasi korang.

7. Cloud-based atau on-premise

Odoo menawarkan flexibility untuk digunakan sama ada secara cloud-based. Kalau korang pilih cloud-based, korang tak perlu risau tentang maintenance server dan updates sebab semua tu diuruskan oleh Odoo.

8. Scalability

Odoo ni scalable, maksudnya platform Odoo ni sentiasa improve dan update seiring dengan bisnes korang. Sama ada korang bisnes kecil yang baru mula, atau korang enterprise besar dengan banyak cawangan, Odoo boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan korang. Korang boleh tambah modul baru atau upgrade sistem bila bisnes korang berkembang.

Credit to Odoo
Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

9. Boleh bina sendiri tanpa upah developer yang mahal

Salah satu kelebihan besar Odoo adalah korang boleh bina dan customize sistem sendiri tanpa perlu upah developer yang mahal. Yang korang perlukan adalah masa untuk buat semua ni. Yes, korang boleh jimat kos kalau korang buat sendiri.

Dengan interface yang user-friendly dan tools yang lengkap, korang boleh buat banyak perubahan dan improvement untuk platform korang sendiri. Memang menjimatkan kos dan membolehkan korang ada control penuh terhadap sistem korang.

10. ROI yang tinggi

Dengan semua kelebihan yang Odoo tawarkan, Odoo mampu bagi ROI yang tinggi untuk bisnes yang korang jalankan. So korang memang tak perlu risau or takut kalau korang melabur untuk bangunkan platform korang sendiri.

Kos pelaksanaan dan penyelenggaraan yang rendah, lepas tu korang boleh tingkatkan lagi produktiviti dengan efisiensi, membolehkan korang jimat banyak dalam jangka masa panjang. Selain tu, dengan insights yang korang dapat dari laporan dan analisis, korang boleh buat keputusan yang lebih baik dan strategik untuk mengembangkan bisnes korang.

Kesimpulan

Jadi, itulah 10 sebab kenapa korang patut buat bisnes dengan Odoo.

Dengan fleksibiliti, scalability, dan pelbagai tools yang powerful, Odoo boleh bantu korang streamline operasi bisnes dan mencapai matlamat korang dengan lebih efisien. Kalau korang tengah cari solusi ERP yang boleh diharap dan versatile, Odoo memang patut jadi pilihan utama korang. Selamat mencuba!