Cara buat duit dengan laptop second hand

Laptop second hand tu bukan setakat untuk main game atau buat kerja sekolah je. Benda alah tu boleh jadi mesin buat duit kalau korang tau cara nak buat duit.

Jom aku kongsi sikit pada korang step by step macam mana nak transform laptop lama jadi sumber pendapatan. Tak payah risau, aku akan explain dalam artikel ni. Teruskan membaca.

Mulakan dengan modal yang sikit

Okay, first things first. Korang mesti fikir, “Alamak, nak start bisnes kena ada modal besar kan?” Nope! Tak semestinya korang kena mula dengan modal besar.

Dengan hanya sebiji laptop pun korang dah boleh mulakan bisnes ni.

Anggaran modal permulaan untuk laptop ni aku cadangkan korang beli 5 laptop. Tapi kalau tak mampu, korang boleh start beli 1 je dulu.

Korang mungkin perlu keluarkan modal mungkin dalam anggaran RM800 – RM2500. Itu pun dah cukup sebenarnya untuk korang dapatkan laptop yang masih cun dan boleh pakai. Pilih yang specs dia okay, tak slow sangat, dan yang penting battery tahan lama.

Korang mesti taknak kan customer korang tengah syok buat kerja, tiba-tiba laptop mati?

Black Laptop on desk in office, Black Screen Laptop mockup
Advertisements

Sewakan pada pelajar universiti

Now, target market korang yang paling hot adalah pelajar universiti. Kenapa? Sebab diorang ni memang sentiasa perlukan laptop untuk buat assignment, study untuk exam, atau siapkan projek.

Tapi, ramai yang datang dari jauh, budget ciput, tak mampu nak beli laptop baru. So, di sini lah korang masuk. Tawarkan sewa yang berpatutan, maybe dari RM50 – RM150 sebulan. Tengok juga tempat yang korang target tu.

Buat flexible sikit servis tu. Korang boleh offer sewa ikut jam, hari, atau minggu. Yang penting, korang kena pastikan laptop tu selalu dalam keadaan baik dan ready to use.

Buat contract antara korang dengan penyewa. Apa ganti rugi yang perlu dibayar kalau laptop tu rosak disebabkan penyewa.

Cyber cafe sebagai contoh

Korang pernah pergi cyber cafe? Tempat tu selalu penuh kan? Itu sebabnya ada demand yang tinggi. Orang pergi sana sebab diorang memerlukan tempat untuk online, main game, atau siapkan kerja. Ini bermaksud masih ramai tak mampu nak beli PC or laptop sendiri.

Tapi, bayangkan kalau korang boleh bawak ‘cyber cafe’ tu direct ke rumah diorang dengan sewakan laptop. Itu lagi senang dan private.

Bisnes ni boleh berkembang. Plus, korang boleh tawarkan harga yang lebih murah dari cyber cafe. Bukan sahaja menjimatkan masa diorang, tapi duit korang pun jimat juga sebab tak perlu sewa kedai macam CyberCafe.

Advertisements

Marketing yang bijak

Marketing tu kunci utama dalam bisnes. Tanpa marketing yang betul, macam mana orang nak tau pasal servis korang, kan? Guna social media untuk reach out kepada audience korang.

Buat content yang menarik, maybe video atau gambar yang catchy. Pastikan korang highlight kelebihan sewa laptop dengan korang berbanding beli baru atau pergi cyber cafe.

Cerita pasal flexibility, harga berpatutan, dan convenience yang korang offer. Jangan lupa, gunakan hashtag yang trending untuk tarik lebih banyak views.

Servis pelanggan yang mantap

Servis pelanggan tu kena on point. Korang kena jadi macam kawan kepada customer korang. Bila diorang ada masalah atau pertanyaan, korang kena ada untuk bantu.

Respon yang cepat dan helpful tu akan buat customer rasa dihargai. Bila customer happy, diorang akan recommend servis korang pada kawan-kawan diorang yang lain. Word of mouth ni powerful, jangan pandang rendah.

Advertisements

Jaga dan upgrade laptop

Last sekali, jangan lupa untuk selalu check dan upgrade laptop korang. Korang taknak customer korang complain laptop hang atau slow.

Benda ni sama je macam sewa kereta kat orang. Kena jaga semua benda.

Kalau ada duit lebih, invest sikit untuk upgrade RAM atau tukar hard disk kepada SSD.

Ini akan buat laptop tu jadi lebih laju dan reliable. Plus, laptop yang well-maintained ni akan tahan lebih lama, dan itu bermakna korang tak perlu beli laptop baru untuk ganti yang rosak.

Bila dah masyuk sikit, kembangkan bisnes korang. Lama kelamaan korang boleh je sewakan laptop baru. Pergh masa ni memang kaya.


Harap-harap korang dapat gambaran yang lebih jelas tentang cara buat duit dengan laptop second hand. Tapi jangan lupa, yang penting korang kena ada usaha dan kreativiti. Jangan selalu bagi alasan dan selalu berfikiran negatif bila nak buat bisnes. Itu ciri ciri orang yang gagal.

Advertisements