Dalam dunia bisnes, banyak perkara penting yang perlu korang jaga. Salah satu yang paling crucial adalah pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kenapa agaknya setiap bisnes yang korang jalankan perlu berdaftar dengan SSM? Jom kita selongkar lebih dalam kenapa pendaftaran ini penting untuk bisnes yang korang jalankan.

Kenapa kena daftar dengan SSM?

Supaya bisnes korang sah di mata undang-undang

Bila korang daftarkan bisnes dengan SSM, secara automatiknya bisnes korang dianggap sah dan legit di mata undang-undang Malaysia.

Ini bukan sahaja penting untuk menjaga reputasi bisnes korang tapi juga akan membuka banyak pintu peluang. Contohnya, kalau korang ada masalah legal atau nak buat claim hak korang, prosesnya akan jadi lebih mudah sebab semua rekod korang ada dalam sistem SSM.

Elak dari aktiviti tak beretika

Dengan adanya pendaftaran ni, ia juga bertindak sebagai satu langkah awal untuk mengelakkan bisnes korang daripada terlibat dalam aktiviti yang tak beretika seperti money laundering atau scam.

Pihak berkuasa sentiasa memantau dan memastikan semua transaksi yang berlaku adalah bersih dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Kalau seandainya korang tidak berdaftar, dan korang menerima banyak transaksi didalam akaun bank lagi lagi dalam jumlah yang besar, pihak berkuasa akan semak profile korang dan diorang tak jumpa apa apa info tentang sumber pendapatan yang korang dapat ni.

Ini akan membuatkan aktiviti yang korang jalankan suspicious di mata pihak berkuasa.

Bahaya kalau tak buat SSM

Risiko kena scam

Tanpa pendaftaran SSM, bisnes korang berisiko tinggi untuk jadi menjadi mangsa scam. Kenapa?

Sebab apa apa urusan yang korang buat dengan orang luar, susah untuk verify bisnes korang jalankan.

Jadi kalau ada yang berurusan dengan korang, semuanya akan dijalankan tanpa hitam dan putih. Ini bukan sahaja merugikan korang, customer pun akan hilang kepercayaan pada korang.

Susah nak buka akaun bank atas nama syarikat

Tanpa SSM, korang tak boleh buka akaun bank atas nama syarikat. Bank-bank memerlukan bukti yang korang ni legit, dan tanpa SSM, korang tak akan dapat bukti tu.

Benda ni penting, especially kalau korang nak kembangkan bisnes, perlukan loan atau nak deal dengan transaksi yang besar.

Kredibiliti bisnes boleh dipertikaikan

Tanpa pendaftaran rasmi dari SSM, bisnes korang secara automatik hilang kredibiliti di mata pelanggan dan rakan kongsi bisnes.

Zaman sekarang, orang lebih cenderung untuk buat background check sebelum mereka buat keputusan untuk berurusan.

Kalau korang tak berdaftar, peluang untuk menarik minat pelanggan atau investor jadi lebih rendah sebab mereka akan nampak bisnes korang sebagai entiti yang tak serius atau tak sah.

Terhad untuk dapatkan kemudahan

Salah satu keperluan asas untuk buka akaun bank atas nama syarikat ialah bukti pendaftaran dengan SSM.

Kalau korang tak ada ini, korang akan terpaksa berurusan menggunakan akaun peribadi yang boleh complicates things dari segi cukai dan tanggungjawab undang-undang.

Ini juga membuatkan korang susah untuk apply untuk pinjaman perniagaan atau kemudahan kredit yang lain, yang mana boleh halang pertumbuhan bisnes korang.

Risiko untuk terlibat dalam isu legal

Tanpa pendaftaran SSM, bisnes korang beroperasi dalam zon kelabu dari segi undang-undang.

Ini bermakna, kalau ada masalah legal yang timbul, korang akan berdepan dengan kesukaran untuk defend bisnes korang di mahkamah.

