Travel Insurans paling mudah tapi ramai tak tahu.
Serius, sebab korang boleh subscribe Travel Insurans ni hanya melalui apps yang sedia ada dalam smartphone korang iaitu Grab dan Touch N GO. Ramai yang guna 2 app ni dalam smartphone so korang mesti guna travel insurans yang dah disediakan kat dalam apps ni.
Travel insurans melalui Grab under CHUBB Insurans Malaysia
Grab ni bukan sekadar transport atau food delivery, tapi korang juga boleh beli travel insurans melalui app Grab. Travel insurans ni diunderwrite oleh CHUBB Insurans Malaysia, jadi korang boleh confident dengan coverage dia. Insurans ni biasanya digunakan untuk korang ride Grab dengan selamat. Tapi korang boleh juga subscribe untuk korang travel.
- Harga bermula RM3 sehari: Harga memang murah. Korang boleh dapat protection serendah RM3 sehari.
- Mudah subscribe: Just buka app Grab, pergi ke bahagian ‘Insurance’, pilih ‘Travel Insurance’ dan isi maklumat perjalanan korang. Ada calculator yang bantu kira berapa hari perjalanan dan berapa kos dia.
- Certificate melalui email: Lepas korang buat payment, korang akan terima certificate melalui email. Senang nak simpan dan rujuk kalau perlu.
- Mudah claim: Kalau ada apa-apa terjadi masa travel, proses claim pun senang sangat. Korang boleh claim direct melalui app atau hubungi CHUBB Insurans.

Travel insurans melalui Touch ‘n Go under AIA
Selain Grab, korang juga boleh subscribe travel insurans melalui Touch ‘n Go eWallet. Insurans ni diunderwrite oleh AIA, satu lagi nama besar dalam industri insurans.
- Harga bermula RM3 sehari: Sama macam Grab, harga dia pun sangat berpatutan.
- Mudah subscribe: Buka app TnG eWallet, pergi ke bahagian ‘Insurance’, pilih ‘Travel Insurance’ dan masukkan details perjalanan korang. Ada calculator untuk kira kos based on number of travel days.
- Certificate melalui email: Lepas subscribe, korang akan dapat certificate melalui email. Mudah dan cepat!
- Mudah claim: Proses claim pun senang sangat. Korang boleh submit claim melalui apps yang sama secara direct.

Panduan Belajar Buat Duit Online
Lebih dari 15 Modul Terkini
Nak Belajar Cara Buat Duit Online? Dapatkan eBook kami dengan harga RM39 sahaja. Kami ajar langkah demi langkah, mudah difahami dalam bahasa Malaysia.
Info eBookKelebihan travel insurans digital ni
- Mudah dan cepat: Korang boleh subscribe dengan beberapa klik je. Tak payah pergi pejabat insurans atau call agent.
- Murah: Dengan harga serendah RM3 sehari, semua orang boleh afford travel insurans ni.
- Flexibility: Korang boleh subscribe last minute sebelum travel. Settle dalam masa beberapa minit je.
Kesimpulan
Untuk tahun 2024 ni, nak ambil travel insurans semudah ABC hanya melalui apps. Korang tak perlu lagi susah susah nak jumpa agent or buat medical checkup bagai. Just subscribe sebelum korang nak pergi travel. Kalau ada apa apa jadi, korang tinggal nak claim je.
Bab travel insurans ni korang jangan ambil ringan. Dengan Grab dan Touch ‘n Go, korang boleh dapatkan travel insurans dengan mudah, cepat, dan murah. Protect diri korang masa travel supaya korang boleh enjoy trip tanpa risau. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.