Kalau korang tengah fikir macam mana nak buat duit dengan minyak wangi, tak payah risau. Kami akan kongsi cara-cara nak buat bisnes minyak wangi sendiri. Tapi penerangan dalam artikel ni jenis simple simple. Selebihnya korang kena lah usaha sikit. Korang follow je apa yang ada, confirm jadi.
Artikel ni untuk korang yang nak mulakan bisnes minyak wangi tapi dengan modal yang rendah.
1. Cari botol kosong
Langkah pertama, korang kena cari botol kosong untuk isi minyak wangi korang nanti. Botol ni boleh datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, so korang boleh pilih yang mana satu yang korang suka dan sesuai dengan brand korang.
Nak cari jenis botol ni korang boleh search di Shopee. Serius, memang banyak gila jenis jenis botol. Tengok pada bajet juga sebelum korang nak beli. Dah jumpa baru korang beli.
- Beli borong: Korang boleh beli borong botol kosong ni dari supplier online. Shopee dan Lazada adalah tempat yang paling mudah nak cari botol ni. Korang boleh dapat harga yang lebih murah kalau beli dalam kuantiti yang banyak. Selain tu, korang boleh jimat kos penghantaran juga.
- Design botol: Pastikan botol yang korang pilih ni nampak menarik dan premium. Design botol penting sebab ia adalah first impression yang pelanggan dapat. Kalau botol korang nampak biasa-biasa je, susah sikit nak tarik minat orang.
2. Cari printing custom kotak
Bila botol dah settle, korang kena fikir pasal kotak pula. Kotak ni bukan je untuk packaging, tapi juga untuk branding korang. Nak cari printing dan design ni, korang boleh cari dalam Shopee jugak.
Semua ada kat situ. Tapi biasanya ada MOQ lah. MOQ ni minimum order 500. Kalau kotak tu harga dia RM1, maknanya korang kena keluar modal RM500 untuk kotak saja. Kalau korang nak niaga jenama sendiri, RM500 tu sebenarnya kecik.
- Banyak pilihan di Shopee: Shopee ada banyak seller yang tawarkan service printing custom kotak. Korang cuma perlu bagi design kotak yang korang nak, dan mereka akan buatkan untuk korang.
- Branding: Pastikan kotak korang ada logo dan nama brand. Ini penting untuk branding dan bagi nampak lebih profesional. Kotak yang cantik juga boleh buat pelanggan rasa produk korang lebih eksklusif dan berkualiti tinggi.

3. Cari pati minyak wangi
Lepas korang dah settle botol dan kotak, korang perlu cari pati minyak wangi. Ini pun ada kat dalam Shopee. Korang tinggal cari dan beli je. Ini adalah bahan utama dan wajib ada. Takkan korang nak jual botol pulak kan.
- Supplier online: Sama macam botol kosong, korang boleh cari supplier pati minyak wangi online. Ada banyak supplier yang jual pati minyak wangi dalam pelbagai bau. Korang boleh cuba beberapa sampel dulu sebelum pilih yang mana satu korang nak guna.
- Pilih bau yang unik: Kalau korang nak minyak wangi korang standout, pilihlah bau yang unik dan lain daripada yang lain. Kalau boleh, buat satu set minyak wangi dengan beberapa bau yang berbeza untuk menarik lebih ramai pelanggan.
4. Proses pembuatan minyak wangi
Bila semua bahan dah ada, tibalah masa untuk korang buat minyak wangi korang sendiri.
- Botolkan minyak wangi: Masukkan minyak yang korang beli dalam botol. Kiranya korang packaging sendiri lah. Pastikan botol tu bersih dan kering sebelum isi untuk elakkan sebarang kontaminasi.
5. Marketing dan penjualan
Last but not least, korang kena fikir pasal cara nak jual minyak wangi korang. Yang ni korang kena labur duit sikit kalau korang nak ada orang beli produk korang.
- Media sosial: Gunakan platform media sosial seperti Instagram, Facebook, dan TikTok untuk promote minyak wangi korang. Korang boleh buat content menarik seperti video unboxing, testimoni pelanggan, atau behind the scenes proses pembuatan minyak wangi korang.
- E-commerce: Selain jual secara offline, korang juga boleh jual minyak wangi korang di platform e-commerce seperti Shopee dan Lazada. Korang juga boleh gunakan EasyStore atau Shopify untuk open platform E Commerce korang sendiri.
- Market fizikal: Korang juga boleh jual minyak wangi korang di pasar malam, bazar, atau even letak di kedai-kedai kecantikan yang ada di sekitar kawasan korang. Mana lah tahu habis terjual.

Kesimpulan
Buat duit dengan minyak wangi ni memang boleh jadi bisnes yang menguntungkan kalau korang buat dengan betul. Dari cari botol kosong, kotak custom, pati minyak wangi, hingga proses pembuatan dan marketing, semua langkah ni penting untuk pastikan bisnes korang berjaya.
Yang penting, korang kena rajin dan kreatif. Selamat mencuba!