LinkedIn bukanlah sekadar platform untuk korang cari kerja. Golongan professional dari Malaysia akan gunakan LinkedIn ni untuk mencari pekerja yang sesuai untuk bekerja dalam team diorang.

Kalau korang masih belum ada akaun LinkedIn, atau ada tapi tak aktif, jom aku ceritakan kenapa korang patut mula guna LinkedIn sekarang.

Baca artikel ni sampai habis supaya korang tahu kelebihanya untuk diri korang sendiri.

1. Membina networking

LinkedIn adalah platform terbaik untuk korang bina networking korang sendiri. Di sini, korang boleh berhubung dengan rakan sekerja, bos, pelanggan, dan juga orang dalam industri yang korang minat.

Dekat dalam LinkedIn ni korang boleh dapat macam macam peluang, contohnya tawaran kerja, nasihat profesional, atau kolaborasi projek dengan company luar. Bab networking ni memang penting untuk korang berjaya.

2. Meningkatkan Kredibiliti

Bila korang aktif di LinkedIn, korang boleh bina reputasi dan kredibiliti dalam bidang korang. Korang boleh kongsikan pencapaian, projek, artikel, atau pendapat tentang isu-isu terkini dalam industri.

Ini yang akan buatkan orang lain nampak korang sebagai seorang yang pakar dan orang yang berpengetahuan luas. Dalam jangka masa panjang, benda ni akan membuka lebih banyak peluang dan meningkatkan status korang dalam industri.

Photo by Souvik Banerjee on Unsplash

3. Mencari peluang pekerjaan

Tak dinafikan, LinkedIn adalah salah satu platform terbaik untuk mencari kerja. Banyak je syarikat besar dan kecil guna LinkedIn untuk iklankan jawatan kosong. Korang boleh cari kerja berdasarkan lokasi, industri, dan tahap pengalaman.

Selain tu, korang juga boleh set notification untuk peluang kerja yang sesuai dengan korang. Bila ada kerja kosong baru dibuka dan sesuai dengan profile korang, notification akan naik kat smartphone korang.

Dengan LinkedIn ni urusan korang untuk mencari kerja tu akan lebih mudah, sila silap bos besar yang cari korang sebab resume yang korang dah letak kat dalam tu.

4. Belajar dan berkembang

Dekat dalam platform LinkedIn ni ada sediakan course dalam LindkedIn Learning untuk korang study macam macam pengetahuan yang diorang dah buat untuk korang.

Korang boleh akses beribu-ribu kursus dalam pelbagai bidang. Dari kemahiran teknikal macam programming dan analisis data, hingga kemahiran paling soft macam kepimpinan dan komunikasi, semua skill ada kat platform ni.

Korang boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ini membantu korang untuk terus berkembang dan relevan dalam industri.

5. Boleh dapat Inspirasi dan motivasi

LinkedIn penuh dengan kisah kejayaan dan inspirasi dari profesional seluruh dunia. Korang boleh baca tentang perjalanan karier mereka, cabaran yang diorang alami, dan bagaimana cara nya mereka berjaya.

Benda ni semua of cource boleh bagi korang satu semangat dan motivasi untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan dalam kerjaya. Selain itu, korang juga boleh follow tokoh-tokoh industri yang korang kagum untuk dapatkan idea dan pandangan baru.

6. Bina brand korang sendiri

LinkedIn adalah platform yang bagus untuk korang cipta brand korang sendiri. Korang boleh tunjukkan siapa diri korang, apa yang korang buat, dan apa yang korang minat. Dengan profil yang kemas dan profesional, korang boleh bezakan diri korang dengan orang lain.

Korang boleh gunakan bahagian “About” untuk cerita pasal diri korang, dan gunakan bahagian “Experience” untuk tunjukkan pengalaman kerja. Jangan lupa juga untuk minta rakan sekerja atau bos bagi recommendation untuk tambahkan lagi kredibiliti korang.

7. Mengikuti perkembangan Industri

LinkedIn adalah tempat yang terbaik untuk korang kekal update dengan perkembangan industri. Korang boleh mengikuti syarikat, tokoh industri, dan kumpulan perbincangan yang berkaitan dengan bidang korang.

Ini akan bantu korang untuk tahu trend terkini, cabaran yang dihadapi industri, dan peluang yang ada. Dengan pengetahuan ni, korang boleh buat keputusan yang lebih baik dalam kerjaya korang.

Photo by Nathana Rebouças on Unsplash

Kesimpulan

LinkedIn ni adalah satu platform yang mantap untuk diri dan bisnes yang korang jalankan.

LinkedIn ni macam kad pengenalan secara digital dan seluruh dunia boleh tengok identiti korang di internet. Benda macam ni akan buatkan orang lain trust dengan apa yang korang jalankan.

Korang boleh download App LinkedIn, register dan isi segala yang perlu untuk wujudkan identiti korang secara digital. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.