Marketing adalah tulang belakang kepada bisnes.
Sehebat mana pun bisnes yang korang jalankan, kalau marketing hancur maka hancurlah semua bisnes korang. Marketing adalah cara bagaimana korang nak menyampaikan kepada orang ramai tentang bisnes yang korang jalankan. Simple.
Ini antara platform marketing yang korang perlu tahu untuk runkan bisnes korang.
Google Ads
Google Ads adalah platform iklan yang paling popular dengan 83% market share global. Ini paling direkomenkan untuk bisnes korang. Korang boleh guna Google Ads untuk buat iklan jenis search ads dan display ads.
Google guna model pay-per-click (PPC), maksudnya korang hanya bayar bila ada orang klik iklan korang. Google Ads sesuai untuk semua jenis bisnes sebab reach dia sangat luas, tapi korang perlu ada website sendiri sebelum korang gunakan Google Ads ni.

Facebook Ads
Facebook Ads adalah platform iklan yang famous dengan lebih dari 3 bilion pengguna aktif setiap bulan. Korang boleh guna Facebook Ads untuk buat iklan dalam bentuk promoted posts, video, slideshow, atau gambar.
Facebook Ads sesuai untuk bisnes yang nak target audience yang spesifik sebab Facebook ads korang boleh custom dan ada banyak pilihan macam targeting dan segmentation.
Korang boleh gunakan website untuk promote bisnes korang atau korang gunakan page dari Facebook korang sendiri.

Instagram Ads
Instagram Ads ni sebahagian dari Facebook Ads, jadi korang boleh buat iklan di kedua-dua platform serentak melalui Facebook korang sendiri. Instagram sesuai untuk bisnes yang fokus pada visual sebab platform ni sangat visual-centric. Korang boleh guna Instagram Stories, Reels, dan post biasa untuk buat iklan.
TikTok Ads
TikTok Ads adalah platform yang semakin popular di Malaysia, terutamanya di kalangan generasi muda. Korang boleh gunakan TikTok Ads untuk buat video pendek yang kreatif dan paling penting mesti menarik perhatian.
Bila video yang korang hasilkan power, dia boleh jadi viral 1 Malaysia.
TikTok Ads sesuai untuk bisnes yang nak target audience muda dan kreatif. Korang perlu buat video yang menarik baru korang tak rugi bila buat iklan nanti.

LinkedIn Ads
LinkedIn Ads adalah platform iklan yang sesuai untuk bisnes B2B (business-to-business). Korang boleh guna LinkedIn Ads untuk target profesional dan bisnes lain.
LinkedIn Ads ada beberapa jenis iklan seperti sponsored content, message ads, dan text ads. Kalau korang prefer target iklan kepada golongan professional kat sini memang tempatnya.

YouTube Ads
YouTube Ads adalah platform iklan yang sesuai untuk buat video ads. Korang boleh guna YouTube Ads untuk buat iklan dalam bentuk video yang akan dipaparkan sebelum, semasa, atau selepas video lain.
Kalau korang company besar dan ada produk yang akan dijual dalam tempoh yang panjang korang perlu gunakan YouTube Ads sebab platform ni sesuai untuk bisnes yang nak buat iklan yang panjang penjelasannya.
Pinterest Ads
Pinterest Ads adalah platform iklan yang sesuai untuk bisnes yang fokus pada visual dan inspirasi. Korang boleh guna Pinterest Ads untuk buat iklan dalam bentuk promoted pins yang akan dipaparkan dalam feed pengguna. Kalau korang nak target client international korang boleh gunakan Pinterest ni.
SEO Marketing
SEO Marketing adalah marketing secara percuma melalui carian google. Tapi marketing macam ni lambat dan memerlukan skill SEO yang sangat tinggi.
Bila korang pandai develop website dan pandai menulis artikel mengikut SEO yang ditetapkan oleh Google, bisnes korang akan sentiasa ada di carian google setiap kali orang buat carian di google. Korang tak perlu keluarkan duit untuk buat Google Ads. Semuanya free dengan SEO Marketing.
Tapi, SANGAT LAMBAT dan memerlukan skill yang sangat tinggi. Kalau korang tak ada masa untuk buat ni, boleh terus pilih google ads. Simple.

Kesimpulan
Ada banyak lagi platform lain cuma tak berapa famous kat Malaysia ni. Yang lain tu mungkin lebih kepada international. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.