Kelebihan kerja sebagai Grabfood – Ini yang ramai mungkin nak tahu

Korang mesti pernah dengar pasal Grabfood, kan? Grabfood ni salah satu servis penghantaran makanan yang paling popular kat Malaysia ni.

Ramai orang suka order makanan melalui Grabfood sebab senang dan cepat. So tak ada payah la susah susah nak kena beli korang luar.

Tapi korang tahu tak, kerja sebagai Grabfood ni bukan setakat dapat duit, tapi korang boleh dapat banyak lagi kelebihan yang mungkin korang sendiri pun tak tahu.

Aku nak share dengan korang apa yang aku rasa best tentang kerja ni. Jom baca!

Esentif dari Grab

Grab akan bagi esentif kat korang yang bekerja sebagai Grabfood. Ada bonus, cashback, voucher, dan macam-macam lagi.

Bonus ni bergantung pada jumlah order yang korang hantar. Kalau korang rajin, korang boleh dapat lebih banyak bonus. Cashback ni pulak bergantung pada jumlah duit yang korang guna untuk beli makanan.

Advertisements

Bebas masa

Kerja sebagai Grabfood ni tak ada ikat korang dengan masa.

Korang boleh kerja bila-bila korang nak. Nak kerja pagi, petang, malam, siang, semua boleh. Nak cuti, nak rehat, nak balik awal, semua korang yang tentukan. Korang yang jadi bos sendiri.

Tak ada orang yang suruh korang buat ini buat itu. Best, kan? Korang boleh plan masa korang macam mana korang nak. Nak spend masa dengan keluarga, kawan, atau diri sendiri, semua boleh.

Nak kerja part-time atau full-time, semua boleh. Kerja sebagai Grabfood ni memang flexible. Korang nak duit korang kerja. Simple.

Bersenam

Kerja sebagai Grabfood ni bukan setakat dapat duit, tapi korang boleh bersenam sekali.

Korang boleh pilih nak guna motor atau basikal. Majoriti memang pakai motor la kan.

Kalau korang nak kurus, korang boleh pilih basikal. Tapi jarang la nampak kat bandar ni. Kalau korang nak cepat, korang boleh pilih motor. Apa-apa pun, korang akan berpeluh dan bakar kalori.

Sekali pun korang naik motor, korang kena hantar makanan tu sampai depan rumah. Kalau rumah apartment? Still kena jalan naik atas kan. So ni dikira sukan.

Kerja sebagai Grabfood ni macam dua dalam satu. Dapat duit, dapat sihat. Tak payah nak pergi gym atau jogging. Kerja sebagai Grabfood ni dah cukup.

Advertisements

Customer Grab ramai dari company lain

Grab ni memang popular.

Ramai orang suka guna Grab sebab senang dan cepat. Tak kira la nak order makanan ke, nak naik kereta ke, atau nak beli barang ke, semua boleh guna dengan Grab.

Sebab tu, customer Grab ni lagi ramai dari company lain.

Korang tak perlu risau kalau tak ada order. Selalu memang ada je order yang masuk. Lagi ramai customer, lagi banyak korang dapat tip.

Tip ni bergantung pada customer. Ada yang bagi banyak, ada yang bagi sikit, ada yang tak bagi langsung. Tapi tak apa, yang penting korang buat kerja dengan baik.

Customer pun akan happy, korang pun akan happy.

Demand selalu ada terutama kat bandar

Kerja sebagai Grabfood ni memang ada demand. Orang sekarang ni malas nak masak atau keluar makan. Lagi senang nak order makanan online.

Lagi-lagi kat bandar, orang sibuk dengan kerja dan tak ada masa nak masak. Sebab tu, demand untuk Grabfood selalu ada terutama kat bandar.

Korang boleh pilih nak kerja kat mana-mana yang korang suka. Nak kerja kat KL, PJ, Subang, Shah Alam, semua boleh. Mana-mana pun ada order. Tapi kalau korang nak dapat lebih order, korang kena pandai pilih tempat yang high demand.

Tempat yang ada banyak kedai makan, pejabat, atau kolej, memang akan ada banyak order. Tempat yang sunyi atau kawasan pendalaman, memang tak ada order. Korang kena bijak lah sikit.

Advertisements

Ada support dari Grab

Grab ni akan support korang yang kerja sebagai Grabfood. Kalau korang ada masalah, korang boleh contact Grab melalui app atau telefon. Diorang akan segera bantu masalah yang korang alami.

Ada insurans

Kerja sebagai Grabfood ni memang ada risiko. Korang tak tahu bila korang akan terlibat dalam kemalangan atau kena rompak.

Tapi jangan risau, Grab ada sediakan insurans untuk korang. Insurans ni akan cover korang kalau korang kena apa-apa. Contoh kemalangan diatas jalan.

Korang boleh claim kalau korang cedera atau motor rosak kat tengah jalan. Grab akan bayar korang ikut jumlah yang ditetapkan. Korang tak perlu takut kerja sebagai Grabfood. Kerja sebagai Grabfood ni memang selamat.

Kesimpulan

Kerja sebagai Grabfood ni memang banyak kelebihan. Korang boleh dapat duit dengan mudah, esentif, bersenam, dan banyak lagi. Korang boleh bebas masa, pilih tempat, dan ada support dari Grab.

Korang ada insurans yang akan cover korang kalau terkena apa-apa. Kerja sebagai Grabfood ni memang sesuai untuk semua orang yang nak cari duit part time.

Full time pun boleh tapi berat sikit la. Apa pun kalau korang berminat, korang boleh apply kat app Grab. So jom buat duit dengan GrabFood.

Advertisements