1. Identiti kepada bisnes

Bila korang ada website, benda ni macam kad bisnes digital.

Kalau orang cari maklumat pasal korang, dia orang boleh terus access ke website korang melalui carian Google. Website yang nampak profesional dan kemas buat orang lebih percaya dan yakin dengan bisnes yang korang jalankan.

Lagipun, kalau bisnes korang tak ada website, orang mungkin fikir korang tak cukup serius atau mungkin korang ni cuma run bisnes kecil-kecilan je. Jadi, website ni macam satu pelaburan untuk nampakkan yang reputasi bisnes korang ni bagus.

2. Sentiasa buka 24/7

Satu kelebihan website adalah dia tak pernah tidur. Kedai fizikal mungkin buka dari pagi sampai malam, tapi website korang akan berfungsi sepanjang masa.

Pelanggan boleh tengok produk atau servis korang pada bila-bila masa yang diorang suka, tak kira tengah malam ke, awal pagi ke.

Benda ni sangat penting sebab zaman sekarang, orang suka buat pembelian online pada masa yang dia orang rasa selesa. Jadi, peluang untuk dapatkan jualan lebih tinggi bila bisnes korang ada website.

Plus korang tak perlu ulang ulang untuk jelaskan benda yang sama pada setiap customer korang.

Photo by Ian Schneider on Unsplash

3. Market yang lebih luas

Dengan website, korang bukan saja boleh target pelanggan kat kawasan korang, tapi korang juga boleh target semua orang di seluruh dunia. Katakanlah korang jual produk yang unik, orang dari negara lain pun boleh jumpa produk korang melalui carian Google.

Dengan penulisan SEO yang bagus, website korang boleh muncul dalam carian Google dan sesiapa pun boleh access. Ini boleh bantu korang untuk kembangkan bisnes kearah international dan menjual lebih banyak produk.

4. Kos marketing yang lebih rendah

Bandingkan kos pemasaran tradisional macam iklan TV, radio, atau cetak dengan kos pemasaran online.

Buat website memang ada kosnya, tapi kos untuk buat marketing dengan website jauh lagi murah dari kos marketing tradisional. Korang boleh jimat banyak duit dan hanya perlukan Google Ads atau Facebook untuk buat marketing melalui website.

Selain tu, korang boleh guna teknik SEO dan content marketing yang kosnya lebih rendah tapi efektif untuk tarik trafik ke website korang untuk jangka masa yang panjang.

5. Memudahkan pelanggan berinteraksi

Website boleh jadi platform untuk korang berkomunikasi dengan pelanggan. Korang boleh letak borang pertanyaan, live chat, atau link ke media sosial korang.

Ini semua memudahkan pelanggan untuk tanya soalan atau dapatkan maklumat lanjut pasal produk atau servis korang. Interaksi yang mudah ni juga boleh tingkatkan kepuasan pelanggan dan bantu korang dapat maklum balas yang berguna untuk perbaiki bisnes korang.

6. Menunjukkan produk atau servis korang dengan lebih baik

Dalam website, korang boleh letak gambar, video, atau keterangan lengkap tentang produk atau servis korang. Ini lebih efektif berbanding hanya bergantung pada mulut ke mulut atau katalog cetak.

Dengan gambar dan video yang menarik, pelanggan boleh nampak dengan jelas apa yang korang tawarkan. Ini boleh bantu pelanggan buat keputusan untuk beli dengan lebih cepat.

7. Menyediakan maklumat penting dengan mudah

Korang boleh letak maklumat macam harga, promosi, diskaun, dan butiran produk atau servis dengan mudah di website. Pelanggan tak perlu call atau email korang untuk tanya benda-benda basic ni.

Ini juga jimatkan masa korang sebab korang tak perlu jawab soalan yang sama berulang kali. Website yang lengkap dengan maklumat penting boleh buat pelanggan lebih senang dan cepat buat keputusan.

8. Meningkatkan kesetiaan pelanggan

Dengan website, korang boleh cipta program kesetiaan atau bagi reward kepada pelanggan setia. Korang boleh buat newsletter atau blog yang bagi info terkini, tips, atau promosi eksklusif kepada pelanggan yang subscribe.

Ini boleh buat pelanggan rasa dihargai dan lebih setia dengan bisnes korang. Kesetiaan pelanggan ni penting sebab pelanggan setia biasanya lebih kerap membeli dan buat referal kepada orang lain.

Photo by Christin Hume on Unsplash

9. Analytic yang mendalam

Satu lagi kelebihan website adalah korang boleh dapatkan buat analytic yang mendalam pasal customer yang singgah kedalam website korang. Korang boleh tahu dari mana asal customer, apa yang dia orang cari dalam website korang, berapa lama dia orang spend masa kat website, dan banyak lagi.

Data ni semua sangat berguna untuk korang buat keputusan pemasaran yang lebih baik dan target audiens yang tepat. Dengan analytic, korang boleh sentiasa perbaiki dan optimalkan website korang untuk hasil yang lebih baik.

10. Fleksibiliti dalam mengubah dan mengemaskini maklumat

Kalau korang guna media cetak untuk pemasaran, setiap kali ada perubahan, korang kena cetak semula. Tapi dengan website, korang boleh update maklumat dengan mudah dan cepat. Tak perlu tunggu lama, sekelip mata je semua info baru boleh diakses oleh pelanggan.

Benda ni sangat penting terutamanya kalau ada promosi baru atau perubahan pada harga. Fleksibiliti ni boleh bantu korang sentiasa up-to-date dan relevan dengan pelanggan.

Jadi, kalau korang masih tak ada website untuk bisnes korang, mungkin ini masanya untuk korang start. Dengan segala kelebihan yang ada, website bukan saja pelaburan yang bijak, tapi juga satu keperluan untuk korang kembangkan bisnes korang secara meluas.