Selain itu, korang juga boleh didenda atau dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa kerana menjalankan bisnes tanpa pendaftaran yang sah.

Susah nak kembangkan bisnes

Tanpa rekod rasmi dengan SSM, korang akan jumpa banyak sekatan bila nak mengembangkan bisnes.

Ini termasuklah kesukaran dalam memperoleh dana, bekerjasama dengan syarikat lain, atau bahkan korang tak boleh ambik apa apa bahagian dalam tender kerajaan.

Semua ini adalah peluang yang korang mungkin terlepas hanya sebab tak mendaftar bisnes dengan betul.

Personal akaun tak sesuai untuk transaksi bisnes

Menggunakan akaun savings untuk urusan bisnes bukan sahaja tak praktikal, tapi juga berisiko.

Bank ada sistem pemantauan untuk mengesan aktiviti yang luar biasa, termasuk jumlah transaksi yang banyak atau jumlah wang yang besar keluar masuk ke dalam akaun peribadi.

Bila benda ni berlaku, risiko untuk akaun korang kena freeze oleh bank tu sangat tinggi. Ini boleh jejaskan operasi bisnes korang.

Keperluan memiliki current account atas nama syarikat

Ini satu lagi sebab penting kenapa bisnes mesti berdaftar dengan SSM. Bila korang ada pendaftaran rasmi, baru lah korang boleh buka current account atas nama syarikat.

Akaun jenis ni lebih sesuai untuk handle transaksi bisnes sebab ia dirancang untuk tujuan komersil dan ada ciri-ciri yang support operasi bisnes, seperti cheque book dan kemudahan overdraft.

Plus, ia nampak lebih profesional bila korang berurusan dengan supplier atau pelanggan.

Bisnes korang diragui tanpa rekod rasmi

Tanpa pendaftaran dengan SSM, bukan sahaja bank, tapi supplier, pelanggan, dan potential partners pun akan ragu-ragu bila nak berurusan dengan bisnes korang.

Ini sebabnya tanpa dokumen rasmi, susah untuk diorang nak verify legit ke tidak bisnes yang korang jalankan. Dalam dunia bisnes, trust adalah segalanya.

Kalau orang tak percaya, susah untuk bisnes korang berkembang.

Susah nak apply loan

Tanpa rekod rasmi dari SSM, hampir mustahil untuk korang apply dan dapatkan loan perniagaan dari mana-mana bank atau institusi kewangan.

Mereka perlukan bukti yang solid dan sah yang bisnes korang wujud dan beroperasi mengikut undang-undang. Tanpa benda ni, peluang tu hampir tak ada.

Tak dapat bantuan dari kerajaan

Kerajaan Malaysia ada jalankan pelbagai program bantuan untuk usahawan dan bisnes, tapi untuk yang layak saja, satu syarat utama bagi korang yang menjalankan bisnes kecil kecilan ialah bisnes mesti di daftarkan dengan dengan SSM.

Tanpa pendaftaran, korang secara automatik terkeluar dari senarai penerima manfaat untuk bantuan ini, termasuklah grant, latihan, dan bimbingan untuk usahawan baru.

Ini satu peluang besar yang korang lepaskan.

Pelanggaran undang-undang

Akhir sekali, menjalankan bisnes tanpa pendaftaran sebenarnya dah langgar undang undang Malaysia dan korang boleh dijatuhkan hukuman sebenarnya.

Ini boleh menyebabkan korang berdepan dengan hukuman yang serius termasuklah denda berat atau penutupan bisnes.

Bukan sahaja mengganggu operasi bisnes korang tetapi juga boleh menjejaskan reputasi untuk jangka masa yang panjang.

Kelebihan bila buat SSM

Bina trust dengan customer

Dengan pendaftaran SSM, korang bukan sahaja menunjukkan yang bisnes korang legit, tapi buatkan customer trust dengan bisnes yang korang jalankan.

Pelanggan zaman sekarang ni smart, diorang akan check background bisnes sebelum buat apa-apa commitment. Kalau korang ada SSM, level kepercayaan tu automatically naik.

