Tempat best di area Setapak: jom explore!

Kalau korang tinggal atau selalu lepak kat Setapak, mesti korang perasan banyak tempat menarik boleh explore kat sini. Bukan je tempat untuk shopping, tapi juga untuk lepak, makan-makan, dan enjoy masa korang. Jom kita tengok tempat-tempat best kat area Setapak ni.

Setapak Mall – Selesa dan semua tempat best

Setapak Mall ni memang spot wajib untuk korang yang suka shopping dan melepak. Mall ni besar dan ada macam-macam kedai dari pakaian, gadget, kosmetik, dan banyak lagi. Kat sini ada Parkson, Mr DIY, dan juga banyak pilihan kedai makan macam KFC, McDonald’s, dan restoran-restoran tempatan.

Kalau korang penat shopping, korang boleh lepak kejap kat food court sambil makan ABC atau Cendol. Memang power tempat ni dan sesuai untuk korang bawak family.

Photo by RilekBrother
Photo by RilekBrother

Apa yang best dalam Setapak Mall ni:

  • GSC Cinemas
  • Pet Naturale – Ada kucing, ada sugar glider, ada burung dan macam macam lagi.
  • Petsmore – Ada kucing juga tapi terhad. Kedai kat tingkat paling bawah.
  • Potato Happy – Fren fries dan pop corn viral. Korang wajib cuba.
  • Banyak kedai makan best dalam Setapak Mall. Korang patut try explore.
Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

Wangsa Walk – Untuk korang santai

Wangsa Walk ni pula satu lagi tempat yang happening kat area berdekatan dengan Setapak. Bukan je ada banyak kedai shopping, tapi juga ada banyak aktiviti seronok untuk korang cuba. Kat sini ada TGV Cinemas kalau korang nak tengok wayang. Kalau korang suka aktiviti lasak, boleh try bowling kat Wangsa Bowl atau main laser tag kat Galactic Laser.

Untuk foodies, Wangsa Walk memang heaven. Ada banyak restoran famous macam Nando’s, Sushi King, dan Secret Recipe. Lepas makan, korang boleh chill kat Starbucks atau The Coffee Bean sambil minum kopi. Kalau bawa anak-anak, ada juga playground kat sini untuk diorang main.

Apa yang best dalam Wangsa Walk ni:

  • Boling
  • TGV Cinemas
  • Kedai smartphone (memang banyak disini)
  • JOM BALI – Kedai makan sedap
  • JM Bariyani House – Nasi Briyani paling sedap!
  • Terlalu banyak kedai makan yang best.

AEON Big Wangsa Maju – Barang keperluan

AEON Big Wangsa Maju ni memang tempat terbaik untuk korang yang nak beli barang keperluan rumah. Supermarket dia besar gila, segala benda ada dari groceries, pakaian, alat tulis, perabot, dan banyak lagi. Memang sesuai sangat kalau korang nak shopping barang rumah secara bulk.

Selain tu, kat sini ada juga pelbagai kedai-kedai kecil yang jual barang-barang menarik. Kalau korang suka makan, food court kat AEON Big pun best dengan pelbagai pilihan makanan dari tempatan ke western. Jangan lupa singgah kat kedai roti yang selalu ada promosi dan jual roti sedap-sedap.

Apa yang best dalam AEON Big Wangsa Maju ni:

  • Hampir kesemua barang keperluan ada disini (barang kering dan basah)
  • Banyak kedai makan sedap ada kat sini
  • Banyak kedai baju dan kasut disini

M3 Mall: Hidden gem yang korang kena try

M3 Mall mungkin tak sepopular macam mall-mall yang lain di area Setapak, tapi Mall ni tetap satu tempat yang worth it untuk korang explore. Mall ni lebih kecil tapi cozy, dan ada beberapa kedai menarik yang korang mungkin tak jumpa kat tempat lain. Tempat ni limited sikit sebab kurang tempat hiburan. Dekat sini tak ada Wayang. Cuma ada kedai pakaian, aksesori, dan foodcourt yang masak makanan sedap.

Apa yang best dalam M3 Mall ni:

  • Kedai baju
  • Foodcourt bersempah disini
  • Kedai kek
Sponsored 15 Cara Buat Duit Secara Digital

Panduan Belajar Buat Duit Online

Lebih dari 15 Modul Terkini

Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.

Info eBook

Kesimpulan

Jadi ini lah tempat best di area Setapak. Banyak lagi korang boleh explore kat Setapak tu. Cuma ini antara tempat yang biasa orang lain pergi. So, next time kalau korang nak cari tempat untuk lepak kat Setapak, jangan lupa check out tempat-tempat ni. Happy exploring!