Kuala Lumpur, 16 April 2025 — Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari kemahiran dalam dunia ethical hacking, Hackers Malaysia telah membangunkan portal Belajar Digital Official — sebuah platform pembelajaran digital yang dipercayai (trusted), menawarkan panduan langkah demi langkah khas untuk mereka yang ingin mula mengenali dunia keselamatan siber.
Portal ini dibangunkan khusus untuk golongan pemula (newbie) dan tidak ditujukan kepada pakar IT atau individu yang sudah berpengalaman. Ia menyediakan ePanduan dalam bentuk teks yang disusun secara sistematik, mudah difahami, dan sangat sesuai untuk mereka yang tiada latar belakang teknikal. Tujuannya adalah untuk membantu lebih ramai orang awam memahami konsep asas ethical hacking dalam cara yang bertanggungjawab dan selamat.
Menurut kenyataan daripada Hackers Malaysia, Belajar Digital Official dibina untuk memenuhi permintaan ramai yang ingin belajar tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula. “Ini adalah portal yang dipercayai dan disusun oleh komuniti yang aktif dalam bidang keselamatan siber. Kami pastikan kandungannya mudah, sah dari segi etika, dan memberi nilai sebenar kepada mereka yang benar-benar ingin belajar,” jelas wakil Hackers Malaysia.
ePanduan ini merangkumi topik-topik seperti pengenalan kepada hacking secara etika, teknik asas menguji sistem, alat yang digunakan dalam industri, serta pemahaman mengenai undang-undang dan etika siber. Portal ini bukan berbentuk video, tetapi 100% berbentuk teks untuk pembacaan fleksibel dan kendiri.
Untuk akses penuh, pengguna perlu melanggan membership khas yang disediakan. Keahlian ini membolehkan pengguna mengikuti semua topik, serta menyertai komuniti pembelajaran yang sama-sama ingin meningkatkan pengetahuan dalam dunia ethical hacking.
Pihak Hackers Malaysia turut menasihatkan pengguna agar sentiasa mematikan fungsi pembayaran automatik, serta lebih selamat menggunakan FPX atau pembayaran manual untuk sebarang transaksi atas talian.