Legasi untuk bisnes korang

Dengan pendaftaran SSM, korang secara tidak langsung boleh mewariskan legasi bisnes korang. So benda ni bukan hanya tentang bisnes yang korang jalankan hari ini, tapi juga untuk masa depan bisnes korang.

Korang dah letak asas yang kukuh untuk bisnes tumbuh dan berkembang.

Buka akaun atas nama syarikat

Salah satu kelebihan terbesar bila daftar dengan SSM adalah kemampuan untuk buka akaun bank atas nama syarikat.

Ini bukan saja menambah kredibiliti bisnes korang di mata pelanggan dan rakan kongsi, tapi juga memudahkan pengurusan kewangan.

Dengan akaun syarikat, korang boleh bina rekod keluar masuk yang jelas, yang amat berguna untuk pelbagai tujuan, termasuk audit dan pemantauan aliran tunai.

Mudah nak uruskan akaun syarikat

Bila bisnes korang dah berdaftar, proses untuk uruskan akaun syarikat dengan bank atau mana-mana institusi kewangan akan jadi lebih smooth. Korang boleh fokus untuk kembangkan bisnes tanpa perlu risau pasal hal-hal administratif yang leceh.

Bina rekod keluar masuk yang jelas

Pendaftaran dengan SSM membolehkan korang untuk menguruskan kewangan bisnes dengan lebih telus dan teratur.

Korang boleh track setiap sen yang masuk dan keluar dengan mudah, membantu dalam membuat keputusan bisnes yang lebih informasi. Ini juga memudahkan bila tiba masa untuk declare cukai dengan LHDN.

Mudahkan proses declare dengan LHDN

Dengan rekod kewangan yang jelas dan teratur, proses untuk declare cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jadi lebih mudah dan kurang menyakitkan.

Ini mengurangkan risiko audit cukai dan memastikan bahwa bisnes korang selalu patuh kepada peraturan cukai.

Lebih mudah untuk buat loan

Bisnes yang berdaftar dengan SSM dilihat sebagai lebih stabil dan boleh dipercayai oleh bank dan institusi kewangan.

Ini bermakna korang lebih mudah untuk mendapat kelulusan pinjaman perniagaan, yang boleh digunakan untuk mengembangkan bisnes atau sebagai modal kerja.

Business concept text on wooden blocks – Conceptual

Dapat buat credit card atas nama syarikat

Selain dari loan, bisnes yang berdaftar juga layak untuk memohon credit card atas nama syarikat. Ini bukan sahaja memudahkan urusan perbelanjaan bisnes, tapi juga boleh membantu korang untuk mengumpul rewards atau manfaat lain yang ditawarkan oleh syarikat kad kredit.

Membina trust dari customer

Kredibiliti dan kepercayaan adalah aset yang tidak ternilai dalam bisnes. Dengan status pendaftaran yang sah dari SSM, korang secara tidak langsung menunjukkan komitmen korang kepada integriti dan profesionalisme. Ini meningkatkan kepercayaan pelanggan dan memudahkan urusan jual beli.

Mudah berurusan dengan siapa saja

Bila bisnes korang sudah berdaftar, korang akan dapati lebih mudah untuk menjalin kerjasama dengan syarikat lain, termasuk supplier dan distributor. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk berurusan dengan entiti yang mereka percayai dan menganggap sah.

Kesimpulan

Dengan semua kelebihan ini, jelas bahwa mendaftar bisnes dengan SSM bukan hanya satu kewajipan, tapi juga langkah strategik yang memperkukuhkan asas korang dalam dunia bisnes.

Dari membuka akaun bank atas nama syarikat hingga memudahkan urusan dengan LHDN dan institusi kewangan, setiap langkah membawa korang lebih dekat kepada kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.

Jadi, jika korang serius tentang mengembangkan bisnes korang, jangan abaikan pentingnya pendaftaran dengan SSM.