Korang boleh jadi seller dekat Shopee untuk jual barang, korang jugak boleh jadi seller untuk jual barang korang dekat Lazada. Tapi dalam artikel ni kami nak bagi tahu kenapa korang kena daftar sebagai Tiktok Seller berbanding dengan platform yang lain.

1. Mudah dapat customer

Tiktok bukan platform untuk tengok korang berjoget semata mata, tapi platform ni boleh digunakan untuk korang jana income setiap bulan.

Dalam platform ni ada berjuta pengguna aktif setiap hari, TikTok dah jadi satu platform yang power gila untuk korang nak promote produk. Bayangkan, korang buat satu video kreatif, terus boleh sampai ke ribuan orang dalam masa beberapa minit je.

Tiktok lagi laju untuk jual barang berbanding platform yang lain.

2. Kos iklan berpatutan

Berbanding dengan platform iklan lain, iklan di TikTok ni lebih berpatutan.

Bila korang menjual, dan nak boost jualan korang di Tiktok, korang boleh buat Tiktok Ads. Korang tak perlu risau untuk keluarkan banyak duit untuk ads. Walaupun bajet kecil, tapi kalau iklan korang kreatif dan mantap, video korang boleh jadi viral dengan cepat.

So ini peluang terbaik untuk bisnes kecil dan sederhana yang nak kembangkan perniagaan tanpa kos yang melampau.

Photo by Solen Feyissa
Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

3. Boleh jual apa sahaja

Korang boleh jual apa apa produk kat dalam Tiktok Shop asalkan bukan barang yang terlarang atau terkawal. Dan paling best, dengan Tiktok ni korang boleh dapat banyak sales setiap hari. Yang korang kena buat adalah content berkaitan dengan produk yang korang nak jual. Simple.

4. Pengaruh Influencer

Kat TikTok, ramai influencer yang mempunyai pengikut yang ramai dan setia. Korang boleh kolaborasi dengan mereka untuk promote produk korang.

Influencer ni ada pengaruh yang besar, dan bila mereka promote produk korang, pengikut mereka pun akan tertarik untuk cuba. Ini cara cepat untuk naikkan brand awareness dan sales. Korang cuma perlu pilih influencer yang sesuai dengan niche produk korang.

5. TikTok Shop – Mudah digunakan

Dengan mendaftar sebagai TikTok Seller, korang boleh guna TikTok Shop untuk memudahkan proses jual beli. Pembeli boleh terus beli produk korang melalui TikTok tanpa perlu keluar dari aplikasi. Korang pun tak perlu susah susah untuk bagi no akaun pada setiap customer.

Semau proses tu Tiktok akan settlekan.

Bermaksud video korang akan ditonton ribuan orang, dan diorang boleh membeli ketika korang masih tidur. Bila bangun, yang korang perlu tahu adalah duit masuk.

Proses ni bukan sahaja memudahkan pembeli, tapi juga korang sebagai seller sebab semua urusan dalam satu platform je. Lagi senang nak uruskan stok, pesanan, dan penghantaran.

Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

6. Data dan analytic berguna

Sebagai seller di TikTok, korang akan dapat akses kepada data dan analitik yang detail tentang video dan iklan korang.

Korang boleh tengok berapa ramai yang tengok video, berapa ramai yang like, share, dan komen. Semua ni penting untuk korang tahu apa yang berkesan dan apa yang tak.

Dari situ, korang boleh buat strategi yang lebih baik untuk video dan iklan seterusnya.

7. Peluang untuk naikkan brand korang

TikTok ni cepat naik dan banyak trend yang muncul.

Dengan mendaftar sebagai TikTok Seller, korang ada peluang besar untuk naikkan brand korang dengan cepat. Ikut trend semasa, buat video yang relevan dengan trend, dan tengok macam mana brand korang jadi sebutan ramai. Bukan setakat untuk jual produk, tapi untuk bina brand yang dikenali ramai.

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Daftar sekarang sebagai TikTok Seller dan mula manfaatkan semua kelebihan ni untuk bisnes korang!

8. Community Tiktok

Untuk Tiktok Seller ni korang tak keseorangan.

Ada ramai seller yang mencari info dan berkongsi apa yang diorang hadap selama menjadi Tiktok Seller ni. Community untuk Tiktok Seller ni ada je kat group group Facebook. Masing masing memang aktif share, tanya soalan, jawapan soalan dan sebagainya.

So kalau korang macam blur sikit untuk run sebagai Tiktok Seller, korang boleh join community Tiktok ni di Facebook. Ada banyak group, korang kena pilih yang mana aktif je la.

So dari situ korang boleh belajar macam macam. Tengok macam mana orang lain buat. Korang akan dapat motivasi dan idea baru untuk majukan perniagaan korang.

Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

9. Feature Live Streaming

Salah satu ciri terbaik TikTok untuk peniaga ialah live streaming. Korang boleh buat sesi live untuk berinteraksi secara langsung dengan customer.

Ini peluang terbaik untuk tunjukkan produk secara real-time, jawab soalan dari customer, dan bina hubungan yang lebih rapat dengan diorang. Live streaming juga boleh digunakan untuk pelancaran produk baru atau promosi eksklusif yang boleh menarik lebih banyak penonton.

Dengan Live Streaming ni korang boleh buat lagi banyak sales. Confirm boleh meletup.

Photo by MART PRODUCTION

10. Integrasi mudah dengan platform lain

TikTok memahami keperluan peniaga untuk mempunyai kehadiran yang kuat di pelbagai platform.

Oleh itu, TikTok menyediakan integrasi yang mudah dengan platform e-dagang lain seperti Shopify. Korang boleh sync inventori dan pesanan antara platform dengan mudah, menjadikan pengurusan perniagaan lebih efisien.

Tak perlu risau tentang masalah teknikal, semuanya sudah disediakan untuk korang.

11. Buatkan customer trusted

Bila pelanggan tengok korang aktif di TikTok dan melihat interaksi korang dengan pengguna lain, mereka akan rasa lebih yakin untuk membeli produk dari korang.

Pengguna TikTok cenderung untuk lebih mempercayai peniaga yang telus dan berinteraksi secara aktif dengan diorang.

So memang membantu korang untuk korang bina reputasi yang baik dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap brand korang.

Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

Syarat nak daftar Tiktok Seller

Nak daftar mudah je. Korang just perlukan IC kalau korang nak daftar sebagai individu. Dan korang perlukan SSM dan segala yang berkaitan dengan bisnes korang kalau korang nak daftar sebagai company.

So korang kena buat verification sikit lah.

Korang juga perlu ada bank yang sama namanya dengan document yang korang dah provide. Kalau korang daftar individu, korang kena bagi lah nama bank yang sama dengan nama korang.

Kalau daftar company, korang kena bagi nama bank yang sama dengan SSM yang korang dah bagi.

Download app Tiktok Shop Seller Center

Start download dan register, dan ikut je semua verification yang diorang minta. Simple. Lepas dapat approval korang dah boleh start sell produk korang sendiri.

Promote guna Tiktok Ads kalau korang nak sales yang cepat. Kalau tak korang boleh je buat experiment dulu macam mana nak viralkan video tentang produk yang korang nak jual tu.