10 sebab kenapa korang perlukan travel insurans

10 sebab kenapa korang wajib ada travel insurans bila pergi melancong. Yelah, travel ni memang best, tapi tak semua benda korang boleh jangka. So, dengan adanya insurans travel, korang boleh enjoy trip korang dengan lebih tenang. Jom tengok apa sebab-sebabnya.

1. Perlindungan perubatan bila ada kecemasan

Korang tau tak, kos rawatan perubatan kat luar negara memang mahal gila? Kalau tiba-tiba korang jatuh sakit atau cedera, insurans travel ni akan cover kos perubatan korang. Tak payah risau pasal bayar bil hospital yang mencekik darah. Insurans ni akan tanggung segala rawatan termasuklah rawatan kecemasan, kemasukan hospital, dan ubat-ubatan.

2. Kenaikan kos perjalanan yang tak dijangka

Kadang-kadang, flight korang boleh cancel atau delay tanpa amaran. Benda ni memang buat mood spoil habis. Tapi, dengan travel insurans, korang boleh claim balik kos tambahan yang korang kena tanggung. Contohnya, korang terpaksa stay kat hotel lagi satu malam sebab flight cancel, insurans travel akan cover kos hotel korang. So kat sini percutian korang akan jadi lebih menyeronokkan.

Photo by Reed S on Unsplash

3. Kehilangan atau kerosakan bagasi

Takde siapa yang nak bagasi hilang atau rosak masa travel, kan? Tapi benda ni memang berisiko boleh jadi. Travel Insurans akan cover kos untuk barang-barang yang hilang atau rosak. Kalau korang beli barang-barang mahal masa travel, korang boleh tenang sebab insurans ni akan tanggung kerugian yang korang alami. So tak ada la risau bila korang beli barang mahal.

4. Kecurian atau kehilangan dokumen penting

Bayangkan kalau passport atau dokumen penting korang hilang atau dicuri. Memang panic habis! Tapi dengan insurans travel, korang akan dapat bantuan untuk uruskan penggantian dokumen dan kos yang berkaitan. Takdelah korang stranded kat negara orang tanpa dokumen penting.

5. Evakuasi kecemasan dan repatriasi

Kalau korang kena evakuasi kecemasan sebab bencana alam atau krisis politik, insurans travel akan cover kos evakuasi korang. Selain tu, kalau berlaku kematian (mintak dijauhkan), insurans ni akan cover kos untuk bawa balik jenazah ke Malaysia. Penting gila benda ni sebab kos repatriasi ni boleh mencecah ribuan ringgit.

6. Perlindungan aktiviti sukan dan rekreasi

Kalau korang jenis yang suka adventure, travel insurans ni memang wajib ada. Aktiviti macam scuba diving, skiing, atau hiking memang sangat berisiko untuk cedera. Insurans travel akan cover kos perubatan kalau korang cedera masa buat aktiviti ni. Jadi, korang boleh enjoy adventure korang tanpa risau.

7. Perlindungan bila travel dengan keluarga

Kalau korang travel dengan family, lagi lah penting ada travel insurans. Kalau ada ahli keluarga yang sakit atau cedera, insurans ni akan cover kos rawatan untuk semua. Selain tu, kalau korang terpaksa balik Malaysia sebab ada kecemasan keluarga, insurans travel akan tanggung kos flight balik.

Photo by Luca Zanon on Unsplash

8. Bantuan 24/7

Satu lagi sebab best ada travel insurans ni ialah bantuan 24/7. Apa-apa masalah yang korang hadapi, korang boleh call hotline insurans travel korang pada bila-bila masa. Diorang akan bantu korang uruskan masalah korang, tak kira kat mana korang berada. Memang lega kalau ada orang boleh bantu masa kita susah kat negara orang.

9. Cover untuk trip cancel

Kadang-kadang kita terpaksa cancel trip sebab ada hal kecemasan. Contohnya, ahli keluarga tiba-tiba sakit atau ada kematian. Travel insurans akan cover kos pembatalan trip korang, termasuklah tiket flight, hotel, dan aktiviti yang korang dah booking. Jadi, korang takde lah rugi besar kalau terpaksa cancel trip.

10. Ketenangan fikiran

Last but not least, travel insurans ni bagi korang ketenangan fikiran. Korang boleh enjoy trip korang tanpa risau pasal benda-benda yang tak dijangka. Insurans ni cover macam-macam risiko, so korang boleh travel dengan tenang dan fokus untuk enjoy every moment of your trip.

So, itulah dia 10 sebab kenapa korang perlukan insurans travel. Jangan ambil mudah benda ni, sebab korang takkan tahu apa yang boleh terjadi masa korang travel. Dengan insurans travel, korang boleh travel dengan lebih selamat dan tenang.