Kenapa travel Insurans penting?
Travel Insurans sangat penting bila korang nak travel kemana sahaja. Dengan insurans travel, ia dapat menyelamatkan kewangan korang bila berlakunya perkara yang tak diinginkan.
Bayangkan korang tengah seronok bercuti, tiba-tiba korang sakit, kemalangan dan barang hilang. Insurans travel ni kira macam backup plan korang lah, korang boleh claim untuk cover kos-kos yang tak dijangka tu. So kat sini, duit korang dah selamat.
AIA – Antara yang terbaik
Coverage yang menyeluruh
AIA adalah travel insurans yang boleh tahan famous dalam Malaysia dengan coverage yang sangat menyeluruh. Dari medical expenses, flight delay, sampai ke baggage loss, semuanya diorang covered. Kalau korang jenis yang selalu travel di luar negara, AIA ni memang sesuai sebab diorang ada network hospital dan klinik yang luas.
Emergency assistance 24/7
Kalau ada apa-apa kecemasan, korang boleh call hotline AIA 24/7. Diorang akan bantu korang dari segi perubatan, hantar balik ke Malaysia, dan banyak lagi. Service macam ni memang penting kalau korang travel ke negara yang tak familiar.

Pelan fleksibel
AIA menawarkan pelbagai pelbagai pelan yang fleksibel. Ada yang untuk short trip, long trip, dan annual plan. Jadi, korang boleh pilih ikut keperluan dan budget korang. Harga pun berpatutan dengan coverage yang diorang offer.
Cara nak apply
Korang boleh apply travel insurans ni melalui website rasmi atau pun melalui Touch N Go korang. Memang mudah sangat kalau korang ambik Insurans travel melalui Touch N Go. Tak payah susah susah nak daftar lagi. Just share je info yang korang dah letak dalam Touch N Go.
Etiqa – Antara yang ramai guna
Pakej ada pelbagai
Etiqa ni pula ada banyak pilihan pakej yang korang boleh pilih ikut keperluan. Dari yang basic sampai yang comprehensive, semuanya ada. Yang bestnya, Travel Insurans Takaful pun ada. Etiqa selalu ada promo dan discount yang menarik.
Claim process yang mudah
Salah satu sebab kenapa ramai suka dengan Etiqa sebab claim process dia senang dan cepat. Korang boleh buat claim online je, tak payah nak pergi pejabat. Jadi, kalau ada apa-apa insiden masa travel, korang tak payah risau nak uruskan claim. Semuanya secara online dan proses memang cepat.

Travel protection worldwide
Etiqa menawarkan perlindungan di seluruh dunia. Tak kira korang travel ke mana, diorang akan cover. Tapi harga di setiap negara tu berbeza lah kalau korang amik travel protection ni. Yang diorang akan cover ni termasuklah medical expenses, travel delay, dan personal accident coverage. Jadi, korang boleh travel dengan tenang.
Cara nak apply
Korang boleh apply di website official Etiqa. Mudah, cepat dan ada calculator yang boleh tolong kirakan untuk korang. Memang mantap.
Takaful Ikhlas – Antara yang terbaik
Paling penting patuh syariah
Bagi korang yang nak insurans travel yang patuh syariah, Takaful Ikhlas adalah pilihan terbaik. Semua pelan yang diorang offer semuanya mengikut prinsip-prinsip syariah, jadi korang tak payah risau pasal halal dan haram.
Medical coverage yang komprehensif
Takaful Ikhlas menawarkan medical coverage yang sangat komprehensif. Kalau korang sakit atau cedera masa travel, diorang akan cover kos perubatan dan hospital ketika korang travel. Diorang juga ada emergency medical evacuation kalau keadaan korang kritikal.
Murah dan berbaloi
Dari segi harga, Takaful Ikhlas antara travel insurans yang paling berpatutan. Walaupun murah, coverage yang diorang offer tetap mantap. Ini penting untuk korang yang nak jimat tapi still nak perlindungan yang baik.

Tune Protect – Paling memudahkan
Pakej yang mudah dan cepat
Tune Protect adalah travel insurans yang disediakan oleh Air Asia. Siapa je yang tak kenal dengan Air Asia, satu syarikat besar yang memang dah lama dalam dunia penerbangan. Biasanya Tune Protect ni akan disekalikan dalam app Air Asia.
So bila korang nak beli tiket kapal terbang, korang mungkin akan nampak sekali dengan Tune Protect ni. Korang boleh beli travle insurans di website official atau melalui app Air Asia. Tak payah nak isi borang panjang-panjang, semuanya straightforward.
Harga berpatutan
Harga pakej insurans Tune Protect memang berpatutan. Lagi lagi kalau korang beli sekali dengan tiket kapal terbang. Biasanya memang lagi jimat sebab ada diskaun. Korang boleh pilih pelan ikut budget korang. Walaupun murah, coverage yang diorang tawarkan cukup menyeluruh, termasuklah medical expenses, trip cancellation, dan baggage delay.
Add-ons yang menarik
Tune Protect juga ada pelbagai add-ons yang korang boleh tambah untuk lebih perlindungan. Contohnya, korang boleh tambah perlindungan untuk aktiviti sukan ekstrem, atau cover untuk pre-existing medical conditions. Jadi, korang boleh customize insurans travel korang ikut keperluan.
Kurnia Travel – Paling mantap
Coverage yang komprehensif
Kurnia Travel menawarkan coverage yang sangat komprehensif. Dari medical expenses, personal accident, sampai ke baggage loss, semuanya covered. Kalau korang travel dengan keluarga, Kurnia Travel ada pakej family yang sangat berbaloi.
Claim process yang efisien
Salah satu kelebihan Kurnia Travel adalah claim process yang efisien. Korang boleh buat claim online dengan mudah, dan biasanya proses ni tak makan masa lama. Jadi, korang tak payah pening kepala kalau ada insiden masa travel.
Perlindungan untuk aktiviti outdoor
Kalau korang jenis yang suka aktiviti outdoor masa travel, Kurnia Travel adalah pilihan yang baik. Diorang cover pelbagai jenis aktiviti seperti hiking, snorkeling, dan scuba diving. Jadi, korang boleh enjoy adventure korang dengan tenang.
SOMPO Travel – Paling best
Worldwide coverage
SOMPO Travel antara travel insurans yang menawarkan perlindungan di seluruh dunia. Tak kira korang travel ke mana, korang akan di protect. Ini termasuklah medical expenses, trip interruption, dan emergency medical evacuation. Jadi, korang boleh travel tanpa risau.
24/7 assistance
SOMPO Travel ada 24/7 assistance service. Kalau ada apa-apa kecemasan, korang boleh call bila-bila masa. Diorang akan bantu korang dari segi perubatan, hantar balik ke Malaysia, dan banyak lagi. Service macam ni memang penting untuk ketenangan minda masa travel.

Pelan yang fleksibel
SOMPO Travel menawarkan pelan yang fleksibel untuk memenuhi keperluan korang. Ada pelan untuk short trip, long trip, dan juga annual plan. Korang boleh pilih pelan ikut keperluan dan budget korang. Harga pun berpatutan dengan coverage yang diorang offer.