1. Tak terikat

Kerja dengan Lalamove ni memang syok sebab korang ada fleksibiliti masa.

Korang boleh pilih bila nak kerja dan bila nak rehat. Tak ada bos yang nak pantau setiap gerak geri korang. Kalau korang jenis yang suka kebebasan, kerja Lalamove memang sesuai sangat sangat.

Korang boleh kerja bila bila masa je yang korang nak. Bila korang ada mood nak kerja, baru la korang kerja. Nak kerja pagi ke, malam ke, weekend ke, semua boleh. Kalau ada hal kecemasan atau urusan peribadi, tak perlu pening kepala sebab korang tak terikat dengan waktu kerja tetap.

2. Pendapatan mungkin berbaloi untuk korang

Kerja sebagai driver Lalamove ni boleh bagi pendapatan yang menarik.

Lagi banyak korang hantar barang, lagi banyak korang boleh dapat. Sistem komisen dia memang best, tambah-tambah kalau korang rajin dan bijak ambil peluang.

Korang boleh buat duit lebih dengan ambil job pada waktu peak atau hari-hari sibuk macam hujung minggu atau cuti umum. Ada juga insentif tambahan dan bonus kalau korang capai target tertentu. Jadi, kalau korang gigih, duit masuk memang lumayan!

Credit to DigiconAsia

3. Pilihan kenderaan ada pelbagai

Lalamove bagi korang kebebasan untuk pilih kenderaan yang korang nak guna. Sama ada korang ada motor, kereta, 4×4, atau lori, semua boleh join. Tak payah risau kalau korang tak ada kenderaan besar, sebab job kecil pun banyak. So korang boleh je pakai motor yang korang ada.

Mula mula bawak motor, lepas tu bila dah cukup duit, korang upgrade ke kenderaan yang lebih besar. Lagi besar kenderaan, lagi besar barang yang korang boleh hantar, dan lagi besar jugak pendapatan yang korang boleh dapat sebagai driver Lalamove.

4. Tiada orang atasan

Kerja Lalamove ni tak ada bos yang nak membebel 24/7.

Korang lah bos dan korang lah kuli. Semua atas diri korang sendiri macam mana korang nak kerja. Tak ada tekanan dari orang atasan, tak ada politik ofis, memang aman damai.

Kalau korang jenis yang tak suka dikawal atau terikat dengan peraturan ketat, kerja Lalamove memang pilihan terbaik. Korang boleh fokus buat kerja tanpa perlu fikir hal-hal remeh yang biasa ada dalam kerja ofis.

5. Peluang kenal dengan orang baru

Bila kerja dengan Lalamove, korang akan jumpa ramai orang dari pelbagai latar belakang. Setiap hari, ada je pelanggan baru yang korang hantar barang. Ni satu peluang yang baik untuk korang expand network dan kenal ramai orang.

Kadang-kadang, korang boleh dapat tips atau info berguna dari pelanggan. Mana tahu, mungkin korang boleh dapat peluang bisnes atau kerja lain melalui kenalan baru ni.

6. Semua urusan hanya melalui app Lalamove

Aplikasi Lalamove ni user-friendly gila. Korang tak perlu pening kepala nak faham cara guna. Segala job, arahan, dan bayaran semua diurus melalui aplikasi. Korang boleh tengok job available, pilih yang mana nak buat, dan terus hantar.

Aplikasi ni juga ada sistem GPS yang membantu korang cari jalan terbaik dan cepat sampai ke destinasi. Tak ada alasan untuk sesat atau lambat hantar barang. Semua info ada dalam satu aplikasi je. Kalau korang ada masalah pun korang boleh direct contact dengan customer services melalui app Lalamove.

7. Boleh bawa kawan

Lalamove tak sama macam Grab. Lalamove adalah perkhidmatan menghantar barang, bukan hantar orang. Jadi kalau korang bawak kereta or lori, korang boleh je bawa pasangan atau kawan untuk teman korang pergi kerja.

So tak ada lah korang bosan. Sambil kerja, sambil jalan dan borak dengan member. Fuh ada nikmatnya disitu.

Credit to Lalamove Official

Apa yang tak best dengan Lalamove

1. Fare murah

Untuk customer yang gunakan Lalamove memang berbaloi sebab harga yang ditawarkan adalah murah. Tapi tidak pada rider. Untuk tahun 2024 ni, harga yang korang akan dapat sebagai rider adalah murah. Dengan harga barang yang semakin naik, gaji yang korang dapat mungkin tak berbaloi.

2. Risiko kemalangan

Kalau korang bawa motor, risiko untuk korang kemalangan tu tinggi. Dengan gaji yang murah, tiada perlindungan insurans dan sebagainya, rasanya tak berbaloi kalau something happen pada diri korang.

3. Banyak apartment yang tiada lift

Tahun 2024 ni masih banyak lagi apartment yang tiada lift. Kadang penghantaran tu memerlukan korang hantar sampai ke tingkat 5 tapi tiada lift. Ni akan susah kan korang, sebab dengan gaji yang tak seberapa korang kena panjat tangga pulak sampai ke tingkat 5.

4. Kos maintenance kenderaan

Kos untuk servis dan maintenance kenderaan pada zaman sekarang sangat mahal. Duit yang korang kerja siang malam selama 10 – 20 hari, boleh habis macam tu je, hanya untuk servis kenderaan. So macam tak berapa nak berbaloi.

Kesimpulan

Kerja Lalamove memang best lagi lagi kalau korang bawa kenderaan yang besar. Lagi besar kenderaan korang lagi tinggi fare yang dikenakan kepada customer. So korang masih boleh buat duit lagi dengan Lalamove.

Semua platform ada kelemahan, cuma kalau korang rasa sesuai dengan Lalamove, korang apply lah untuk jadi driver Lalamove. Kalau korang memang mencari kerja yang bebas dan boleh atur masa sendiri, Lalamove memang pilihan yang tepat!