Kelebihan ada insurans kereta – tahun 2024

Kereta ni memang penting dalam hidup kita. Kereta ni satu keperluan untuk tahun 2024 ni. Senang korang nak bergerak kemana mana. Kalau tak ada, hidup jadi susah sikit.

Tapi, ada kereta pun macam tak selamat juga sebab boleh kena macam-macam risiko, contoh macam kemalangan, kena curi, rosak, dan macam-macam lagi.

So, korang ini yang jadi penting kenapa korang kena jaga kereta korang dengan insurans kereta.

Insurans kereta tu apa? Insurans kereta tu satu perlindungan dalam bentuk kewangan yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada pemilik kereta.  

Insurans kereta boleh bayar kos repair, ganti rugi, atau pampasan yang berkaitan dengan kereta korang kalau ada apa-apa terjadi pada kereta korang.

So selamat la kan kewangan korang kat situ. Itu yang pentingnya Insurans kereta ni.

Insurans kereta pun boleh lindung korang dari tuntutan orang lain yang mungkin terlibat dalam kemalangan dengan disebabkan kereta korang. So, ada banyak kelebihan yang korang boleh dapat kalau korang ada insurans kereta.

Kelebihan ada insurans kereta - tahun 2024

Towing free

Salah satu kelebihan ada insurans kereta ialah korang boleh dapat service towing free kalau kereta korang rosak atau tak boleh gerak.

Ingat harga towing ni murah? Kalau korang order towing luar selain dari Insurans kereta korang sendiri, memang masak lah kena paw. RM600 – RM3000 tak lari. Tengok tempat juga.

Tapi kalau korang dah ada insurans kereta korang sendiri, korang cuma perlu call syarikat insurans korang dan diorang akan hantar tow truck untuk bawak kereta korang ke workshop yang terdekat.

So benda ni memang dah boleh save kos dan masa korang daripada kena cari tow truck sendiri dan kena paw sampai beribu ribu.

Advertisements

Cover kemalangan

Kelebihan yang paling penting ada insurans kereta ialah korang boleh dapat perlindungan kalau korang kemalangan. 

Insurans kereta boleh tanggung kos repair kereta korang, kos medical korang atau penumpang yang bersama dengan korang, dan ganti rugi pada orang lain yang turut terlibat dalam kemalangan.

Berapa banyak perlindungan yang korang dapat bergantung kat jenis insurans kereta yang korang pilih, sama ada insurans komprehensif, insurans third party, atau insurans third party, fire, and theft.

Bantuan kecemasan

Kelebihan lain ada insurans kereta ialah korang boleh dapat bantuan kecemasan kalau korang hadap masalah dengan kereta korang.

Contohnya, kalau kereta korang terkunci dari dalam, bateri kong, tayar pancit, atau habis minyak, korang boleh call syarikat insurans korang dan diorang akan hantar bantuan ke tempat korang.

Ni pun dah boleh bagi korang peace of mind.

Advertisements

Diskaun dan ganjaran

Kelebihan yang menarik ada insurans kereta ialah korang boleh dapat diskaun dan ganjaran daripada syarikat insurans korang.

Contohnya, kalau korang ada rekod driving yang baik, korang boleh dapat diskaun premium insurans kereta korang.

Kalau korang bayar premium insurans kereta korang secara tahunan, korang boleh dapat ganjaran macam cash, voucher, atau hadiah.

Kalau korang ambil insurans kereta sekali dengan insurans lain macam insurans rumah, insurans peribadi, atau insurans hayat, korang boleh dapat diskaun yang berganda ganda.

Apa jadi kalau tak ada insurans kereta

Kalau korang tak ada insurans kereta, korang kena ready mental dan kewangan korang. Memang akan rabak kalau korang tak ada insurans kereta.

Advertisements

Kena denda atau penjara

Kalau korang tak ada insurans kereta, korang dikira melanggar undang-undang. Di Malaysia, semua kereta yang berdaftar mesti ada sekurang-kurangnya insurans third party.

Kalau korang kena tangkap polis tanpa insurans kereta, korang boleh kena denda sehingga RM3,000 atau masuk penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kereta korang pun boleh kena tarik. Leceh kan?

Kelebihan ada insurans kereta - tahun 2024

Kena bayar kos sendiri

Kalau korang tak ada insurans kereta, korang kena bayar semua kos yang berkaitan dengan kereta korang sendiri.

Contohnya, kalau kereta korang rosak atau kena kemalangan, korang kena bayar kos repair, kos towing, kos medical, dan ganti rugi kat orang lain. Kewangan korang memang akan rabak sampai korang sendiri boleh jatuh miskin. Silap silap terus bankrupt.

Susah cari bantuan

Kalau korang tak ada insurans kereta, korang akan susah nak cari bantuan kalau ada apa-apa masalah yang jadi dengan kereta korang.

Contohnya, kalau kereta korang terkunci dari dalam, bateri kong, tayar pancit, atau habis minyak, korang kena cari bantuan sendiri. Benda leceh kot. Baik korang ambik je Insurans kereta tu.

Kesimpulan

Insurans kereta memang penting untuk korang.

So, korang kena pilih insurans kereta yang sesuai dengan keperluan dan bajet korang.

Jangan lupa baca syarat dan terma insurans kereta korang dengan betul sebelum sign kontrak. Harap artikel ni berguna untuk korang. Drive safe! 

Advertisements